08 August 2011

Keperluan Asas: Bonding/Menjinakkan Sugar Glider

MMM
Hello readers, Maddy di sini. Blog entri kali ini mengenai bonding. Bonding merupakan topik yang luas dan subjektif jadi saya juga mungkin akan memecahkannya menjadi topik-topik kecil yang akan dibuat dalam entri akan datang agar anda lebih mudah memahami proses bonding ini.

**ENTRI TERBARU**
Klik sini!
TEKNIK EKSTRIM TAMING/BONDING SUGAR GLIDER GARANG/PENAKUT/TAKLEH DUDUK DIAM

Pengenalan kepada penjinakan atau 'bonding' sugar gliders

Kebiasaannya, selepas memastikan sangkar, pemakanan sugar gliders sudah diuruskan, pemilik sugars akan heboh dengan proses bonding atau taming sugars mereka. Istilah bonding ini sebenarnya bermaksud percaya. Bonding tidak bermakna mereka akan melompat kepada anda jika dipanggil atau boleh melakukan 'tricks' atau helah yang selalu dilihat dari pemilik sugars yang bertahun pengalaman atau dari video-video Youtube. Bonding ini hanya berlaku bila sugars anda, percaya, selesa, suka akan kehadiran anda. Sugars yang sudah bonded dengan pemilik mereka tidak akan crabbing jika dipegang, dibawa kemana-mana dan lain-lain.

Bau tubuh badan adalah penting

rawr sexxay.


Bonding melibatkan pembiasaan BAU tubuh badan pemilik kepada sugars mereka. Bau badan adalah penting untuk mengenal pasti siapa yang mejinakkan, memberi makan atau membawa mereka ke mana-mana. Jadi, orang yang ada 'Body Odour' atau bau badan dan membela sugars agak bertuah kali ini kerana sugars akan segera bond dengan bau pemilik mereka yang 'menonjol' itu. :p Jadi ketika bonding, ia juga penting untuk tidak mengenakan losyen atau minyak wangi sebelum mengendalikan mereka.

Umur optimum untuk proses bonding

Paling muda ialah 2 bulan. Bak kata pepatah, melenturi buluh biarlah daripada rebungnya. Mereka lebih menerima dan terbuka kepada persekitaran dan orang di sekeliling mereka memandangkan mereka masih 'fresh' dalam dunia ini dan mereka belum mempunyai apa-apa pengalaman dikendalikan oleh manusia. (Kerana lazimnya hanya umur 2 bulan baru boleh joey dipisahkan dari ibunya.

Joeys

*Jika anda mendapat joey yang lebih kecil dari ibu jari, segera hubungi doktor haiwan dan dapatkan 'milk replacer' khas untuk marsupials dan beri susu kepada joey tersebut setiap 2 jam).

Jangan salah sangka dan berasa bahawa suggies yang tua beberapa bulan atau beberapa tahun tidak boleh dijinakkan atau bond. Ianya semua bergantung pada perwatakan dan personaliti suggies anda. Selain itu, anda juga perlu bersabar dengan proses yang mungkin mengambil seminggu atau sebulan dan lebih dari itu.

Konklusinya, suggies yang muda seperti 2 bulan mudah dijinakkan dan suggies yang berusia (agak-agak macam dah matang sangat atau sudah lama dibiarkan liar atau terdedah dengan pengalaman buruk contohnya; penderaan fizikal, masalah kesihatan yang berlarut, stres dan sebagainya) memerlukan masa yang lebih lama untuk dijinakkan, namun tidak mustahil jika pemilik memberi kesabaran dan usaha yang tinggi untuk mendapatkan kepercayaan suggies tersebut.

Kebiasaan pada awal waktu bonding

Sugar gliders kebiasaannya akan membuat bunyi 'crabbing' pada kali pertama mereka berkenalan dengan anda. Ini adalah tabiat yang normal dan sihat dalam sugar gliders. Jika sugar glider anda tidak melakukan crabbing ini, mungkin mereka sudah jinak dengan manusia ataupun mereka sakit/lemah untuk membuat bunyi crabbing tersebut.

Crabby baby

Crabbing ini saya telah jelaskan di dalam entri bertajuk Bunyi-bunyian Sugar Gliders. Crabbing ketika mereka mula dikenalkan kepada anda tidak bermakna mereka marah atau benci dengan anda. Malah saya tidak percaya sugar gliders boleh merasa benci kepada manusia walhal sebenarnya itu cara mereka mempertahankan diri mereka kerana mereka takut akan anda.

Pengalaman saya membela sugar glider saya, baby amat sukar dan stres bagi saya. Saya ketika itu yakin bahawa baby membenci saya dan tidak akan suka saya selama-lamanya. Namun selepas usaha yang tidak putus, 4 hari kemudian baby tidak lagi crabbing malah suka tidur di dalam tangan saya dan dia bersama saya tak kira masa.

Cara untuk bond dengan sugar glider anda

Apa yang perlu ada (Asas)

T-Shirt buruk pun boleh

Baju T-Shirt yang tidak lagi digunakan atau yang boleh dikorbankan untuk suggies anda
Pakai T-Shirt semalaman, letak di dalam sangkar atau sidai di atasnya.

Bonding Pouch

Bonding Pouch
Letak suggies di dalam pouch. Ambil ketika waktu pagi/petang/suggies tidur (jika ia tidak biasa dipegang dan masih crabbing). Letak di dalam baju dan bawa ia kemana-mana. Bunyi suara dan pergerakan anda akan membuatnya rasa biasa dengan anda.

Pineapple Treats!

Treats
Jika ia di tempat yang sunyi atau bilik yang kosong, panggil namanya dan tunggu ia datang ke tangan anda. Beri treats jika ia datang dan anda boleh cuba mengusap kepalanya. Biasakan memanggil namanya.



Cebisan kain/T-Shirt yang boleh dikoyakkan kecil-kecil
Lap pada muka atau tidur semalaman dengannya dan letak di dalam bonding pouch/sleeping pouch. Nanti suggies anda akan terbiasa dengan bau anda.

Kesabaran

Kesabaran yang tinggi
Proses ini tidak mengambil semalaman. Jangan putus asa dan jangan ingat yang suggies anda tidak dapat dijinakkan. Ulang langkah di atas dengan konsisten.

Baiklah, itu sahaja dari saya kali ini..

Like, share dan komen di tepi kanan dan bawah page.

xoxo,
Maddy

30 comments:

Z.U.E said...

suggies saya dah lebih kurang 3 minggu ngan saya tapi dia still crabbing, setiap malam saya akan bermain ngan dia.. tapi dia belum betul2 kenal saya :(

Unknown said...

Don't worry, bukan you sorang je pernah rasa camni.. belum lagi sebulan ++. You just have to be patient k. Progres takkan dapat dilihat hanya selepas semalaman training dan bermain. Ia hanya datang secara rela dari suggie awak sendiri..

Shasha Yusuf said...

i loveeee ur blog ! it helps me a lot eventho i dh raised both of my gliders for almost a year. still considering myself as a newbies :p u ada bbm x ? do add me. email kat i kay. sha.biebambam@gmail.com

Unknown said...

Thanks Shasha.. nope I don't have a bb.. you can contact me here or using my email horcruxes13@gmail.com

:: Fana :: said...

salammm..sya ada 2 Sg yg dah besar cikit..dea xjinak npe ek walaupon ari2 saya usap dea n men ngn dea...kdg2 bila pnggil diowg just tinjau jew dri tmpt tito diowg...apa perlu wat ek?..

Unknown said...

Kalau dah besar sikit tu umur berapa.. dia tak kira umur, suggies akan jinak atau tak crabbing atau datang dekat kita jika dia suka dan percaya pada kita. Jadi apa yang perlu ialah semua jenis nasihat yang anda pernah jumpa untuk bond dengan suggies, kesabaran dan hanya menunggu waktu.

Nak jinak bukan sekadar usap. Ada banyak cara untuk speed up bonding, which i belum buat lagi tapi.. here's the way i bond ngan sg i.

Dari first day dapat baby, pegang guna tissue, biar dia tidur dalam tangan, berak kita keluarkan so dia takpayah bangun, makan handfeed guna syringe.. suap time dia tdo/bangun. I buat ni straight selama 4 hari. Hari ke-empat, tak crabbing langsung.

Kalau panggil, tak semua dapat skill untuk datang dengan rela. Cuba panggil dengan makanan/treats di tangan. Biasakan.. nanti dia tahu la nak datang kat tangan u.

Anonymous said...

mcm mana kita nk atasi perasaan tkot utk pegang sg sbb sg sy suka crabbing n menjerit2 bila sy nk cuba pegang n sy pon terkejut sekali??sy dh 2 hari bela..sg sy male 2 bulan..

Anonymous said...

untuk lagi senang ia bersama anda..sila lah letak tangan anda di dalam pounch bag... dan usap2 kepala dia..buat seberapa kerap yg mungkin..sbb saya buat kepada 3 SG sy mcm nie hasilnya hanya 8jam sahaja.... tp akan ada kesan luka akibat di gigi..tu je... kalau berani.. cuba laaa... doo doo the deww

Anonymous said...

bagaimana kalau suami isteri nak bela seekor SG..dua org yg berlainan bau?

Anonymous said...

saya bru jew beli SG nie smlm . .dia nie kuat mgigit . .bile sye ltk dlm cage . .dia mnjerit2 . .sile tunjunk ajar . ?

suexsuee said...

sama la saya punya asip nk gigit je dia mcm tkut

Anonymous said...

Saya mempnyai sugar glider seekor,akan tetapi skar di jinak kan,ada tak petua lain ?

Unknown said...

Lihat entri terbaru saya, teknik ekstrim tame/jinak sugar glider. Yang ni cuma basic

Unknown said...

tiga ari yg lalu saya baru beli sugar ,sampai sekarang dia masih belum jinak.,macam mana nak jinak kan dia....

Unknown said...

sama la cam sy, kuat gigit, sampai skrg x brani nk kluarkn dr cage die.. dh 3 mggu lebih sy dapat sugar glider ni.. sedihnye.. :(

az said...

a.kum tumpang tnye...sugar saye kalau keluar dri beg mesti dia nk lari sbb ape...

Unknown said...

maknanya dia tak jinak lagi

Anonymous said...

salam,, saya ade beli sg sepasang, umor 2bulan lebih, masalahnya yang betina jinak dan memang tidak crabing yang jantan pantang letak tagn asyik ggit, tp last2 dia jilat jari saya, knpa jdi mcmtu

Anonymous said...

Kenapa sugar glider saya suke berak bile dipegang? Dah berak dlm cage pun akan berak lg bile dipegang haihh

Unknown said...

salam ano...awk beli sg di mna ya?? plz email me about detail about sg awk...sy mnat nk bli but xsure nk bli kt mne lg...huhuh...salam...

Anonymous said...

Asalam, Nak tanya sugar glider sy dah nak setahun..waktu awal beli dulu sy beli trus sepasang n main ngan die dlm dekat sebulan jugak tp tak bond jugak (tp tak crabbing la)..n rumah plak ada kucing so dah jarang main ngan die skit pasal takut kucing gigit plak..aritu ada kedai tu kata silap beli sepasang sbb die susah nak bond pasal dah ada kawan lagi sekor..die cakap patutu beli satu2 dulu..btul ke?

mazarinaROMAIN said...

salam,saya baru dapat suggie semalam,male dan berusia dua bulan.dia sungguh comel tapi malangnya masih garang dan belum dapat untuk bondkan dia,dia seakan akan ingin terkam dan melarikan diri,saya pula takut untuk menghulurkan tangan memandangkan pernah merasai gigitan dia,sakit juga sedangkan ketika itu saya memakai sarung tangan yang agak tebal.haha.macam mana nak atasi?

Unknown said...

salam...saya baru membeli sepasang suggie,masalahnya skrg yg betina terlalu garang disebabkan pernah bergaduh dgn betina lain sampai buta sebelah mata,dan pemilik lama tak pernah mandikan sampai bau terlalu busuk,boleh tak mandikan dgn cara biasa dgn menggunakan air dan syampoo biasa,dan cara yg mcm mana paling mudah menjinakkan suggie saya sebab terlalu garang.dia pernah gigit sampai berdarah tangan dan tak boleh nk pegang langsung...mcm mana nk atasi masalah saya ni...

Anonymous said...

Salam, saya nak tahu adekah normal kalau SG makan tahinya? Ade ape2 effect x? Makanannya ada lagi...kadang2 SG makan utk mengeluarkan najisnya kemudian dia makan najisnya sendiri.

Anonymous said...

brapa besar/umur sugar glider awk tu ? depend pada umur, kalau dah besar susah sikit tp kalau terlalu baby, bahaya kerana mudah sakit dan 50/50 kerana risiko kematian yg besar kerana dia masih perlukan ibu dan susu,umur paling bagus adalah 2 bln, bagi buah atau ulat roti pun bole buat dia jinak jugak saya ckp mcm ni sb saya dah berpengalaman sikit, first suggies saya da mati, masa saya beli dia tahun lps, saya jrg main dgn dia sb trlalu sibuk dan bila dia da brumur 6 bln, jadi liar sikit sampai gigit dan suka lari, dia mati akibat patah tulang kerana trbaling dia ngan kuat, dan kali kedua, saya beli spasang suggie, yg ni sangat jinak dan tidak takut langsung tp dlm seminggu dia mati dan saya dapati suggies itu adalah erlalu muda( saya kene tipu kerana yang tu adalah tak sampai 1 bln tapi baru bbrapa minggu) dan akhirnya saya beli suggies ni bln lps(11/4/2013) yg berumur 2 bln, dia x gigit, gigit pun xsakit sangat dan tidak garang. berkenaan dgn suggies buta tu, awk ada 2 betna atau campur dgn yg lain, kalu nak campur kenala masa dia kecik lagi, ataupun separate cage dia dulu dan ltk cage dia sebelah, menyebelah, sentiasa tukr mainan, beg pouch, dlm masa dua minggu lps tu, cuba try ltk sekali( tp jgn terus tinngal) dan tengok mcm mana, kalau dia start jilat satu sama lain dan tidur skali. itu okay tp kalau dia bunyi bising tul kene buat balik la proses ni, tp kali berlainan jantina, ia xda masalah, mcm saya ckp td, suggies masa budak kecik( 2bln) sangat senang, remaja sangat teruk (5-6 bln, dan dewasa atau tua, dia mungkin xdapat jinak lagi, kslau xpun berbulan atau bertahun(1-3 tahun), last skali saya pesan, kalau nk beli suggies lain kali, belilah kat tempat khas yg jual suggies dan expert tentangnya, seelok eloknya jgn la beli kat pet wonderland sebab kadang2 diaorang tipu,harap2 apa yg saya reply ni bole bantu awak :)

Unknown said...

salam .. saya ada sg yg bru dbeli smalam .. umor 2 bulan 1/2 ..mcm mna nk balut ngan tisu sdangkan nk pegang dia pon xboleh .. dia akan gigit tgn saya bila sya pgang dia..masok hrini dh 5 kali dah dia gigit .. brdarah plak 2 .. sakit ..

Unknown said...

salam..saye bru beli male SG umor 2 bulan smalam..prob die ni suke jilat epal je bukan nk mkan sgt..mkanan bijik2 yg ade complete nutrition die x usik lgsung..pastu x reti nk minum gune bottle..kene suap gune sudu..haha..ade tips x nk settle prob die ni...trimas 4 any response..

Anonymous said...

Sy pun sama..dh 3 mgu dh tp still msh ggt n crabbing..jgn ckp nk main ngn dia..tangan sy masuk cage dh dia dh crabbing..mcm mane ye?sy nk dia bond ngn sy tp mcm ssh..

Unknown said...

Sg I umr 3buln..bleh bounding lgi ke?

sidd's blog said...

saya ambik masa 3 bulan utk bond kan dye... sabar....ader yg ambik masa smpi bertahun tahun...good luck...