Friday, August 17, 2012

Cara Taming/Bonding untuk Sugar Glider (Teknik Extreme Tame/Bond)


Hello readers, maddy di sini.. dalam entri ini saya akan membincangkan cara untuk tame (jinak) dan bond (percaya,selesa) dengan sugar glider anda.

Entri ini berdasarkan cara saya menjinakkan dan bond suggie saya dan juga tips-tips asas yang saya pelajari di buku dan research di internet.

Tak banyak buku tentang sugar glider di Malaysia. Ini paling lazim.

Isu taming/bonding ini memang antara perkara yang paling penting bagi setiap pemilik sugar gliders. Kita terpesona melihat sugar glider orang lain datang mengikut arahan dan lompat dari bahu ke bahu dan cemburu melihat sugar glider mereka selesa sahaja tidur di tangan pemilik mereka sedangkan sugar glider kita garang gila babas.



**Dengan entri ini, anda mungkin/tidak mungkin dapat hasil terbaik dengan suggie anda tetapi anda kena ingat yang semua info di dalam entri ini saya cuba bentangkan dengan menyeluruh untuk fahaman anda. Jadi, baca dan praktikkan selama jangka masa yang patut sebelum anda putus asa atau rasa seperti suggie anda 'benci' anda. Saya telah selitkan di dalam entri ini, semua info mengenai perkara asas mengenai cara untuk tame (jinak) dan bonding (percaya) sugar glider secara rumusan bersama entri utama; cara extreme tame/bond sugar gliders.

Sebelum saya mulakan, baca dulu entri bagaimana hendak tame dan bond suggies (pengetahuan asas). Linknya ada di bawah page.

________________________________________________________

PENTING: BENDA PALING PENTING ADALAH KEPERCAYAAN/KESELESAAN SUGGIE DENGAN PEMILIK.


Rawr! I Need your trust <3

BAGAIMANA NAK BUAT DIA PERCAYA DAN SELESA?

1. JANGAN BAGI DIA TAKUT. 2. PANGGIL DIA DENGAN LEMAH LEMBUT. 3. PEGANG DIA DENGAN SOPAN SANTUN. 4. BAGI MAKANAN YANG SEDAP DAN BERKHASIAT (TAK BERLEMAK, TIADA GULA/PEMANIS TIRUAN/PENGAWET/COKLAT/NESTUM/GULA-GULA DLL) GUNA TANGAN/JARI KE MULUT ATAU TANGAN DIA. 5. PEGANG/KENDALIKAN SUGGIE ANDA 24-7 KALAU MAMPU. 6.USAHA YANG KONSISTEN DAN KESABARAN YANG TINGGI

Info permulaan bagi orang yang baru mendapat/membela/membeli sugar gliders (SKIP JIKA HENDAK TERUS KE CARA TAME/BOND SECARA EXTREME)
  • Ketika baru dapat suggie, kebiasaannya dia tidak jinak langsung. 
  • Dia akan buat bunyi cam haram- Crabbing (rujuk link di bawah page untuk pahami bunyi ini dan kenapa suggies buat bunyi ni.
  • Jangan, dan jangaaaan tarik tangan kalau suggie anda crab dan menerkam anda. Suggie sebenarnya takut, sebab tu dia buat begitu untuk menghalau pemangsa, iaitu anda. Jadi, kalau takut kena gigit, letak tapak tangan atau bahagian atas dan perlahan-lahan cuba letak kat muka dia. Awak tak sakit, dan bila dia tengok yang awak tak larikan tangan, dia akan berhenti menyerang. Kalau sikit-sikit terkejut payahlah nak jinakkan dia. Nanti dia naik lemak, dan sebab tulah sesetengan pemilik masih lagi berdepan dengan isu sugar glider yang garang dan crabbing. Bukan salah mereka, tetapi tuan suggie yang guna teknik menjinakkan suggie dengan salah. Haiwan liar ni mana tahu apa-apa..
  • Letak suggie dalam cage yang starter (1.5 kaki) untuk permulaan bagi membela suggie. Dalam usia 4-5 bulan korang kena pindahkan dia ke sangkar 3 kaki sekurang-kurangnya.. jadi cepat-cepatlah cuba jinakkan suggie sebelum umur dia meningkat. (Rasional sangkar kecil untuk jinakkan suggie- Ketika nak ambil suggie dari sangkar, dia takda ruang nak lari, dan bertambah stres kalau dia rasa cam pelarian. Konklusinya, proses jinak akan terbantut kalau dia cuak.
  • Jangan letak tempurung/pouch/roda ketika suggie masih belum jinak. (Rasional- kalau tempurung nanti payah nak keluar, kalau korang paksa dia, lagi dia cuak. Kalau guna sleeping pouch, nampak tangan berbulu korang masuk kawasan dia dan nak cekup dia, sakit jantung dia nanti. Roda pun boleh jadi tempat dia menyorok. 
  • Guna hammock boleh, dia nampak awak, awak nampak dia. Semua orang gembira.
  • Sugar glider tidak mampu untuk rasa benci, tapi mampu untuk rasa takut. Jadi takyah la rasa seperti suggie ni takkan jinak/bonded dengan awak. Usaha dan masa satu faktor penting. Selain dari itu, teknik anda kena betul dan konsisten. Jangan buat usaha sekali seminggu je, memang berbulan pun dia takkan jinak.
  • Suggie akan cepat jinak jika dipegang/dibawa bermain SELALU. Bawalah dia kemana-mana, pergi tandas, memasak, buat kerja rumah.. bukannya korang kena duduk satu tempat dan concentrate kat dia je. Zip je dia dalam bonding pouch. Keluarkan dia masa ke semasa. Atau pegang dia dari luar pouch dan cakap-cakap dengan dia. Apa pun boleh..
  • Suggie akan lagi cepat jinak jika pemiliknya memberi 'treats' ketika bermain/hendak diambil dari sangkar/pouch. (Ada treats khas untuk suggie ya, jangan main bedal)
  • Jangan marah atau cepuk suggie korang kalau dia buat salah atau buat tak paham bahasa. Sebab dia memang tak paham bahasa, dan suggie antara haiwan yang tak makan sama kalau kena dera.. lain lah anjing. Anjing boleh dilatih dan dimarah kalau buat salah. Suggie ni haram tak paham.
  • Jangan marah kalau dia gigit sikit-sikit atau kata dia ni kuat gigit. Itu cara dia 'mengetahui' persekitaran dia. 
  • Kalau tak jinak lagi, jangan campur dengan suggie lain atau main di tempat besar/tempat awam. Concentrate satu suggie pada satu masa, main dan berinteraksi dengannya di tempat yang terkawal seperti bilik atau ruang tamu yang sudah 'glider proof'. (Glider proof ni maknanya bilik yang takda wayar elektrik yang boleh digigit suggie, lubang kecil yang suggie boleh muat, tandas terbuka.. benda tajam dll.)



Ni video menunjukkan my bonded 1++ year old suggie

_________________________________________________________

Perbezaan diantara Tame/Taming, Bond/Bonding dan Trained (Terlatih)

Tame 
- Jinak
- Mengambil masa pendek untuk menjinakkan suggie, tetapi bergantung juga pada umur, pengalaman (takut pernah kena dera), baka (kalau homebreed, senang nak tame kalau dah terun temurun mak bapak suggie tu kena bela oleh pembela suggie domestik) dan personaliti suggie anda manakala untuk pemilik dia; kecekalan, kesabaran, tidak putus asa dan teknik yang betul!
- Cara nak jinakkan tu, pegang je selama korang boleh. Kalau dia duduk dalam bonding pouch, bawa je merata-rata dan seluk tangan selalu dalam pouch.
- Sugar glider yang jinak tidak lagi membuat bunyi crabbing atau menggigit apabila cuba dipegang. Kalau terkejut tu lain cerita, manusia pun melatah bila terkejut ye dok. Kalau siggie masih menggigit dan terkejut bila dihulurkan tangan, maknanya masih belum jinak. (Kalau bab gigit tu bergantung pada suggie, ada jenis personaliti suka menggigit)
- Tidak takut dengan sentuhan pemilik mahupun orang yang tidak dikenali (bergantung pada sugar glider dan bau orang tersebut. Kadang-kadang kalau bau tengik atau muka orang asing pun dia crabbing)
- Takda sangat nak duduk diam apabila dibawa keluar didalam bonding pouch. (Bergantung pada personaliti suggie dan kalau waktu malam tu aktif nak keluar main takpa)
- Sukar dipegang kerana tidak duduk diam dan kadang-kadang cuba melarikan diri (bergantung pada tahap kejinakan suggie)
- Jika dilepaskan di tempat awam, akan cuba melarikan diri dan tidak takut untuk pergi ke orang asing (bergantung jika sudah dibiasakan untuk berbuat demikian)

Bond
- Percaya dan selesa dengan pemilik mereka
- Boleh mengambil masa paling pendek (3 bulan) sehinnga berbulan-bulan ke bertahun-tahun. My words of wisdom; Melenturi bulu biarlah daripada rebungnya. Selain dari faktor umur, sama seperti diatas juga; pengalaman, baka dan personaliti suggie serta usaha pemilik suggie tersebut
- Boleh tidur di tangan pemilik (kalau tame pun boleh juga, ikut tahap dia)
- Jarang membuat bunyi crabbing, melainkan terkejut atau rasa sakit
- Kalau dia rimas dengan pemilik kerana memegangnya terlalu kuat, dia tidak akan gigit pemilik sehingga berdarah, cuma gigit amaran yang bertahan 1 saat sahaja.
- Selalunya dan boleh duduk diam di dalam pouch apabila dibawa keluar jalan (Bergantung pada personaliti suggie dan keadaan; waktu malam)
- Boleh dipegang dan tidak cuba melarikan diri dengan serta merta. (mungkin kalau dia dah bosan kena pegang dan nak main tempat lain, dia akan cuba melepaskan diri dari pegangan pemilik)

Trained
Ini merupakan satu tahap bersama dengan bond dimana sugar glider dilatih untuk datang mengikut arahan. Isu ini tidak akan dijelaskan di dalam entri ini.


__________________________________________________________

Baiklah, seterusnya saya akan terangkan kepada anda teknik ekstrim untuk menjinakkan dan bonding sugar glider. Untuk lebih mudah difahami, saya akan jelaskan mengikut point form.

PENTING: Jangan lupa mempraktikkan point-point asas untuk menjinakkan suggie seperti yang tertera di atas;
1. Bila suggie garang anda tengah tidur, perlahan-lahan ambil dia dan balut dengan tisu. Kenapa tisu? 
- tisu ni nipis, jadi bau peluh dan haba senang ditransfer kat suggie
- tisu ni boleh pakai buang.
*Suggie anda tak boleh duduk diam/terlalu garang dan menggigit jika nampak je tangan anda? Balut dan tutup pandangan dia. Seeloknya ambil dia time dia mamai lah.
*Kalau teruk sangat juga, nak letak dalam tisu pun tak boleh.. cuba biasakan dia dengan berinteraksi dengan tangan anda. Bila dia dah biasa nampak tangan, bau tangan.. dia tak hairan sangat.


TIP: Jangan tarik tangan bila kena serang crabbing dia tu ya. Nanti dia naik lemak dan bila nak pegang je dia akan serang sebab dia tahu anda akan takut dan tarik tangan.

2. Bila dah berjaya balut suggie, korang kena mula dengan proses ekstrim untuk tame/bond suggie korang - Pegang balutan suggie tu dengan tangan korang sendiri. Dari pagi ke senja/selama anda boleh. Suggie akan tidur di dalam tangan sambil anda tengok t.v atau berjalan-jalan di taman permainan contohnya.

The Baby Mummy Returns!
PENGALAMAN SAYA: Saya jinakkan Baby ketika waktu cuti semester. Ketika itu saya menghadiri tourney tennis. Jadi ketika saya di kerusi penonton, saya menghabiskan waktu saya memegang Baby yang dibalut dengan tisu selama 4 hari BERTURUT-TURUT. Dari kali pertama saya dapat tu, memang dia suggie yang agresif. Bunyi sikit pun dia marah, apatah lagi nak pegang dia.

 
 *Perkara negatif: 1.Tangan akan penat, dan dalam hari ketiga, tangan anda akan kaku seperti pesakit carpal tunnel. LOL! (Baik-baik ya bagi yang ada penyakit arthritis. Teknik ini tak digalakkan untukl orang berpenyakit. Takpa, saya akan terangkan teknik lain selain memegang suggie guna tangan.
                                2.Bukan semua ada masa lapang nak pegang suggie 24-7. Namun 24-7 tidak semestinya diperlukan untuk proses tame/bond ni berjaya.

Solusi #1 Kalau anda jenis penat tangan/ada kondisi penyakit, boleh guna shawl/hijab untuk wanita dan scarf trendy untuk lelaki. Balut kain tersebut di leher anda dan masukkan suggie anda di dalam. Pastikan kain itu jenis yang jarang dan kain yang boleh bernafas. Potong kuku jika terlalu panjang untuk mengelakkan kuku tersangkut. Lihat link di bawah entri untuk Cara memotong kuku Sugar glider.

Solusi #2 Nak guna teknik ni, paling lama pun.. InsyaAllah 1 minggu sahaja. Anda kena tahu yang suggie akan memberi respon yang lebih baik jika dipegang selalu dan ada usaha yang sama dan konsisten secara berturut-turut.

3. Bila dah pegang suggie seharian/selama anda boleh, makan minum, pee poo dia bagaimana?

  • Makan
Makanan: Sama ada bagi makanan yang solid seperti buah-buahan/sayur/ayam rebus. Treats seperti yogurt drop boleh juga diberi, tetapi ada hadnya. Sekurang-kurangnya 5/6 biji sahaja untuk sehari, 4-5 kali seminggu.
Makanan cecair seperti HPW pula boleh diberi menggunakan syringe untuk bayi yang boleh didapati di farmasi kesihatan. Murah saja, RM0.50-RM1.00 adalah.


Cara nak bagi makan: Kalau makanan solid, boleh suap dia. *Dan kalau dia garang, sumbat je dalam tisu dia/letak atas perut dia dan bagi dia bau makanan tu. Kalau dia lapar, dia akan automatik pegang makanan tu dan makan. Kadang-kadang, suggie yang belum jinak akan berlagak sikit kalau anda nak suap dia makan. Jadi kalau dia tak makan walaupun disuapkan, cuba letak je makanan tu dan jangan bagi dia nampak tangan anda. Lama-lama bila dibiarkan, dia akan makan lah. *Kalau suggie anda dah sampai ke tahap jinak lebih sikit, bolehla cuba guna syringe. Letaklah buah blended/HPW atau campur kedua-duanya sekali. Kreatif la sikit. Bayangkan cam anda ni Top Chef ke :D

  • Minum
Minuman: Air kosong, air buah, air yang campur madu/gliderade/acacia gum etc. Sesetengah suggies tak suka minum air kosong. Kenapa? Sebab pernah rasa air manis, dia naik lemak lah. Jadi biasakan dia minum air kosong, supaya anda tak susah nanti kalau dia tak minum air dan hanya nak air jus buah sahaja. Kalau nak bagi pun, tiada masalah..

TIP: Kadang-kadang bila potong buah yang banyak air seperti tembikai, air buah yang bertakung tu boleh disedut guna syringe dan boleh bagi suggie anda minum. Ingat ya, jangan bagi banyak sangat makan buah yang banyak kandungan air. Nanti boleh cirit-birit suggie anda.

Cara nak bagi minum: *Untuk suggie garang, cuba letakkan penutup botol berisi air dan sua di mulutnya. *Untuk suggie jinak sedikit, boleh suapkan dengan syringe.

TIP: Perut suggie yang dewasa boleh makan sampai 10-15 ml. Bagi suggie lebih muda, kurang dari itulah. Bila kenyang, perut dia rasa penuh. Jangan pula paksa makan jadi gemuk ya, paling tak elok kalau bagi makan suggie banyak-banyak semata-mata nak gemukkan atau nak kembangkan bulu. Makanan berkhasiat dalam kuantiti yang betul akan secara automatik akan menggebukan bulu badan dan ekor suggie anda. Jika anda suggie anda terlalu kurus dan bertulang, timbang berat badan dia dan lihat sama ada dia perlu naikkan berat badan atau tidak. Lihat entri berkaitan berat ideal suggie di akhir entri ini.

  • Pee dan Poo
Saya menyarankan untuk menggunakan tisu sebab ianya juga bukan setakat mengelakkan suggie basah dek peluh tangan anda, bahkan ia juga boleh digunakan secara pakai buang apabila suggie membuang air kecil/besar. Dalam teknik tame/bond ini, anda akan membuang/'stimulate' suggie anda untuk membuang air disamping MELATIH suggie anda untuk hanya kencing di luar pouch.

TIP: Bila anda pegang suggie, anda akan perasan yang bila dia bangun tidur dan dipegang dengan cara dimana anunya di'bebaskan' (free hold), dia akan mengangkat sedikit dasar ekornya untuk membuang air. Mengikut masa dan pengalaman, anda boleh rasa bila dia akan membuang air.Jadi, sediakan tisu kedua untuk tadah tahi dan air kencing dia.

TIP: Biasanya suggie akan pee dan poo dalam satu masa jadi sediakan dua helai tisu kerana air kencing suggie biasanya akan mengambil 2 helai. Jadi selalu bawa tisu plastik kecil tu merata-rata di dalam beg atau di poket.

THE END! (Believe it or not!)

Baiklah, jika anda sudah selesai baca semua langkah teknik ekstrim tame/bonding ini, anda akan rasakan bahawa ia amat senang dan mudah sahaja. CUMA masa, kesabaran dan usaha konsisten merupakan cabaran yang sukar ditempuhi. Maklumlah, ada yang bekerja, belajar lagi di Universiti dll. Sila ambil perhatian bahawa dengan teknik mudah tetapi ekstrim ini, anda bukan sahaja dapat menjinakkan suggie anda, bahkan anda juga akan mempercepatkan proses bonding kerana mereka akan lebih selesa dan percaya dengan anda kerana sentuhan kerap.

Saya berharap entri ini dapat sedikit sebanyak membantu persoalan yang kerap ditanya kepada saya mengenai cara saya menjinakkan dan bond suggie saya, Baby.




Bye guys! Thanks for reading and good luck! Zzzzz


Jangan lupa like, share entri ini dengan rakan-rakan pemilik suggies anda atau aju apa-apa pertanyaan di Facebook page Suggies For Newbies.

___________________________________________________________

Link-link berkaitan dengan entri ini

Pengetahuan asas mengenai bunyi yang dibuat Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/bunyi-bunyian-oleh-sugar-gliders.html

Cara menjinakkan dan bonding dengan Sugar Glider yang garang/penakut. (Pelajaran asas)
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/keperluan-asas-bonding.html

Pengalaman melatih Sugar Glider melompat ke badan (Easy)
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/baby-menerkam-macam-singa.html

Belajar cara memotong kuku Sugar Glider anda sendiri!

Sugar Glider kurus/gemuk? Lihat berat ideal untuk Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2012/08/mengenalpasti-sugar-glider-obese-berat.html

15 comments:

  1. nice entry.. dan sg awk trsangat comel. sg sy pun jinak sbb sy sllu bwk dia.. pg kuliah pun bwk.. msuk tndas pun bwk hahahah.. sampaikan kalu sy nk pg kuliah dia akan trjaga pgi2 dan barking pd sy suh bwk dia sma3.. ish2

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya takut nk pegang sg saya tapi bila saya cakap dia dengar cakap saya.nama dia SIMON,memang sesuai deganya,SIMON bermaksud pandai,mata die pun nampak mcm pandai...

      Delete
  2. maner bley cari sangkar dia yang 3kaki yer...susah la nak cari...

    ReplyDelete
  3. salam maddy...sy engku n i in passion this animal..sy nk adpot female sg dlm umo 2 ke 3 bln..maddy tau x kt mne sy bole cari?? klu bole nk la sg yg elok kualiti nye...plis help me k...

    ReplyDelete
  4. sudah sebulan lebih saya pelihara sugar glider , tapi dia gak jinak2 .
    setiap di ajak main pasti selalu ajh masuk kandang lagi

    ReplyDelete
  5. saya ada beli yang baru ,, bby lgi ... saya nk jinakkan tapi takut ... mcm mana ni ?

    ReplyDelete
  6. sy nk ty...mksud awk td..msa bru nk jinakkan sg, jgn guna even sleeping pouch..da tu sg sy nk tido atas apa? sjuk x nnti klau biar kt luar?

    ReplyDelete
  7. Bitter tea, u kena baca habis post ni, jgn skip or skim.. slps je prggn yg u mention tu, i nasihatkan pakai hammock. Cuba google camne bentuk tmpt tidur tu dan fikirkan rasional knp i x galakkan pakai sarung tidur tertutup :)

    ReplyDelete
  8. If baby sg kuat tidur dr berjaga normal ke?

    ReplyDelete
  9. if beli SG yang dah berumur dalam 4bulan dan dah kenal tuan dia senang kalau kita nak jinakan dia? boleh saya guna tips2 diatas tak untuk jinakan dia.

    ReplyDelete
  10. Maddy..kalau kite biarkan die lepas dlm bilik..kemungkinan besar die akn pee n poo merata2 x?risau plak tgh tido nti abis tilam sy..
    PLS REPLY..

    ReplyDelete
  11. Sg I bru je hikg.please aja I cara nk cri.?hilg kt dlm rumh...

    ReplyDelete
  12. ha2.. comel dia tidur.. =)

    hai.. salam kenal,
    follower no.162
    done follow sini,
    jom follow teman yea..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  13. salam saya baru beli SG , tapi bila saya nak ambil dia, dia selalu terkam dan gigit, saya agak terkejut suka tarik tagan, so mcm mana selain nk begang dia dgn apa cara lagi ek, dah rasa buntu. 1 lagi SG saya tido dalam bag yang tak ada lubang hnya lubangkelua je ada boleh ke dia tido dlam tu?

    ReplyDelete
  14. Normal ke bagi sg yang umur 2bln selalu tido dari bmain
    Ps**pls reply sy bru lgi bela sg..so x faham lgi dgn sifat n kerenah sg.

    ReplyDelete

Komen atau aju soalan anda di sini