19 February 2012

Nestum/Cerelac Untuk Sugar Glider Membunuh Dengan Senyap

MMM
                                                                                            AMARAN!!!

Sesetengah orang mencari blog saya untuk resipi nestum dan cerelac. Ini bukan diet yang sihat untuk sugar glider! Tolong jangan amalkan diet ini walaupun ada sesetengah pihak berkata sugar glider mereka hanya makan diet nestum/cerelac yang diberi dan ianya masih hidup!

Sila hanya gunakan HPW sebagai diet mereka kerana ia juga diet yang diluluskan oleh pakar mengenai binatang possum eg. Sugar Glider. Untuk maklumat lebih lanjut tentang High Protein Wombaroo, sila tekan link ini -->
(Diet Pemakanan Sugar Glider: HPW, Buah, Sayur dan Nisbah Kalsium/Fosforus Seimbang)

Cerelac sebenarnya adalah selamat, tetapi bukan sebagai diet tunggal. Ia hanya boleh diberi untuk menambah berat dan jisi kepada weanlings/joey jika DICAMPUR DENGAN SUSU/ MILK REPLACER KHAS UTK SUGAR GLIDER. Tapi jangan la bagi pasal nak gantikan HPW/Gliderslurp!

Walaupun ada yang akan berkata glider mereka menjadi lebih gemuk dan nampak 'sihat' tetapi ia sebenarnya hanya dari jumlah yang berlebihan gula dan karbohidrat ringkas yang terdapat dalam nestum/cerelac tersebut. Sugar Glider ni sensitif, jumlah gula yang besar boleh membuat mereka gemuk. 
Nak ke suggie anda gemuk macam ni?
Kesan merbahaya dari memberi mereka makanan sebegini akan memudaratkan mereka.. ini MENYEBABKAN KEROSAKAN BUAH PINGGANG kerana sugar glider tak mampu menahan kandungan lemak dan gula yang tinggi.. Untuk info mengenai penyakit-penyakit yang boleh dihidap sugar glider, baca Pengetahuan Asas: Penyakit lazim bagi Sugar Gliders.

Lihat gambar ini.. ia menunjukkan kesan nestum yang menyebabkan kematian pada suggie ini untuk jangka masa panjang. Cerelac macam mana pula?
Sugar Glider diatas telah diberikan NESTUM selama 4 tahun, sebagaimana yang kita tahu, sistem penghadaman Sugar Glider bukanlah sebaik sistem penghadaman manusia. Pengumpulan bahan asing didalam nestum telah menyebabkan beberapa sistem pencernaan mengalami masalah.

Seperti mana sebatang paip kecil yang tersekat dengan pengumpulan bahan asing dan dan menyebabkan sistem laluan mengecil (tersumbat), lama kelamaan ianya menyebabkan karat dan akhirnya melumpuhkan sistem saliran. begitu juga dengan sistem penghadaman Sugar Glider yang kompleks. Jika dinilai dengan akal biasa, amat mustahil NESTUM itu membahayakan kerana sesetengah nestum diperbuat daripada oat. Namun NESTUM mengalami beberapa proses dan kita tidak tahu secara terperinci mengenai proses tersebut. Kerana pemakanan NESTUM yang begitu lama, usus Sugar Glider ini tidak mampu bertahan dan menyebabkan kelenjar/usus membengkan dan akhirnya menyebabkan pendarahan.

Gambar dari kiri menunjukkan:


1) Berlaku pendarahan "cloacal" dan badan SG yang terlalu lemah.

2) Sebelum kematian, SG mempunyai masalah dengan sembelit dan kesakitan.
3) Usus yang terkandung pengumpulan bahan lembut bewarna kuning.
4) Permukaan pundi kencing / usus dan faraj berdarah
Ini simptom-simptom yang anda harus perhatikan pada Sugar Glider anda jika anda memberinya makan nestum/cerelac...

1) Sembelit (Masa tengah buang air besar, dia buat bunyi berdesis/'hiss'
2) Pembesaran kelenjar paracloacal
3) Kesakitan dibahagian abdomen (Mungkin dia tak selesa dan moody kalau dipegang)
4) Pendarahan cloacal (Luka berdarah di bahagian lubang dubur/pembiakannya)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
I ada tanya pemilik blog SuggiesAtHome dan juga pencipta GliderSlurp tentang Nestum dan Cerelac; Hun membalas...
 Baiklah, dah lama saya nak tulis tentang isu ini. Akhirnya! 

Tolong like, share atau komen di tab kanan dan dibawah. Like us on Facebook too! <3 Suggies For Newbies <3

xoxo, 
Maddy