01 August 2011

Pengetahuan Asas: Penyakit lazim bagi Sugar Gliders

MMM
Hello readers, pada blog entri ini saya akan mengenalkan kepada anda semua penyakit-penyakit yang biasanya berlaku pada sugars. 


1. Dehidrasi


Tak bermaya je dia.. kesian..
  • Sugars yang tidak cukup air dalam badan akan kurang selera makan.
  • Anda samada boleh memantau pengambilan airnya, jika anda selalu berada dengan sugars anda pasti tahu berapa banyak yang dia minum dalam sehari.
  • Jika anda perasan yang sugar glider anda kurang makan dari biasa (dilihat melalui mangkuk makanan yang hampir tidak disentuh atau makanan diambil hanya sedikit) anda boleh melakukan satu ujian yang dipanggil 'camp test' ke atas sugars anda. Cuba picit kulit leher sugar glider anda dan tarik ke atas (seperti memegang leher anak kucing) tapi jangan sampai sugar glider anda terangkat sekali, hehe. Jika kulit sugars anda kembali ke tempat asal dengan lambat, maknanya sugars anda mengalami dehidrasi. Jika tidak, selamat lah.. :)
Camp test
  • Untuk rawatan, beri sugars anda Gatorade yang dicampur dengan air. Contohnya, setengah cawan Gatorade, setengah lagi air minuman. Kalau 100 Plus boleh? Saya lagi syorkan Gatorade, sekurang-kurangnya ia mempunyai kandungan garam. Macam kalau awak demam, kan awak minum Oral Salts? 
  • Sekali sekala saya suka memberikan Gatorade Storm yang berwarna ungu kepada sugar glider saya, baby. Dia minum satu penutup botol tu sampai licin.. hehe. Tapi lepas tu dia kencing macam air terjun. Pilih lah perasa yang anda rasakan sedap untuk sugars anda. Saya? saya suka Gatorade ungu, jadi baby pun kena minum yang ungu. :D

Nak cari Gatorade? Ada di 7-11, RM2.20 sebotol untuk rawatan cepat bagi dehidrasi.
2. Cirit-birit


  • Perubahan dalam bentuk dan kepekatan (Eii geli bukan, sebut kepekatan?) najis sugars anda. 
  • Warna najis juga boleh berubah beserta lendir atau darah. Najis basah dan tidak ada bentuk, cair.
  • Najis sugars yang sihat biasanya agak pejal, melekat di kulit jika sugars anda membuat 'bisnes' atas lengan anda. Najisnya mesti 'moist' atau lembab.

Najis Sugar Glider yang sihat walafiat. Hehe. (Gambar ihsan Suggiesathome)

  • Cirit-birit boleh disebabkan diet pemakanan yang baru diperkenalkan, makanan yang tidak cukup serat, makanan tidak elok/basi atau parasit. 
  • Untuk rawatan bagi makanan yang tinggi serat. Dan jangan lupa beri air yang secukupnya. 

Antara makanan yang tinggi serat;

Sayuran tinggi serat

  1. Avokado
  2. Brokoli
  3. Sayur kobis
  4. Lobak merah
  5. Chick Peas
  6. Terung
  7. Cendawan
  8. Kentang dengan kulit
  9. Labu
  10. Kacang Peas - kacang polong bermata hitam, kacang hijau
  11. Sayur bayam
  12. Ubi keledek
 Buah-buahan tinggi dengan serat

  1. Epal
  2. Pisang
  3. Beri - Blueberriesberi hitamraspberi, dll.
  4. Buah-buahan kering - Buah tinRaisinsaprikot, kurma, dan sebagainya.
  5. Jambu Batu
  6. Kiwi
  7. Buah limau/oren
  8. Pir
  9. Prun
3. Depresi atau stres

Tekanan untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan pelbagai penyakit pada sugars anda. Antara faktor-faktornya ialah;

  • Sugars merasakan dirinya di dalam bahaya 
  • Kesedihan atau kehilangan orang yang dikasihi (manusia atau sugars)
  • Kesepian
  • Penyakit yang dihidap
  • Pemakanan yang tidak sihat atau seimbang
  • Gula darah yang rendah
  • Perubahan secara tiba-tiba dalam persekitarandiet, atau persahabatan
Rawatan depresi adalah memastikan sugars anda mengikuti diet pemakanan yang seimbang. 
Luangkan masa dengan bermain secara berkala dengan sugars anda. Sebaik-baiknya luangkan 1-2 jam pada waktu malam  Jika tidak ada masa, pastikan anda mempunyai teman untuknya.
Sediakan sangkar sugars dengan banyak mainan dan ruang untuk bermain.


Hey, saya terjumpa satu video yang sama dengan cara saya main dengan baby saya. Mainannya pun hampir serupa, nanti saya buat post mengenai mainan-mainan baby. Hehe.





Di sini saya sertakan link laman web yang memberi pelajaran tentang cara untuk bermain dengan sugars anda;


eHowto
Sugarglider.com

Ini pula simptom-simptom depresi/stres
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Hilang selera makan
  • Perubahan dalam tabiat tidur
  • Mencederakan diri sendiri/'Self-mutilation'
Sanggup ke lihat sugars anda begini? Luangkanlah masa dengan mereka dengan secukupnya..
  • Kekurangan atau penurunan keinginan untuk bermain
  • Tidak aktif
  • Tidur tabiat yang luar biasa
  • Bunyi komunikasi yang berlebihan seperti menyalak atau barking
4. Obesiti

Sugars gemuk atau berat badan berlebihan. Mereka tidak aktif dan saiz badannya sangat besar. Perlu ada perbezaan dari obesiti dengan jenis rangka sugars. Ada sugars yang bertulang rangka besar dan ianya adalah normal untuknya bersaiz besar dari biasa. Ada juga sugars yang aktif bersenam dan bermain tetapi badan mereka masih bersaiz besar. 


Macam bantal pun ada..

Bagaimana untuk tahu jenis rangka tulang sugars?

Tanya pakarlah. :D Facebook Yoong Yuin Hun, (a dear friend on Facebook. She has a her own Sugar glider website filled with lots of love and help. Give her a visit at www.suggiesathome.com, you'll learn a lot from her.  ;))

Blog kesukaan saya


Jadi, kembali kepada obesiti, rawatan untuk sugars adalah untuk bersenam dan kurangkan pengambilan 'treats' yang manis dan letakkan lebih mainan dalam sangkarnya, atau anda boleh bermain lebih dengan sugars mereka.




5. Hind Leg Paralysis




Lumpuh kaki belakang bagi sugars biasanya disebabkan oleh paras kalsium tidak mencukupi di dalam badan. Ini boleh dianggap sebagai masalah yang membawa maut jika tidak dirawat dengan segera, jika sempat dikenal pasti ianya boleh dirawat. Kekurangan kalsium adalah perkara biasa berlaku pada sugar gliders kerana kebanyakan makanan yang mereka makan mempunyai nisbah kalsium dan fosforus yang tidak cukup seimbang. 




Tandanya ialah lemah kaki belakang. Ianya dapat dilihat apabila sugars mempunyai masalah memanjat, berjalan, dan kaki menggelatar secara berlebihan.




Tanda-tandanya;


  • Menggeletar dengan teruk
  • Kurang koordinasi
  • Letih
  • Berjalan berdengkot
  • Lemah
  • Kehilangan penggunaan kaki belakang (mengheret satu atau kedua-dua kaki)
  • Bengkak jari kaki dan, atau jari tangan
  • Tulang yang patah secara tiba-tiba dengan tiada sebab yang jelas
  • Sendi kejang
  • Kehilangan berat badan tidak dapat diterangkan


Baik-baik dengan sugars yang kekurangan kalsium, jika mereka jatuh.. ini boleh terjadi pada mereka


Rawatannya: Jumpa doktor haiwan untuk rawatan dan buat perubahan dalam diet. Beri suplemen kalsium kepada sugars anda.

Jari tangan bengkak
Jari kaki bengkak

Sila ambil perhatian bahawa banyak tanda-tanda yang disenaraikan juga boleh
 menunjukkan isu-isu kesihatan lain yang serius. Pastikan jika anda lihat mana-mana gejala ini pada sugars anda, serta-merta pergi mencari pakar penjagaan veterinar untuk didiagnosis dan ikuti rawatan yang betul
.

Ini rupa sugars yang terkena Hind Leg Paralysis


Untuk diskusi lebih lanjut mengenai HLP, lawati Sugarglider.com


6. Sembelit


Sugars akan sembelit jika ia tidak mengambil buah-buahan dan air yang cukupSembelit juga disebabkan oleh penghapusan kumuhan yang keras dan kering. Ia amat menyakitkan, dan dalam sesetengah kes teruk, sugars mengalami kesusahan untuk membuang air besar langsung dan ini merupakan keadaan yang serius.


Tanda-tanda biasa dilihat ketika sembelit ialah apabila sugars 'hiss' atau berdesis (seperti ular) apabila ia membuang air besar. Sugars juga akan jarang membuang air, dan perutnya kekembungan.

Rawatan

  • Satu sudu jus epal tulen (tanpa gula tambahan) dua kali sehari.
  • Beri suggies anda buah-buahan yang tinggi serat seperti prun, epal dll.

    SLURP!
  • Selain itu,  pastikan sugar anda mendapat akses kepada air yang bersih setiap hari.
  • Perhatikan samada sugars anda membuat najis yang normal bagi sugars yang sihat.
*Sugars yang tidak ke tandas lebih 24 jam adalah simtom sembelit yang kronik. Bawa ke doktor haiwan dan beri rawatan sementara seperti dinyatakan. 


Banyak lagi penyakit-penyakit yang biasa dihidap sugars, saya akan sambung kemudian hari.. esok saya akan menjaga booth butik ibu saya di Jaya Jusco, Wangsa Maju. Kalau anda mahu, lawatlah page butik kami..


Jika blog saya banyak membantu, tolong share, komen atau like blog ini di tab sebelah kanan anda. Au revoir dan sehingga nanti readers!


xoxo,
Maddy


Antara link yang digunakan


30 comments:

~Photo Freak~ said...

wow..u punya blog complete..hehe...
madihah sy nurul farehah, slalu je tgk awak komen2 kat fb...
sama2 la kite improve cara penjagaan dan penternakan dan bg learn kt newbieess kn...congrat!

spread a love LOL

Sarjie said...

Thanx for the info! u save me a lot of time of doing the research on my own..

Unknown said...

haii,, npew yer my bulu sg ggur kt eko n kt blakang n kt kaki pom ade,,, y seko nim blu ggr kt eko n jdi kaler biru g2 then ade mcam kler biru mcam lebam g2.. cner ek nk rawat dowg coz dh bwk pege vet then vet agi ubt sapu but xjadi la... please help me!!

Unknown said...

Aichah
Ada beberapa kemungkinan, satu; parasit/kutu/hama
dua;stres, tiga;diet yang tidak seimbang.
Apa-apa pun, awak kena pergi vet dengan segera sebelum perkara lagi buruk terjadi.

nurul mazni said...

hai maddy..sy nk tnye la..bulu my sg gugur la..dekat bahagian blakang bdn die..dkt perut 2..sy dh bwa jumpe vet,tp xelok jgk..mkin teruk..skrang nie,bulu die ggur dkt bhgian sayap die..leh x bg vet area kl yg btol2 leh rwat my sg?rsau sgt2 la..tq..

Unknown said...

KL, ada kat damansara tak silap, Hands and Paws.. Healing Rooms. I tak ingat alamat.. i think u boleh google.

Anonymous said...

wahhh.... sedihnyer tgk hlp sugar... Takut pun ada, Sy beli tomel waktu dia da 3bln+... Diet yg saya guna utk glider tu xlah seperti yg tertera di site nie. Just bg dia mknan yg dipek sendiri oleh tuan nyer kedai yg da lama buat bisness (org ug sama sy beli tomel)n dia da jamin khasiat mknan tu. Cuma kena bgi buah/sayur utk bg variasi. Sy percaya ckp dia n tomel pun ok jer mkn mknan org tuh. Skang sy da beli 1bln da. ok jer tp rasa takut tetap ada (T.T")

Unknown said...

Anything yang bukan HPW, u tak patut bagi makan. Lagi2 kalau tokey kedai tu buat makanan sendiri. Tak lama lagi nanti berpenyakit pulak sg awak. Sama ada by long term atau short term. Please tinggalkan mknn yg tokey tu bg and bg HPW okay. :)

Nadia said...

tengs for this info taw..nad kongsikan di blog nad...hoping that u tak kisah..:)

www.nornadiah.com/2012/01/penyakit-dan-rawatan-untuk-sugar-glider.html

Anonymous said...

nk tny.. my sg tibe2 da 2 hari tak tdo siang.. kenapa ek. risau pulak. lepas tu kurg makan. dia mmg dari dulu tk makan banyak tapi makin kurang lak dia makan. takotla jadi benda pelik tapi saya cek badan dia sume ok. jus tabiat tidor n makan dia je la yg saya risau

Mrs Nurul said...

saya share di blog saya ya..harap maklum...kalau tak boleh PM saya ye..nanti saya remove..tq...

syafiqahayra said...

sg aku hidung warna purple mcm warna lebam gitu. kenapa eh?

Anonymous said...

salam nak tnya cane nk bg sg minum dia macam tak de minumla...baby lagi ni garang lak tu nk pegang takut

Unknown said...

boleh je, just put an original link to the source yea. :)

Unknown said...

sure, just post a source link ya! :)

Anonymous said...

Normally klau kite jumpa vet brape diorg charge ea??? Mhl ke???

Unknown said...

tak mahal.. at least rm50 kena ada. if kes kronik, extra sikit.

Unknown said...

kalau takut payah la hidup, nak bela sg pun sg garang.. hahaha

read my post pasal how to jinakkan sg, then sementara waktu, bg minum paksa ke.. tp minum mmg penting, haiwan kecil if tak minum shari pun bahaya

Unknown said...

sejuk. aircond? sg tk thn sejuk.

Anonymous said...

Mcm nk tau ori ngn x ori eak??ape nm kt fb..nk add

Anonymous said...

pada ngomon apa sih lu tokeylah, awaklah silitlah

Unknown said...

HAA?

Unknown said...

tak de maknanya sg ori/x ori.

sg aussie plak mmg tak de sapa import ke msia. jgn kena tipu ya

Anonymous said...

Soalan. kenapa SG saya matanya bertukar dari warna hitam kepada keputih-putihan. Cian tgk, selera mkn pon kurang, tak suka dibelai dah dan murung. Marah kat bini dan anak2 dia bila mereka dekat. Sakitkah dia?

Anonymous said...

suggies saya ada benjolan dibawah mulut...sebab ape tu ye...baru jadi lagi...

LYANA said...

nak tau camna nak bg dorg makan sayur2 tu, especially carrot, kentang, brokoli tu...yg sayur2 tu lah...nak kena rebus ke? or blend?

Anonymous said...

sugie sy punya ekor putus kat yg kaler itam tu. agak2 boleh tumbuh alik x. tersepit sangkat. :'(

Asni Liyana said...

sg saya makan tahi sendiri sedangkan makanan dye ade.saya bg makan HPW..knape ye?

dyesebel said...

Madihah tolong saya..balas dengan segera.,sugies sy mula monyok,suka bersendirian,badan lemah,seluruh badan die basah macam kena simbah air..kenapa ye.,kerana baru hari ni saya lihat die mula jadi begitu..saya x tahu nak buat mcm mana..sebab sebelum ni saya bela suggies pon mcm tu jgk dan akhrnya mati..saya x nk die jd mcm sugies yg dulu..tolong saya madihah..kat tempat saya xde klinik untuk suggies.,tolong sgt2 madihah..

Unknown said...

Mata sg saya berwarna putih kenapa ya