31 July 2011

Pengetahuan Asas: Senarai Makanan Selamat untuk Sugar Gliders

MMM
Hello readers, Maddy di sini.. entri ini akan memberitahu anda tentang buah-buahan dan sayur-sayuran yang selamat untuk dimakan oleh sugars anda. Saya juga akan selitkan info nisbah kalsium dan fosforus yang terkandung dalam setiapnya. 



  • Pemberian nisbah ratio kalsium dan fosforus amat penting untuk memastikan sugars anda hidup lama dan sihat. Rajin-rajin la mentelaah dan menghafal semua makanan yang selamat untuk sugars anda, mana tahu jika anda sedang makan tengahari di restoran dan anda ingin berkongsi timun atau tomato yang terselit dalam nasi goreng anda.. anda tidak perlu lagi ragu samada sugars anda boleh memakannya atau tidak. Hehe. 

"Big apple ni halal tak agaknya?"


Senarai buah-buahan yang selamat

  1. Epal (Banyak penjual suggies rekomen makan buah ini, namun ianya tinggi kandungan fosforus. Kandungan fosforus yang tinggi boleh menghalang penyerapan kalsium dalam tubuh badan suggies. Apabila kalsium kurang, kalsium yang sedia ada di dalam tulang suggies akan diserap dan apabila itu berlaku, tulang suggies akan rapuh. Baca Pengetahuan Asas: Penyakit Lazim Sugar Gliders, bahagian HLP (Hind Leg Paralysis) *Tahukah anda epal penyebab UTAMA sugar gliders menghidap penyakit lumpuh kaki?
  2. Aprikot
  3. Buah Pear
  4. Apokat/Avokado
  5. pisang
  6. beri hitam
  7. blueberry
  8. buah Sukun
  9. tembikai
  10. ceri
  11. kelapa
  12. anggur
  13. kranberi
  14. Kurma
  15. Jeruk Bali
  16. jambu Batu
  17. Tembikai susu
  18. nangka
  19. Buah Kiwi
  20. Buah Kumkuat
  21. Buah lemon
  22. Kulit lemon
  23. limau mandarin/cina
  24. kulit limau mandarin/cina
  25. longan
  26. mangga
  27. betik
  28. Buah Markisa
  29. pic
  30. pear
  31. nanas
  32. pisang (Juga tinggi fosforus, jangan beri dalam kuantiti yang banyak.. ia boleh membuat bulu suggies gugur, seterusnya melemahkan badan sugar gliders dan langsung mati)
  33. plum
  34. Buah delima
  35. prun
  36. Buah Pomelo
  37. kismis
  38. raspberi
  39. Bunga Roselle
  40. Durian (Tak bagus kalau bagi banyak sangat. Tapi dinasihatkan tak bagi langsung kerana buah ini pada manusia pun boleh menjadikan orang itu panas dan tak selesa. Akibatnya pada suggies mungkin teruk dan ia dikatakan juga boleh menyebabkan kematian) Jadi toksahlah beri depa makan durian bila nak musim nanti. Makan sendiri je la ye!
  41. strawberi
  42. tomato
  43. tembikai
  44. Buah Tin





Ini pula senarai sayur-sayuran yang selamat
  1. Asparagus
  2. Alfalfa Pucuk
  3. Amaranth
  4. rebung
  5. bit hijau
  6. bit
  7. Kacang Hitam
  8. Pak Choy
  9. brokoli putih (tak bagus banyak-banyak)
  10. Burdock Akar
  11. Skuasy Butternut
  12. sayur kubis
  13. lobak merah
  14. daun Saderi
  15. chayote
  16. chicory hijau
  17. sayur kubis Cina
  18. Collard hijau
  19. ketumbar
  20. jagung
  21. Cowpeas
  22. timun
  23. Dandelion hijau
  24. Dock
  25. terung
  26. Kacang Perancis
  27. Akar halia
  28. kacang hijau
  29. Salad (Butterhead)
  30. Salad (gelap hijau daun)
  31. Salad (aisberg)
  32. Salad (Red)
  33. Salad (Romaine)
  34. serendeng Kacang
  35. cendawan
  36. sawi hijau
  37. Bayam sawi
  38. sayur kubis
  39. bendi
  40. daun pasli
  41. Parsnips
  42. Peas
  43. kentang
  44. labu
  45. lobak
  46. Red Peppers
  47. Rutabagas
  48. Snow Peas
  49. kacang soya Bean
  50. Skuasy spageti
  51. bayam
  52. Skuasy
  53. Sweet Peppers (Green)
  54. Sweet Peppers (Red)
  55. ubi keledek
  56. Swiss Chard
  57. tauhu
  58. lobak
  59. lobak hijau
  60. seladri air
  61. Skuasy Winter
  62. keladi
  63. Wax Kacang Kuning
  64. timun Jepun
  65. Brokoli hijau (tidak bagus bagi banyak-banyak)
  • Ada beberapa buah dan sayur import yang telah saya buang dari senarai kerana buah atau sayur tersebut sukar didapati di Malaysia. Tetapi, jika anda ingin tahu kesemuanya dengan lengkap, ini sumber link laman web yang saya memperoleh senarai makanan tersebut.
Baby, sugar saya. Tapi tu epal saya, bukan dia yang gigit!

Peringatan readers! Ini cuma senarai mudah dan untuk Newbies atau pemilik sugars yang baru mula membela merekaPerlu diingat apabila memilih buah-buahan dan sayur-sayuran untuk sugars anda, walaupun sesuatu itu selamat dimakania tidak bermakna  ia patut diberi secara berlebihan kerana terlalu banyak dengan sesuatu yang bagus adalah tidak elok. Bayangkan coklat sebagai contoh, jika anda makannya, baik untuk hati dan mengurangkan stres. Jika berlebihan, obesiti pula akan menggantikan segala yang baik itu. 

Oh, satu lagi! Ini dia makanan yang perlu dielakkan untuk sugars;

Tauhu dan produk kekacang soya: Penyelidikan pada beberapa haiwan lain menunjukkan tauhu boleh memberi kesan negatif kepada sistem penghadamanSetakat inikesan negatif ke atas sugars belum lagi terbukti. Namun sesetengah penternak sugars membantah tauhu sebagai makanan sugars kerana ia merupakan sumber protin daripada kekacangdan bukannya daging atau serangga. Jadi, ia lebih selamat untuk hanya memberi cebisan ayam kepada sugars sebagai sumber protin mereka.

Anggur & KismisMungkin ada benda yang mengaitkan anggur dan kismis dengan kegagalan buah pinggang dalam sugars (serta binatang peliharaan lain).

Biji benih, kulitdan sisa biji buah-buahan: Buang biji dari mana-mana buah-buahan yang anda berikan sugars anda. Biji benih, kulitdan sisa biji buah-buahan tidak baik untuk sugars, namun sugar gliders kebiasaannya bijak untuk meninggalkannya dan tidak memakannya. Yay untuk sugars!

Ini merupakan sumber laman web yang digunakan;

OM NOM NOM
www.petgrowth.com


Baiklah, itu sahaja mengenai makanan selamat untuk sugars. Mungkin selepas ini saya akan membuat post mengenai makanan yang tidak selamat pula. Beri cadangan jika anda mahu saya menulis tentang apa yang anda mahu, mungkin saya akan tulis mengenainya. Sehingga itu, komen, share atau like post saya jika anda suka.  

xoxo, 
Maddy

Bunyi-bunyian yang dibuat Sugar gliders

MMM
Hello kembali readers! Dalam blog entri ini saya akan mengenalkan kepada anda semua, bunyi-bunyi yang selalu dibuat oleh suggies beserta klip bunyi dan video sugars bersama telatah mereka. Bunyi suggies amat unik dan orang yang tidak biasa dengan binatang comel ini mungkin akan terkejut dengan bunyi yang dihasilkan mereka. Perlu diingati bahawa setiap sugar glider mempunyai personaliti yang unik, jadi anda mungkin atau mungkin tidak mendengar semua bunyi-bunyi itu dengan kerap.

*********** UPDATED 3/9/2012****************


CRABBING

Jika anda juga pemilik suggies, anda pasti tahu akan bunyi 'crabbing' yang dibuat oleh mereka pada hari pertama anda mendapat mereka. Crabbing merupakan bunyi yang paling biasa anda akan dengaria akan kedengaran seperti pengasah pensil elektrik dan ianya agak kuat. Saya mentafsirkan bunyi crabbing baby pada hari pertama saya mendapatnya seperti ini; "KEKEKEKEKEKEKEKE". 

Video ini memaparkan joey yang amat comel yang sedang crabbing;




  • Kenapa suggies crabbing? 
Ia bermaksud bahawa ia takut atau terkejut. 
Suggies anda akan seakan-akan berdiri dengan kedua belah tangannya didepakan ke arah anda. 
 
Sugar gliders juga dikenali sebagai sugar bears. Ini kerana telatah yang spesifik dilakukan oleh beruang ketika mereka cuba mempertahankan diri dari serangan dan ketika sugar glider membuat bunyi crabbing sambil membuat gaya tangan didepakan seperti ingin mengatakan "Stop!!" adalah serupa dengan satu sama lain. 
Ketika crabbing juga suggies anda mungkin akan cuba menggigit anda, jangan risau.. ini tabiat biasa. Ini bukan bermakna yang mereka ini terlalu liar atau ganas dan tidak suka akan anda, malah ini sebenarnya cara mereka mempertahankan diri mereka di habitat liar. Oleh sebab saiznya yang kecil, mereka akan cuba menakutkan pemangsa dengan berlagak garang. 
Ingat! ianya hanya lakonan, yang sebenarnya mereka amat takut dan adalah normal untuk mereka bersikap begitu jika mereka belum bond (term untuk percaya) dengan tuan mereka.

Solusi untuk suggies yang crabbing, cuba untuk memberikan ruang sedikit dan pendekatan lebih perlahanPada ketika ini, ianya idea yang baik untuk tidak cuba mencekup sugars dengan laju. Perlahan-lahan letakkan belakang tangan anda (tips untuk tidak digigit) dan dekatkan dengan kepala sugars agar dia dapat mengenal bau anda. Selepas dia membiasakan diri dengan bau badan pemilik, sugars akan jarang atau tidak langsung membuat bunyi crabbing kepada manusia melainkan mereka terkejut atau takut dengan benda lain.

Baca teknik asas dan ekstrim bonding/taming atau menjinakkan suggie anda agar mereka tidak membuat bunyi crabbing tersebut disini;

Cara Extreme Tame/Bond Sugar Glider (Garang/Separuh jinak/Tak boleh duduk diam etc)
http://suggies101.blogspot.com/2012/08/extreme-tamingbonding-untuk-sugar-glider_17.html

Cara menjinakkan dan bonding dengan Sugar Glider yang garang/penakut. (Pelajaran asas)
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/keperluan-asas-bonding.html

BARKING

Barking atau bunyi menyalak seperti anak anjing, adalah kerana beberapa situasi. Anda perlu memerhatikan dan mengamati apa yang sedang berlaku pada persekitaran suggies ketika waktu mereka barking untuk mengenal pasti sebab mereka mengeluarkan bunyi ini. 
Bunyi barking amatlah comel dan ia tidak semestinya berlaku setiap malam/awal pagi buta. Barking berlaku bila;
  • Mereka ingin mengambil perhatian anda untuk dipegang, dibelai, dibawa bermain atau mereka hanya lapar dan inginkan makanan. 
  • Selain itu, barking juga bermaksud yang mereka berasa bosan atau berasa keseorangan bagi suggie yang tidak mempunyai teman. Sama ada korang kena lebih rajin membawa mereka keluar bermain pada weaktu malam sekurang-kurangnya 2 jam atau mendapatkan seekor lagi buat peneman. Tapi hanya bila dah pandai ilmu bela suggies, baru beli temannya. Tak semestinya dapatkan sepasang jantan dan betina. Mereka boleh saja sama jantina. Tapi pastikan hanya satu jantina saja pada satu masa kalau tidak, ada yang akan bergaduh kawasan. Kalau nak berbeza jantina, kena bersedia untuk risiko menimang cucu. Baca entri di bawah untuk maklumat lebih lanjut.
Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang
(Zakar terkeluar, dahi/dada botak, skrotum tergantung dll)
http://suggies101.blogspot.com/2012/07/anatomi-perubahan-fizikal-sugar-glider.html

Proses Mengawan Sugar Glider. Bila usia sesuai mengawan dan risiko yang ada
http://suggies101.blogspot.com/2012/07/pengetahuan-asas-proses-mengawan-sugar.html
  •  Kadang-kadang sugars mengeluarkan bunyi barking untuk berinteraksi antara satu sama lain, memberi amaran, atau cuma bertindak balas dengan bunyi yang didengari mereka. Kalau ada bunyi pelik ke, bunyi anjing menyalak di luar, suggie akan bertindak balas dengan barking untuk memberi tahu suggie lain apa yang mereka dengar.
  • Bagi suggie yang jantan/ketua koloni/'alpha male' rasa macam ada ancaman keselamatan, dia akan membunyikan amaran.
  • Bagi suggie yang mempunyai anak-pinak, kadang-kadang barking juga boleh bermaksud yang si suggie yang sedang barking/menyalak tu sedang menceritakan sesuatu kepada suggie yang lain.
  • Selalunya akan ada hanya seekor suggie akan menyalak, atau juga satu koloni akan meyalak pada satu masa, seperti mereka sedang berkomunikasi diantara satu sama yang lain.
  • Bila seekor suggie menyalak, yang lain akan kaku buat sementara waktu. Ia kelihatan seperti mereka sedang asyik mendengar apa yang sedak dikatakan oleh suggie yang meyalak tu.
Bagaimana nak bagi suggie berhenti barking/menyalak? (pilih mana yang sesuai)

1. Bangun dan pergi pada mereka. 
2. Cakap-cakap dengan mereka.
3. Buka pintu sangkar dan keluarkan mereka dan bawa mereka bermain (kalau buat selalu, nanti suggie akan terbiasa dimanjakan dan bark untuk panggil tuan mereka)
4. Bagi mereka makanan jika belum dihidangkan. (ikut jadual waktu makan mereka lah)
5. Bark balik dekat mereka. Kadang-kadang mereka akan terkejut dan hairan lantas berhenti barking pada tengah malam.
6. Buka lampu kecil/'night light/lamp di bilik, cukup hnaya terang sedikit. Kebiasaannya ini akan mendiamkan mereka.

Pengalaman saya dengan Baby, sugar glider saya hanya sekali sekala membuat bunyi ini pada waktu pagi buta. Meskipun saya sudah bermain dan meluangkan 2 jam untuknya dari pukul 12-2 pagi. Baby dibiarkan 'free range', istilah digunakan oleh pemilik sugars yang membiarkan sugars dilepaskan  di dalam bilik atau di kawasan yang tertutup. Dan biasanya bila baby memanggil saya, saya cuma akan mengangkatnya dan bercakap dengannya selama beberapa saat dan simpan dia balik dalam sangkarnya atau saya cuma bark balik kat dia. Lepas tu dia senyap la balik.

Pernah sekali Baby tidak berhenti barking, sehingga saya buka sangkar, dia masih barking, saya ambil dan pegang dia di dalam tangan saya pun masih barking. Dan bila saya tutup mulutnya, dia masih lagi membuat bunyi barking. Saya pun bark balik kat dia dan beberapa saat kemudia dia senyap.  
Ini klip video sugars yang membuat bunyi yang comel ini;


HISSING

Bunyi berdesis seperti 'hisssss' selalunya bila;

  • Baru bangun tidur dan gembira/excited nampak tuan dia/orang lain. 
  • Bila tengah kencing atau berak. Bunyi hiss ini tersangkut-sangkut seperti orang meneran kerana sembelit. Ini tanda sembelit untuk suggie/penyakit UTI. Boleh lihat sini untuk keterangan lebih lanjut dan ubatnya.
  • Bunyi hiss bercampur dengan bunyi 'clicking'/'chattering'. Menandakan dia gembira/senang hati. Selalunya bunyi yang bercampur hiss dan chatter/click ni ada bila dia tengah 'cuddle' atau baring bersama suggie lain atau juga di tangan anda/nampak anda dari jauh dari dalam cage/mana-mana tempat dan excited bila nampak awak berdekatan dan seolah-olah mengatakan "hey awak, datang sini mainlahhh!". Biasanya pada waktu malam ketika mereka baru-baru je nampak anda bangun menuju ke sangkar, dia akan excited dan buat bunyi begitu.
  • Selain itu, bunyi hiss ada bila dia tak suka dengan sesuatu, contohnya bila korang paksa nak pegang dia jugak dan dia nak larikan diri. Akhirnya dia buat bunyi hiss dan gigit jari anda sebagai tanda amaran supaya korang lepaskan dia. Korang pun boleh buat bunyi ni balik kat dia untuk benda yang sama dan dia akan berhenti buat apa yang dia sedang buat- seperti kaku, dan kemudian menyambung balik perbuatannya. Tapi bunyi hiss ini tandanya dia nak bermain atau korang memegangnya terlalu kuat sehingga dia naik rimas.
CHATTERING/CLICKING/BUNYI BERDECIT

  • Bunyi ni seperti bunyi 'tsk tsk tsk'/bunyi macam nak panggil kucing/apabila lidah kena lelangit bahagian depan. 
  • Selalunya bila suggie excited/alert/ternampak sesuatu yang membuatkannya hairan/terpesona.
  • Selalunya bila nampak tuan/orang yang tidak dikenali/bila bangun tidur/bangun pagi.
  • Boleh juga dikatakan seperti, "Hello! Dah pagi! Hey Awak! Haiii... :)"

SINGING


Bunyi campuran hissing, crabbing yang terhenti-henti atau berdetak-detak.
Ini adalah bunyi yang hanya dikeluarkan oleh sugar glider betina ketika ia menyusu joey pada akhir-akhir bulan ke dua joey di dalam pouch. 

Ada beberapa anggapan kenapa suggie betina 'menyanyi';

1. Suggie betina 'menyanyi' kerana puting susunya rasa 'sore'/pedih. Ketika menyanyi, ia juga akan mengerak-gerakkan badan bawahnya macam kena sawan. Jangan risau ya readers, ini sebenarnya cara suggie betina itu membetulkan kedudukan joey supaya dia selesa. Jadinya, joeys akan tercabut dari puting susu mak dia dan membetulkan kedudukannya. Selalunya ibu suggie akan menyanyi pada waktu pertengahan dan akhir-akhir stage joey baru hendak berbulu sehingga sudah berbulu dan OOP. 

2. Bunyi ni hanya untuk membantu joey untuk sampai ke puting/membetulkan kedudukan mereka. 

Tapi saya pilih no.1 kerana ni juga lazim berlaku di kalangan wanita menyusu.. ia dipanggil 'nipple burn'. 

Itu sahaja untuk entri tentang bunyi lazim sugar glider. Jangan lupa komen, like dan share entri ini dengan peminat sugars yang lain. 

Have you checked out our Facebook Suggies for Newbies page? Ask questions and receive faster replies there!

xoxo,
Maddy


30 July 2011

Diet Pemakanan Sugar Glider: HPW, Buah, Sayur dan Nisbah Kalsium/Fosforus Seimbang

MMM

  • Sugar gliders merupakan haiwan asal dari Australia, Papua New Guinea serta sekitar pulau Indonesia. Jadi sebagai haiwan eksotik yang asing pada negara kita, pemakanan mereka tidak sesuai dengan cara diet yang biasanya diberi kepada haiwan-haiwan domestik yang dibela di rumah. 
    • Tanpa diet yang betul, atau diet yang sekurang-kurangnya hampir menyerupai pemakanan mereka di habitat asal, mereka boleh menderita samada kerana kurang zat dan nutrien atau mengalami penyakit-penyakit yang lazim dihidap suggies yang tidak mengikuti diet mereka yang sepatutnya. (Penyakit yang biasa dihidap oleh suggies akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam blog entri yang akan datang).
    • Dalam penjagaan pemakanan, kebiasaannya ada dua konsensus atau pendapat oleh pemilik-pemilik suggies yang berpengalaman dalam menjaga diet mereka. Ada yang berpendapat bahawa diet mereka senang diikut sepanjang tempoh hidup suggies (12-15 tahun) dan ada juga pemilik suggies yang berkata diet mereka amat membebankan masa dan sukar untuk menjadi konsisten kerana ianya terlalu menuntut waktu lapang dan tenaga kita.

Buah dan sayur untuk suggies anda




    Jadi, ini dietnya yang wajib ada dalam genggaman pemilik-pemilik suggies;
    • HPW (High Protein Wombaroo diet)
    • Gliderade
    • Repcal atau sebarang jenama suplemen kalsium lain yang sesuai untuk suggies
    • Cebisan ayam rebus/mealworm/superworm/cengkerik
    • Pilihan buah-buahan pelbagai (yang selamat dimakan suggies)
    • Pilihan pelbagai jenis sayur-sayuran (yang selamat dimakan suggies)
        *Saya akan memberi penjelasan lebih terperinci tentang keperluan Gliderade, Repcal etc. dalam blog entri yang lain.
         
      Apa itu HPW (High Protein Wombaroo diet)? 



  • HPW adalah diet yang paling mudah untuk dibuat dan ramuannya adalah paling hampir meniru atau 'mimic' pemakanan suggies di hutan. 
  • Kebiasaannya, diet ini dibeli sebagai campuran serbuk dan kemudiannya perlu dicampur dengan air suam, madu yang telah dirawat (madu bebas dari racun perosak) dan telur yang sudak dimasak (tanpa minyak).

    Telur yang dimasak tanpa minyak

Antara madu yang sesuai untuk suggies

  • Bergantung kepada jenama serbuk HPW, anda mungkin atau mungkin tidak perlu untuk menambah debunga lebah Australia atau 'bee pollen' (salah satu bahan yang melengkapkan diet suggies) kerana sesetengah formula sudah terlebih dahulu telah dicampur dengannya. 
    • Debunga Lebah
  • Kemudian, campuran HPW dengan bahan-bahan tadi perlu dikisar dalam pengisar sehingga semuanya sebati. Campuran Diet HPW yang sudah dikisar akan kelihatan berair dan berbuih sedikit di bahagian atas.Jangan risau, ini adalah perkara biasa. Selepas itu, campuran yang sudah siap itu perlu dibekukan dalam freezer. 'Batch' yang siap akan menjadi dalam konsistensi ais krim dan satu batch itu mampu bertahan selama kira-kira 5 bulan untuk seekor sugar.
Pada pendapat saya, penjagaan suggies ini ibarat menjaga bayi yang tidak akan 'grow up'. Mereka perlukan perhatian yang sepenuhnya dan diet mereka tidak boleh diambil remeh. Jadi, adakah saya cuba mengatakan yang pemakanan mereka ini susah dan sukar di'maintain'? Ya dan tidak.. Namun saya cuma akan terangkan jalan mudah atau 'shortcut' untuk menyediakan diet suggies ini dalam entri akan datang. Entri ini hanya akan berkisar  tentang asas diet pemakanan sugar glider.

Saya sertakan video tentang panduan membuat batch HPW;




      Garis panduan memberi makan suggies
      1. Diet HPW disajikan bersama-sama buah-buahan dan sayur-sayuran.
      2. Anda mempunyai pilihan antara mealworms/cebisan ayam rebus/cengkerik/telur rebus bagi sumber protein mereka. Ini perlu diberi sebagai 'treats' yang boleh diberi 2-4 kali seminggu. 
      3. Sesetengah orang juga menawarkan makanan pellet dari kedai binatang peliharaan sebagai snek waktu petang untuk suggies
      4. Gliderade diberi kepada suggies dalam nisbah 1:5, gliderade:air, 2 kali seminggu.
      5. Repcal atau sumber kalsium yang asli dari buah betik juga boleh dijadikan gantian atau 'substitute'.

      Kuantiti pemakanan HPW untuk Sugar Glider
    •  1 hingga 1.5 sudu makan campuran HPW.
    • 1 sudu buah-buahan beraneka jenis (menawarkan buah-buahan dengan nisbah kalsium yang sama dengan nisbah fosforus untuk diet HPW ) 
    • 1 sudu sayur-sayuran beraneka jenis (menawarkan sayur-sayuran dengan nisbah kalsium yang sama dengan nisbah fosforus untuk diet HPW)
    Glider-Cal ni perlu ditabur secubit rasa atas buah-buahan/sayuran suggies
      Di sini saya sertakan carta ratio kalsium:fosforus buah-buahan dan sayur-sayuran yang juga selamat dimakan suggies.







      Untuk pdf sepenuhnya, klik link Nisbah Ratio Kalsium dan Fosforus. Dan untuk senarai buah-buahan dan sayur-sayuran yang sudah diterjemah dalam bahasa melayu, baca entri Makanan yang selamat untuk Sugar Gliders untuk mengetahui dengan lebih terperinci.

      Lin-link berkaitan dengan pemakanan sugar glider (WAJIB BACA!) 


      Sedikit info mengenai makanan Sugar Glider (contoh makanan/menu oleh penulis)
      http://suggies101.blogspot.com/2011/10/pengalaman-penulis-sedikit-intro.html

      Baca mengenai tabiat pemakanan Sugar Glider
      http://suggies101.blogspot.com/2011/08/tabiat-dan-diet-sugar-gliders.html

      Pelajari makanan (buah/sayur) yang selamat dimakan dan kadar nisbah kalsium dan fosforus
      http://suggies101.blogspot.com/2011/07/makanan-yang-selamat-untuk-sugar.html

      Guna kalkulator untuk kira nisbah kalsium dan fosforus pemakanan Sugar Glider anda!
      http://suggies101.blogspot.com/2011/09/kalkulator-untuk-sugar-gliders.html

      Kenapa Sugar Glider tak selera makan, HPW (diet wajib beri setiap malam), buah dan sayur
      http://suggies101.blogspot.com/2011/08/kenapa-sugar-glider-saya-tak-nak-makan_11.html

      Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
      http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

      Nestum/Cerelac diet yang membawa padah pada Sugar Glider!
      http://suggies101.blogspot.com/2012/02/nestumcerelac-untuk-sugar-glider.html

      Sugar Glider makan bersepah dan kerap basuh sangkar? Buat Glider Kitchen anda sendiri!
      http://suggies101.blogspot.com/2011/09/tips-glider-kitchen.html



      Jangan lupa like Suggies for Newbies Facebook Page. Tanya dan aju soalan anda disana untuk respon lebih cepat.


      xoxo,
      Maddy