31 July 2012

Pengetahuan Asas: Proses Mengawan Sugar Glider

MMM
Hello readers, maddy disini. Entri ini akan membincangkan mengenai anatomi peranakan sugar gliders, proses mengawan dan juga perkara lain yang berkaitan dengannya.

Klik link untuk membaca mengenai Anatomi: Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang

Umur sesuai untuk sugar glider mengawan

Umur sesuai mengawan bagi jantan, umur dari 5 bulan keatas. Dan boleh saja jika jantan itu lebih muda dari betina eg. Jantan 7 bulan, betina 1 tahun. Manakala betina hendaklah tua sedikit, seperti 8-12 bulan untuk memastikan dia tidak begitu mentah dan tak bersedia untuk mengandung dan melahirkan joey/anak)

Peringatan: Suggie betina yang terlalu muda/mentah ketika melahirkan anak boleh memakan atau me'reject' anaknya kerana kurang pengalaman atau tidak bersedia. Itulah rasional mengapa suggie betina mesti lebih matang dari segi usia, manakala jantan pula tak kira usia, asalkan dia sudah matang.

Proses mengawan


Risiko mengawan untuk sugar glider betina


1. Suggie betina mengalami kecederaan/stres ketika proses mengawan.

Awak kena lihat samada suggie jantan/senior akan menggatal secara ganas atau baik dengan suggie betina/junior. Kalau ganas sangat (ketika sedang mengawan, suggie jantan menggigit leher suggie betina sampai  berdarah) pisahkan suggies tersebut dan bersihkan luka suggie betina dan bawa ke vet. Nak kata tak normal/ tidak.. susah nak kata. Ada suggie jantan yang memang ganazz gitu, nak wat camne.. Cuma awak kena juga ambil tindakan bagi mengelakkan apa-apa kecederaan serius pada suggie betina. E.g pisahkan suggie betina dan sembuhkan luka, bawa ke vet.

Ouch, ini jadinya jika suggie jantan terlalu kasar pada suggie betina!

2. Jika suggie betina mengandung/melahirkan joey; risiko anak di'reject'/dimakan ibunya kerana stres/kurang pengalaman
Suggie betina kelihatan tidak rela untuk mengawan mungkin bermakna yang dia tidak bersedia untuk menjadi ibu pada masa ini. Asingkan jika suggie jantan cuba mengawan dan melukakan suggie betina. Jika suggie betina mendapat anak sekalipun, ada risiko untuk dia menolak/'mer'reject' joey/bayinya. Konklusinya, tuan suggies kena la ambil peranan memberi susu (milk replacer, ada dijual online di Facebook. Cari yang khas untuk Sugar Glider. Susu untuk kucing/manusia HARAM digunakan. Tetapi jika milk replacer for wombaroo/sugar glider tak dapat diperoleh pada waktu yang singkat, boleh ganti sementara waktu dengan susu Ensure perisa vanilla, nisbah air dan susu; 1:4 diberikan pada underaged suggie tersebut setiap 2-3 jam setiap hari sehingga umurnya 2 bulan dari waktu ia dilahirkan.

--------------------------------------------------------------------------------------

Ok, tu antara risiko untuk suggie betina jika ia terlalu muda untuk menimang joey/anak dan seterusnya, mengenai;

Tempoh 'fertile'/subur sugar glider /waktu sugar glider menggatal diantara satu sama lain.

Anda kena tahu yang;

  • Suggie betina akan mula subur setiap 28 hari, selama 2-3 hari.
  • Bagaimana nak kenalpasti? Sesetengah pemilik boleh dapat tahu dan ada yang tak boleh. Suggie betina akan membuat bunyi hiss yang panjang dan kemudian bunyi barking untuk panggil jantan. (Cam bootycall/kata dia dah ready untuk mengawan)
  • Ada masa suggie betina tidak semestinya rela/suka mengawan. Suggie betina juga boleh rimas dan menyampah bila suggie jantan cuba mengawan dengannya.
  • Cara suggie jantan menggatal adalah apabila ia menjilat anu betina/menggigit lehernya sambil memanjat belakangnya. Nampak sangatlah yang suggie jantan ni asyik kejar yang betina tu.. maknanya dia nak ready nak mengawan la dalam jangka masa 24 jam. 
  • Seperti yang diterangkan tadi, suggie betina boleh stres dan luka kerana mengawan. Jadi asingkan mereka sehingga perlu/tempoh subur tamat.
Ketika mengawan:
-Suggie mungkin tak makan langsung makanan mereka


Entri yang wajib dibaca dengan topik ini:


Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang
(Zakar terkeluar, dahi/dada botak, skrotum tergantung dll)
http://suggies101.blogspot.com/2012/07/anatomi-perubahan-fizikal-sugar-glider.html

Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

Langkah-langkah selepas Sugar Glider melahirkan anak/joey
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/apa-perlu-dilakukan-selepas-sugar.html



Baiklah setakat ini sahaja mengenai proses mengawan sugar glider.. jika ada apa-apa lagi yang tertinggal, akan di'update' ASAP.

Sila like, share atau aju soalan mengenai topik ini di bawah page ini.

Lawati Facebook page kami untuk update terkini dari Suggies for Newbies! :)

xoxo,
Maddy

Anatomi: Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang

MMM
Hello readers, Maddy disini.. dalam entri ini saya akan menerangkan perubahan pada badan sugar glider jantan dan betina ketika ia mencapai usia matang/semakin tua dan membesar.


Tentang sugar glider jantan

  • Usia matang sugar glider jantan kebiasaannya pada bulan ke-5 dan ke atas.
  • Perubahan fizikal suggie jantan termasuk zakar terbelah duanya/'bifurcated penis akan selalunya terkeluar. Suggie jantan akan selalu dilihat membersihkan zakarnya seperti manusia 'flos' gigi. Jangan  risau, ini normal. Hujung zakarnya akan ternganga keluar kebanyakan masa. Jika anda ingin memasukkannya kembali, anda boleh mengambil tisu basah dan 'stimulate'/mengeletek anunya. Suggie jantan akan memasukkan zakarnya perlahan-lahan dan ada juga kemungkinan dia akan membuang air sekali. Jadi jika nampak benda keluar dari lubang buntut suggie tu jangan ingat ulat/cacing dan cuba nak menariknya keluar! Habislah kejantanan suggie anda.. :p 

(Peringatan: Jika zakar suggie jantan keluar lebih dari 24 jam, setelah cuba dimasukkan pun kekal diluar juga, ini boleh mendatangkan mudarat kerana ia boleh menjadi kering/'dehydrated' dan kelukaan pada zakarnya boleh terjadi. Beli KY Jelly dari farmasi dan letak pada zakarnya. Dan cuba masukkan ke dalam balik guna teknik yang saya beritahu tadi. Jika tak berhasil, bawa suggie jantan anda ke vet secepat mungkin.)
  • Selain dari zakar terkeluar, kepala atau bahagian dahi suggie jantan akan mula kelihatan botak. Selain itu, bahagian dadanya juga akan mula botak dan bulunya akan nampak kesan darah kering seperti dicabut suggie itu sendiri. Ini normal juga kerana bahagian-bahagian ini sebenarnya tempat suggie jantan mengeluarkan bau/'scent'/'musk' mereka. 

Cuba perhatikan bila suggie menggesel badan dan kepala mereka di sangkar/mainan/badan suggie lain, itu sebenarnya cara mereka menanda kawasan mereka.
  • Bola/skrotum suggie jantan akan tergantung lebih jauh dari badan mereka. Nampak cam nak putus je, tapi okay, normal je sebenarnya. Jangan tarik sudah. LOL
Tentang sugar glider betina
  • Suggie betina matang pada usia muda 5 bulan dan ke atas, mengikut suggie masing-masing.
  • Suggie betina boleh mengandung dari usia 5 bulan ke atas. Tetapi, umur paling sesuai untuk suggie betina membiak adalah 10-12 bulan. Ini kerana jika suggie betina bunting pada usia muda, ada kemungkinan dia tak bersedia untuk ada menjaga joey/anak, dan ada risiko dia makan/'cannibalize joey tersebut. 
  • Kenapa suggie betina tak boleh/sesuai mengandung pada usia muda? Sepertimana anda tahu, suggie memerlukan 70% ++ protin dalam diet. Dan suggie betina yang baru hendak membesar juga masih memerlukan protin dan tenaga yang banyak. Jika ia mengandung, protin tersebut akan digunakan untuk menyusu dan membesarkan joey di dalam perut dan kantung. Jadi suggie betina akan kurus dan nutrien dalam badan diserap pada joey. Ini boleh menyebabkan suggie betina mengalami pelbagai penyakit kronik seperti Hind Leg Paralysis (HLP) Klik sini untuk lebih lanjut.
  • Tiada perubahan fizikal yang ketara.
  • Mungkin pouch/kantung suggie betina akan kelihatan lebih berbulu bila ia meningkat usia
Entri yang wajib dibaca dengan topik ini:

Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang
(Zakar terkeluar, dahi/dada botak, skrotum tergantung dll)
http://suggies101.blogspot.com/2012/07/anatomi-perubahan-fizikal-sugar-glider.html

Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

Langkah-langkah selepas Sugar Glider melahirkan anak/joey
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/apa-perlu-dilakukan-selepas-sugar.html

Baiklah, itu sahaja readers. Jangan lupa like page Suggies for Newbies kami =)

xoxo,
Maddy

28 July 2012

Isu: Sugar Glider dikenakan lesen oleh Jabatan Perhilitan

MMM
Hello readers, maddy disini.. Dalam blog entri ni saya akan membincangkan tentang topik hangat yang melanda pemilik-pemilik sugar glider di Malaysia.
Sepertimana yang anda tahu, sugar glider sudah  menjadi trend di negara kita sejak tahun 2008 lagi. Dan baru sahaja beberapa bulan lepas iaitu pada 20 April 2012, spesies sugar glider telah dimasukkan di dalam AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010 oleh  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Semenanjung Malaysia.

Hijau : Melambangkan alam semulajadi yang merupakan habitat kepada spesies hidupan liar
Burung Enggang dan Gajah : Melambangkan spesies hidupan liar yang terdapat di Semenanjung Malaysia
PERHILITAN : Nama singkatan untuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Semenanjung Malaysia.

Ha, ni gambar jadual yang menunjukkan sugar glider dah masuk dalam dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di bawah Jadual Satu, Hidupan Liar yang Dilindungi. 
*(Mana-mana spesies yang terletak dalam Jadual Satu ini memerlukan lesen untuk menyimpannya)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang anda, sebagai pemilik sugar gliders patut tahu:

1.Dengan pengiktirafan spesies sugar glider di dalam Jadual ini, sebarang pemilikan sugar glider perlu mempunyai lesen memelihara daripada Jabatan PERHILITAN.

2. Untuk memperolehi/membeli sugar glider, kita perlu memperolehinya daripada sumber yang sah iaitu kedai haiwan peliharaan/ petshop yang mempunyai lesen niaga daripada Jabatan PERHILITAN. 

3. Untuk mendaftar lesen, kita perlu membawa bersama resit pembelian sugar glider tersebut bagi mendapatkan lesen memelihara di pejabat PERHILITAN yang berhampiran. Ini adalah link borang untuk pendaftaran lesen. Klik sini untuk borang.


Namun begitu, sugar glider ni masih berada dalam tempoh percubaan atau ‘Grace Period’ dimana pemilik sugar glider belum lagi perlu mendaftar lesen tetapi perlu mengisytiharkannya atau ‘Declare’ sugar glider mereka di pejabat PERHILITAN yang terdekat. Borang declaration ada disini.

Seterusnya, jika Grace Period ini diumumkan berakhir, lesen akan dikeluarkan. Jadi bila ni berlaku, sila pastikan anda telah mendapatkan sugar glider dari kedai yang mempunyai lesen permit menjual dan dapatkan resit pembelian. Kemudian pergi ke jabatan PERHILITAN bersama borang yang telah diisi dan resit pembelian.

Jumlah harga yang perlu dibayar



  • Soalan yang lazim (FAQ) ditanya oleh pemilik sugar glider;
1. Kalau resit pembelian sugar glider hilang bagaimana?
Kalau resit hilang, pemilik dinasihatkan untuk memaklumkan sahaja kepada Jabatan berkenaan kedai atau home breeder (alamat, no .tel) bagi membolehkan pihak Jabatan membuat tindakan susulan bagi perolehan hidupan liar tersebut.

2. Adakah seseorang yang memelihara sepasang haiwan (jantan dan betina yang tidak dimandulkan) ditakrifkan sebagai seorang pengendali pembiakbakaan apabila haiwan peliharaannya membiak dan seterusnya anak haiwan tersebut dijual?
Tiada jawapan lagi

3. Apakah dibawah peraturan ini pemelihara haiwan (yang disimpan berpasangan jantan dan betina) perlu memandulkan haiwan pemeliharaannya agar tidak ditakrifkan sebagai pengendali pembiakbakaan komersial?
Tiada jawapan lagi

4. Saya menjual sugar glider secara komersial. Apa yang saya perlu tahu?
NOTA:“Pengendali pembiakbakaan” ertinya mana-mana orang yang menjalankan aktiviti pembiakbakaan hidupan liar secara komersial.“Akta” ertinya Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta716];  “baka induk” ertinya hidupan liar yang  diperoleh dari habitat asal untuk tujuan menghasilkan baka generasi pertama;  “baka generasi pertama” ertinya progeni kepada baka induk; “doktor veterinar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Doktor Veterinar 1974 [Akta 147];

-Tiada seorang pun boleh mengadakan aktiviti pembiakbakaan dalam kurungan komersial melainkan jika dia memegang suatu permit yang dikeluarkan di bawah peruntukan akta.

-Aktiviti pembiakan dalam kurungan komersial hendaklah diadakan di kawasan dinyatakan dalam permit yang dikeluarkan di bawah peraturan ini. 

Bayaran Fi/’Fee’
-Fi yang kena dibayar bagi suatu permit yang dikeluarkan adalah dua ratus ringgit setahun dan hendaklah dibayar kepada pegawai pelesen melalui apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai pelesen. Sugar glider yang dilahirkan/dibiakkan pembela sugar glider perlu menambahkan rm300.

Tentang Permit/Lesen
-Permit yang diluluskan hendaklah sah selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam permit itu. 

Kurungan Sugar Glider
-Mana-mana pengendali pembiakbakaan hendaklah memastikan hidupan liar — 
(a)  ditempatkan di dalam kurungan berdimensi yang bersesuaian, selesa dan dapat bergerak bebas;
(b)  ditempatkan dalam bilangan yang bersesuaian dan tidak bersesak-sesak

Rekod dan penandaan 
-Setiap pengendali pembiakbakaan hendaklah memastikan semua rekod yang berhubungan dengan — 
(a)  perolehan baka untuk tujuan pembiakbakaan; 
(b)  kelahiran, kematian dan pelupusan mana-mana hidupan liar; dan
(c)  penjagaan kesihatan semua hidupan liar yang berada dalam kawalannya, disenggara dan disimpan di premis yang lokasi aktiviti pembiakbakaan dalam kurungan komersial itu ditempatkan. 
(d) Setiap hidupan liar yang digunakan sebagai baka untuk tujuan pembiakbakaan hendaklah ditandakan menurut peruntukan. 

Kesihatan 
-Pengendali pembiakbakaan hendaklah memastikan hidupan liar yang digunakan dalam aktiviti pembiakan dalam kurungan komersial sentiasa berada dalam keadaan sihat di bawah pengawasan doktor veterinar. 
-Pengendali pembiakbakaan hendaklah melaporkan apa-apa kematian hidupan liar kepada pegawai pelesen dengan seberapa segera yang mungkin. 
-Suatu bedah siasat hendaklah dijalankan oleh doktor veterinar bagi mengenal pasti punca kematian hidupan liar itu. 
-Pengendali pembiakbakaan hendaklah melupuskan hidupan liar yang mati itu mengikut undang-undang yang berkuat kuasa berkaitan pelupusan hidupan liar. 

Penjualan baka 
-Pengendali pembiakbakaan tidak boleh menjual mana-mana baka induk atau baka generasi pertama. 
-Namun begitu, pengendali pembiakbakaan boleh menjual baka induk atau baka generasi pertama itu dengan kelulusan Ketua Pengarah 
jika: 
(a)  pengendali pembiakbakaan itu ingin menamatkan aktiviti 
pembiakbakaan dalam kurungan komersial; 
(b)  baka induk atau baka generasi pertama yang tidak produktif; atau 
(c)  baka induk atau baka generasi pertama perlu diganti. 
  
Penalti 
-Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.


Masalah dan cadangan berkenaan isu lesen Sugar Glider

Masalah untuk penjual/penternak sugar glider secara komersial: 

1. Jika anda mempunyai 50 ekor sugar glider, anda perlu bayar RM500 untuk lesen sugar 
glider dan pembiakan pula RM300 manakala penjualan RM300 lagi. Jadi, satu tahun 
saya kena bayar RM1100. 

2. Homebreeders tambah kos.

Masalah untuk pembela sugar glider secara domestik:
1. Kos Lesen RM10 boleh membebankan jika memelihara Sugar glider dengan jumlah yang banyak. 

2. Kalau beli dari homebreeders takda resit.. 

Cadangan untuk penjual/penternak sugar glider secara komersial: 
Oleh sebab takrifan “Pengendali pembiakbakaan” terlalu umum dan longgar maknanya, ia dicadangkan untuk dikhaskan kepada individu atau syarikat yang mempunyai lebih dari 10 pasang haiwan induk dan anakanak haiwan tersebut hanya untuk dijual setelah ia mencapai umur yang sesuai untuk dipisahkan dari induknya. 

Cadangan untuk pembela sugar glider secara domestik:
Aktiviti pembiakan oleh penggemar (hobbyist) yang tidak melebihi jumlah induk seperti yang dinyatakan di atas tidak tertakluk kepada peraturan ini. Selain dari itu, penggemar tidak membiakkan baka induk seperti yang ditakrifkan dalam peraturan ini tetapi baka “captive bred”. 
Sekiranya penggemar haiwan ingin menjual haiwan didalam simpanannya (oleh kerana terlalu banyak), beliau dikehendaki mengisytiharkan hasrat beliau untuk menjual dan setiap haiwan yang dijual dikenakan bayaran levi yang dicadangkan tidak melebihi RM50.00 seekor. Dengan ini haiwan yang dijual akan dibenarkan untuk dikeluarkan lesen kepada pembeli baru. Ini bermakna penggemar tersebut tidak perlu membayar fi sebanyak RM200 tetapi perlu membayar fi minima (iaitu tidak melebihi RM50.00 setiap ekor) semasa ingin menjual haiwan tersebut. 


Maklumbalas dan Pandangan awam mengenai akta ini telah tamat


Baiklah readers, itu sahaja kali ini dan di bawah ini adalah salinan Akta dan borang mendaftar..
Peraturan Hidupan Liar Pembiakbakaan Dalam Kurungan Komersial
Borang Lesen Sugar Glider

Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan Jadual) 2012

Untuk maklumat lanjut;


Emel
  • Emelkan pertanyaan, cadangan, komen atau masalah teknikal semasa melayari laman portal PERHILITAN kepada webmaster@wildlife.gov.my
  • Emelkan pertanyaan, aduan dan cadangan di bahagian Maklumbalas
  • Kami akan memberi maklumbalas kepada anda dengan kadar segera.
 Telefon
  • Hubungi talian +603 9086 6800/ Fax : +603 9075 2873  antara jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin - Jumaat), kecuali cuti umum.
  • PERHILITAN Careline 1-300-80-1010 antara 8.00 pagi hingga 12.30 t/malam (Isnin - Ahad) termasuk cuti umum.
 Facebook 
  • Menjadi ahli kepada laman sosial facebook kami untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini PERHILITAN
Alamat
  • Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
          Semenanjung Malaysia
          KM.10 Jalan Cheras
          56100 Kuala Lumpur


Saya pasti ramai diantara kamu mempunyai pendapat atau bantahan atau juga sokongan terhadap pengenalan lesen terhadap sugar glider. Silalah komen, like atau share entri ini di bawah entri ini. 

Have you checked out our Facebook Suggies for Newbies page? Ask questions and receive faster replies there!

xoxo,
Maddy

20 July 2012

Bagaimana untuk mengenal pasti Sugar Glider mengandung/bunting/pregnant

MMM
Hello readers, dalam post ini saya akan memberitahu cara-cara untuk mengetahui jika sugar glider betina anda mengandung atau tidak.

Gambar dari Suggiesathome

1. Jika anda melihat sugar glider jantan dan betina mengawan, anda boleh buat andaian bahawa dalam 16 hari kemudian, joey/anak sugar glider betina anda akan dilahirkan. Ya, proses mengandung sugar glider adalah amat singkat, tempoh in pouch/dalam kantung saja yang lama- 2 bulan. Saiz joey sebesar sebutir beras ketika dilahirkan.


2. Sesetengah pemilik sugar glider akan perasan yang tabiat/selera makan sugar glider betina bertambah.. mungkin kerana ia mengandung.. atau ia mungkin berselera kerana makanan sedap sejak dua menjak ni. Susah nak tahu sugar glider mengandung, melainkan..


3. Anda melihat sugar glider anda sibuk menjilat pouch, atau sugar jantan juga cuba menolong sugar betina menjilat laluan ke pouch.. maknanya sugar betina sedang menyiapkan diri untuk melahirkan anak, tapi pada waktu ini dah terlambat la nak kata mengandung, dah beranak dah pun ;)


Nota: Memang langkah nak tahu sugar glider betina mengandung ni sikit aja, pasal tempoh mengandung hanya sekejap, dan perubahan fizikal sugar glider mengandung tidak begitu menonjol/ketara. Biasanya pemilik hanya tahu yang sugar glider betina mereka ada anak, selepas mereka telah dilahirkan dan sedang membesar di dalam kantung. Kalau dalam kantung tu bukan mengandung ya, tu namanya in pouch..

Antara topik-topik yang relevan dengan entri ini;
Proses kelahiran joey/anak sugar glider
Makanan untuk sugar glider mengandung/bunting/menyusu
Langkah yang perlu dilakukan selepas sugar glider melahirkan anak/joey

Itu sahaja untuk entri kali ini.. ada apa-apa persoalan, boleh tanya di page Facebook Suggies for Newbies

xoxo,
Maddy