Showing posts with label Facebook Page. Show all posts
Showing posts with label Facebook Page. Show all posts

02 February 2012

50K+ Views!!!

MMM


Hello readers! Akhirnya Suggies for Newbies sudah mencecah 50,000 views! Terima kasih sebab sudi melawat blog saya..  I appreciate your visits and comments! I had fun writing and designing this blog, bagi saya.. I love helping newbies with their suggies and I feel so fulfilled doing it. Plus, I get to meet a lot of other suggie lovers and share my experience with them. It has been a great year.. and I hope I can do more posts and accomplish my next target which is to start my own line of sugar glider accessories called Suggie Boutique. 

*(Oh, sekarang ni saya sedang mencari dua tailor/tukang jahit untuk butik Faridah Collection (Butik Pakaian Muslimah) dan juga untuk Suggie Boutique (untuk jahit bonding pouch, hammock etc). Sesapa yang pandai menjahit baju/kenal sesapa yang pandai menjahit dan ingin apply kerja, tolong PM saya di -www.facebook.com/MadihahMaruan- okay).


Baiklah itu sahaja, sila like, share dan komen di bawah dan tab di sebelah kanan anda! Sekian.

xoxo, 
Maddy

14 November 2011

MAAF TIADA ENTRI BARU - LAPTOP DICURI :(

MMM
Hello readers, sorry lama tak update blog. Laptop saya kena curi dua minggu lepas. Ada saya buat pengunguman di page Suggies for Newbies di Facebook, tapi ada juga yang bertanyakan mengapa saya tidak membuat apa-apa entri untuk bulan November lagi. Jadi, maaf jika ada yang berharap untuk impian entri baru yang tak menjadi nyata. HEHEH

InsyaAllah saya akan mula mengemas kini blog saya selepas beberapa urusan siap dilakukan.
Dan jangan risau sangat tentang hal laptop tu.. tengah kumpul duit la ni cari lappy baru! ;(

xoxo,
Maddy

26 October 2011

200th Like di Facebook! ;)

MMM
Hello readers! Suggies for Newbies on Facebook dah ada 213 like! Saya tak sempat nak raikan yang ke-200 tapi takpalah.. tunggu lain kali sahajalah untuk like ke 300 pula! Hehe. Love you guys.. :D




Sudahkah anda like page SFN? Like us at this link; https://www.facebook.com/Suggies101. Jangan lupa subscribe pada blog untuk update dan notification entri dan komen terbaru dari readers dan replies dari saya! ;) 


Untuk subscribe, cari butang subscribe di belah kanan tab blog ini. Anda boleh pilih untuk subscribe/langgan entri terbaru, atau komen sekali jika anda menunggu reply komen terbaru.

xoxo,
Maddy


04 October 2011

Jengukan entri ke 20,000+! Terima Kasih!

MMM
Hello readers! Maddy di sini.. wah, setiap bulan pasti tambah 10,000 lagi views! Jangan lupa like laman Facebook Suggies for Newbies!



Nampaknya fenomena Sugar Glider ni masih belum pudar.. bukan apa, risau kalau ada yang newbies membeli tanpa apa-apa rujukan. Akhir sekali, suggies bermasalah dan mereka buntu dan baru terkial-kial membaca dan surf internet.

Tolong ingat ya, suggies binatang sosial. Jika anda hanya ada satu,. anda kena ingat yang satu hari nanti ia tetap perlukan kawan sejenisnya juga. Anda kena layan 1-4 jam bergantung pada berapa banyak suggies yang anda bela. Dan untuk cara pemakanan mereka pula, ia bukan senang bagi orang yang tidak komited untuk membuat rutin yang sama setiap malam, untuk 8-15 tahun. Anda perlukan banyak kesabaran dan minat untuk membela suggies. Kalau anda mendapatkannya hanya kerana mereka trend dan comel, lupakan dan tunggu hendak beli jika anda bersedia untuk perkara yang lebih besar sebabnya dari kecomelan dan trend yang akan hanya berlangsung selama beberapa bulan sahaja lagi.

Risau dan bimbang,

xoxo,
Maddy

13 September 2011

Tips: Cara nak potong kuku Sugar Gliders

MMM
Hello readers, maddy di sini.. hari ini saya akan mengajar anda bagaimana untuk memotong kuku Sugar Glider anda, style sesi berdialog. Hehe..


  • Bilakah masanya Sugar Glider anda perlu trim kuku?

Apabila mereka jalan di tangan anda dan rasa macam seribu juta jarum mencucuk setiap inci liang roma.

  • Kenapa perlu potong kuku suggies? Saya tak kisah berparut sana-sini macam lanun..

Baguslah awak tak kisah bercalar-balar, namun ia adalah penting untuk suggies tidak membela kuku yang panjang kerana ia mungkin akan menyebabkan mereka tersangkut di mana-mana permukaan. Dan apabila itu terjadi, suggies akan kebiasaannya melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri, walupun perlu menggigit tangan mereka sampai putus. (Mereka memang macam tu, bayangkanlah bila mereka sakit, tempat sakit tu pun mereka akan gigit sampai berlubang)

  • Bagaimana nak potong kuku mereka?

Ada beberapa benda yang diperlukan. Namun, jika anda terlalu terror (sudah berpengalaman lama dengan suggies dan suggies anda pun sudah bonded dan teramat selesa dengan anda), anda hanya memerlukan satu ketip kuku yang canggih lagi tajam.

Yelah, apa dia yang saya perlu ada..?
  • Kain material fleece. Ianya tidak akan membuatkan kuku suggies anda tersangkut. Hati-hati dengan pilihan kain yang akan digunakan. Ini digunakan untuk membalut suggies anda.




  • Ketip kuku yang mempunyai bilah yang serong.

Kalau beli yang dalam satu beg ni dapat set dia

Pandangan atas ketip kuku
Dia serong sikit

Ni bahagian tepi

Lebih mudah nak potong kuku suggies kalau dia 'slanted'/serong sikit. Pasal kuku suggies kan macam bentuk sabit..
  • Ini kali pertama saya potong kuku! Macam mana?
Anda memerlukan seorang untuk membantu anda.. ataupun anda boleh mencubanya tanpa bantuan sesiapa.
  • Kenapa nak kena ada seorang lagi untuk potong kuku?
Orang tu akan menjadi tukang pegang suggies anda.
  • Sampai mana nak potong? Boleh ke potong sebenarnya?
Cuba tengok dekat-dekat kuku suggies anda, nampak tak urat darah depa tu.. sampai akhir urat darah tulah tempat awak boleh mula potong. Memang la boleh potong.. ada orang kata tak boleh tu pasal dia takda research, main cakap je tu. Gambar ilustrasi ada di bawah ni.


Sikit je potong pun.. bukan sampai habis okayy..
  • Jari mana satu yang nak kena potong?
Haa.. jari tangannya ada 5, semua boleh potong. Namun saya selalu tinggalkan jari kelingkingnya tidak diketip kerana ia tidak begitu panjang dan tajam.

Untuk jari kakinya, anda boleh melihat similariti dengan jari kaki kita sendiri. Ibu jari suggies tidak mempunyai kuku dan jari yang lain ada. 2 jari terakhir tidak perlu dipotong kerana ia digunakan sebagai 'sikat' bagi suggies ketika mereka membersihkan bulu mereka. Jangan potong tau! Lagipun ianya terlalu nipis dan tidaklah begitu tajam jadi biarkan sahaja. 

Jadi, hanya tinggal 2 jari kuku diantara ibu jari dan dua 'sikat' suggies. Yang itu boleh dipotong. Masa tengah baca ni, tengok la jari kaki dan tangan suggies anda untuk melihat mana satu yang boleh dan tidak boleh dipotong!

Ni jari tangan suggies
Ni gambaran kartun tangan sugar glider
Ni gambaran kartun untuk kaki sugar glider
  • Ok, habis tu macam mana cara nak pegang?
Ambil kain fleece atau kain yang lembut, balut/lapik suggies didalamnya dan pegang erat-erat badan suggies tersebut agar mereka tidak bergerak. Kemudian keluarkan tangan suggies satu persatu untuk bersedia memotong kukunya.

Nampak ni.. dia balut kaw-kaw

Pelan-pelan je pegang, tapi jangan gelabah bila suggies crabbing, nanti boleh terluka nanti. 
  • Saya kena buat apa? 
Awak potong kuku dia lah. Kalau tak pun, suruh kawan awak/orang yang berpengalaman tunjukkan caranya dan awak boleh cuba lain kali.

Kadar konsentrasi kena tinggi. Pastikan anda dan suggies selesa. 
  • Masa bila sesuai potong?
Masa petang, ketika suggies sedang tidur nyenyak.. kamu ambil dia dan cekup. Jangan bagi dia terkejut sudah.
  • Berapa lama proses potong kuku ni?
Kalau newbie, dah potong satu jari, tarik nafas, potong dua jari, lap peluh di dahi.. mungkin 5-10 minit. Tapi kalau pro, 3 minit pun siap. Takpa, buat perlahan-lahan, bukannya ada race ke apa..

  • Apa lagi nasihat?

Pastikan cahaya yang ada cukup agar nampak urat darah suggies. Takut terlebih potong pulak nanti.

  • Alamak! terlebih potong la.. saya ni kalut dan ngik ngok sikit! (haha menambah-nambah)

Haaa. tulah dah kata jangan potong lebih-lebih.. kan dah berdarah. Kalau nak hentikan pendarahan, sediakan tepung jagung untuk bagi dia 'clot' dan bagi darah berhenti mengalir.


Hati-hati kalau nak ketip kuku suggies. Kalau tak boleh sakit dia nanti.
---------------------------------------------------------------
Tips untuk anda

Dear Readers, memang lah ada orang boleh potongkan kuku suggies awak.. tapi kenalah belajar juga.. takkan nak setiap kali datang ke kedai semata-mata untuk potong kuku suggies awak. Siapa lagi kenal suggies awak? Awak ke penjual suggies tersebut? Kalau nak belajar takpalah, tapi kalau boleh, buatlah sendiri, lagipun suggies awak lagi kenal tuannya dari orang lain. Namun bagaimana boleh orang lain lagi berani pegang suggies dan ketipkan kuku?

 Belajar pelan-pelan ya.. sekali dua ke groomers takpa, cuma jangan setiap dua bulan mencari orang. Take time to learn, and learn from your mistakes. Next time ambil tips dari groomers.. I'm sure in no time you'll be clipping away in even less than five minutes. Have fun trying! :)

-----------------------------------------------------------------------

Rawrr thriller hands!

Baby sebelum potong kuku, digentel dulu sehingga lembik dan tidurkan untuk ops potong kuku..

ZZzzz dah tidur!

Cepit tikus ni jangan bagi gerak!
Selepas 3 minit, siap!

"Apalah nasib aku, nak melekat kat tiang pun tak efektif dah.."

Like, share dan komen di bawah dan kanan page..

xoxo,
Maddy

09 September 2011

Suggies For Newbies is on Facebook! 10,000 views!

MMM
Hello readers! Maddy disini.. saya nak umumkan berita terkini mengenai blog saya, kami ada page di Facebook! 

Saya berazam nak buat page, itu pun setelah/jika page views untuk blog saya mencapai 10,000 readers (selepas 2 bulan++ sejak entri pertama)! Jadi, ini dia link bagi Facebook page Suggies For Newbies (Suggies101).. 

Tolong like page saya dan share blog panduan mengenai suggies ini pada orang ramai! Share the love, people! :D

<3

Saya masuk peraduan 'My lovely Sugar Glider Photo Contest 2011'

MMM
Hello readers! Maddy di sini, baru-baru ini saya baru terjumpa page di Facebook yang bernama Sugar Glider. Dicipta lebih kurang pada bulan April tahun ini, page ini sudah menerima 2,600 likes. Saya baru sahaja like page ini dan sekarang ni ada pertandingan yang sedang dijalankan dimana anda boleh tag gambar si comel anda yang paling menarik dan berpeluang untuk memenangi hadiah misteri! Saya pun baru masuk tadi.. saya selitkan gambar baby bersama buah strawberi ketika lawatan kami ke Cameron Highlands.


Strawberi ni kebetulan dapat yang manis. Comel kan?
Saya nak minta tolong suggie lovers out there untuk tolong 'like'kan gambar ini di alamat url ini

Anda pun boleh turut serta dalam peraduan ini! Mari join beramai-ramai.. Hanya post gambar suggies anda di page Sugar Glider di Facebook. 

  • Pastikan gambar itu gambar asli kepunyaan anda dan bukan milik orang lain. 
  • Post hanya satu gambar, tanpa gambar anda. Hehe.. ini bukan pertandingan ratu cantik, kalau tuannya kacak/jelita, habislah orang lain.. Hehe..

Sila like, share atau komen pendapat anda di bawah page ini. <3

-------------------------------------------------------------
Bonus preview untuk Pengalaman Penulis: Travel ke Cameron Highlands (Episod 2)

Gambar lain dari lawatan ke Cameron Highlands bersama Baby my Sugar Glider!

My dad in the background. Baby pegang rock melon, fresh dari Camerons!

Bharat tea plantation. No pets allowed? Showed you!

Baby masih mamai bersama tomato backdrop.

Baby bau masam

"Ni apa nie???"

Selamba je nak cilok brokoli orang, takpa.. kecil je..

Agak emo gambar ni.
xoxo, 
Maddy