Monday, August 1, 2011

Tips: Membawa Sugar Glider Keluar Outing/Berjalan

Hello readers, Maddy di sini, hari ini saya akan memblog mengenai apa yang perlu dijangka ketika membawa suggies anda keluar rumah. Sugar Gliders merupakan haiwan poket yang senang dibawa kemana-mana dan pastinya mereka juga suka dibawa kemana-mana. Tetapi perkara begini tidak boleh diambil enteng kerana walaupun mereka suka tidur di dalam pouch sepanjang masa pada waktu siang hari, ia  tak bermakna tiada persiapan atau anda tak perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mereka. 


Peringatan, jangan membawa suggies anda keluar (lepas keluar dari bonding pouch) sehingga ia telah menjadi biasa (tak lari kerana masih liar) dengan anda.

Saya akan memberitahu beberapa perkara asas.

  • Jangan membawa suggies anda keluar pada waktu malam, sama ada didalam bonding pouch atau tidak. Mereka akan mula aktif pada waktu malam memandangkan mereka makhluk malam/nokturnal. Sesetengah suggies mula aktif mengikut masa (selalunya pada waktu malam), atau seperti suggies saya, yang hanya mula aktif bila keadaan sekeliling gelap. Kadang-kadang ketika saya bawa suggies saya di dalam kereta pada waktu malam, keadaan gelap di dalam kereta. Ketika tulah suggies saya start menggatal nak keluar. Memang bahaya kalau tak perhatikan sebab zip boleh terbuka kerana suggie ni pandai gigit (ada yang memang pandai buka zip). Kalau tengok wayang pun boleh bagi hati susah sebab suggie saya akan mengoyakkan tempat zip pouch untuk keluar bermain.
  • Jangan bermain dengan suggies anda di dalam kereta. Saya akan menasihatkan anda jika anda bermain juga, pastikan bahawa bukan anda yang memandu kenderaan. Haiwan ini amat kecil dan laju, jika anda terlepas pandangan ia amatlah bahaya untuknya hilang di dalam kereta. Lagi-lagi kereta yang bergerak. Saya berpengalaman untuk meletakkan baby saya di dalam pouch, tak perasan pula tak berzip betul-betul. Tiba-tiba kawan saya yang duduk di hadapan itu tiba-tiba menjerit, saya sangkakan dia sedang histeria. Saya pun cuba menenangkannya tetapi dia jerit lagi tak berhenti. Seorang kawan lagi yang sedang memandu pun terganggu konsentrasinya. Nasib baik kemalangan tidak berlaku, dan apa yang saya sangkakan histeria merupakan jari kuku baby yang cuba mendaki kaki kawan saya tadi. Haih...
  • Jangan dedahkan mereka di cahaya matahari dengan kerap. Mata bulat comel mereka itu sensitif dan tidak biasa akan terik UV mentari.
  • Jangan biarkan suggie anda bermain dengan mana-mana spesis haiwan yang lain.
  • Jangan biarkan kanak-kanak bermain atau berebut suggies anda. Hanya biarkan mereka berinteraksi dengan suggies selepas ia telah tenang atau telah bpnded/terikat dengan orang dewasa terlebih dahulu.

  • Jangan bawa suggies anda berjalan-jalan di atas bahu anda di khalayak ramai jika ianya belum 'bonded'= percayakan anda. Jika ianya hilang secara tiba-tiba di bahagian semak atau pokok, mungkin dia boleh datang kembali kepada anda jika dipanggil/kerana ia sendiri takut. Dan bagi suggies yang langsung belum jinak, mereka hanya akan fikir untuk melarikan diri daripada anda tanpa berfikir dua kali. Ingat, suggies bukan asal dari Malaysia, jika dia terlepas dia tidak mungkin boleh terselamat untuk hidup di habitat kita.


Benda yang perlu dibawa (untuk outing bersama suggies) jika diluar sehari suntuk




  1. Air minuman/botol air suggies (biasanya guna penutup botol air pun boleh.
  2. Buah-buahan yang boleh diletakkan di dalam pouch suggies (jenis yang tidak basah seperti pear/epal dan lain-lain. *ini 'optional' sebenarnya, dan boleh menggantikan air kerana buah mengandungi juga kandungan air)
  3. Tisu/'wet tissue' jika suggies membuang air di tangan anda. Lap tempat yang terkena najis.




Baiklah itu sahaja untuk post ini. Jadi, like, share, tweet atau komen di Facebook page Suggies for Newbies



xoxo,
Maddy

6 comments:

  1. dik,sy nk tnye..ade x info kalo nk bw sg travelling naik flight???

    ReplyDelete
  2. Guna Malaysian Airlines. Depa ada kargo untuk binatang. Mana boleh bawak benda camni atas plane. Lalat boleh, suggies takleh. Nanti tak pasal2 kena tahan, suggies awak kena contain. Nanti dia rindu2, sedih2..

    Jadi kalau nak bawa suggies atas plane, isi borang dari vet, dapatkan kelulusan etc. all the paperwork lah. :) Hope this helps.

    ReplyDelete
  3. sy nk tnye, sg sy slalu dduk kt tengkuk atau leher sy kalu sy jln kt mne2,kalu kt pejabat pn same....pastu die tdo...kadang2 je die merayap2 kt telinga...emmm bila sy nk letak lam poket, die keluar n masuk lik lam tudung n btenggek kt tengkuk sy...die selesa ke mcm 2??atau sy perlu ubah tabiat die 2??

    ReplyDelete
  4. Wah.. awak patut gembira la sebab dia selesa berada dengan awak. If suggie you nak lari dan lompat ke tempat lain, then you should start worrying. ;)

    memang tabiat suggies suka berdamping dengan tuan dia (yang sudah bonded).. jadi you bagi la dia bertenggek kat you selama mana you selesa. Kalau you nak simpan, letak la dalam bonding pouch dia yang berzip. :)

    ReplyDelete
  5. suggies i still garang .taktahu na buad ape lagy :'(
    da try cara balutan tisu pun dy still agresif lgy na kua dr balutan tuhh .nak sentuh jgn ckp laa .mmang dy mara .what should i do ??

    # fb i : tacha_mengong98@y.c or search je syasha azlan .really need helps

    ReplyDelete
  6. Sugar glider for sale

    RM1000 package
    - 4 Sugar Gliders (2 adults + 2 new born joey)
    - FREE accessories (sleeping pouch, bounding pouch, food container, water bottle, and toys)
    - FREE 3 feet cage
    - FREE supplement/vitamin
    - SG are in good health conditions (fluffy/furry)

    PLEASE CONTACT 017-6876377

    ReplyDelete

Komen atau aju soalan anda di sini