Sugar glidersangatserupa seperti manusiaketika dalam babmakanan.Mereka boleh memakan pelbagai jenis makanan yang yang berbeza,dan seperti kita juga,mereka semuamempunyaiselera mereka tersendiri.Ada sugars yangcerewet,manakala ada sugars yang lain yang akan memakan apa sahaja dan apa-apa sahaja benda,danada jugaakanmenjadipenagih makanan ringan jikaanda membiarkanmereka.
Hari ni mungkin suka, esok tidak lagi!
Selain itu, ia adalah kebisaan sugars jika mereka secara tiba-tiba berhentimakantembikai susu, pisang,ataumakanan kegemaranmerekaselama beberapa bulanjika andamemberi makankepada merekaterlalu kerap. Ini merupakan fasa yang lazim dilalui sugars apabila mereka merasa bosan dengan kitar atau rutin makanan harian mereka jika sering sangat ia dihidangkan kepada mereka. Jadi, sebagai tips, simpan 4-6 jenis buah yang selamat untuk dimakan sugars dan selang seli ikut hari agar mereka tidak jemu dengan menu yang sama setiap hari. Sugars yang bosan dengan makanan boleh menjadi murung/depresi dan ianya boleh berkait dengan pelbagai jenis masalah kesihatan yang lain.
Pastikan mereka diberi pemakanan yang seimbang dan betul, jika tidak merekaakan menjadibosan,tertekan, murung,dan kurang zat dan nutrien yang penting untuk hidup lama dan bebas penyakit
*Ingat, HPW perlu dihidangkan setiap malam dan ia amat penting agar mereka menjamah formula tersebut.
BAGAIMANA DIET SUGARS?
Ada lima perkara yang wajib ada, buah, sayur, suplemen, protin dan diet HPW/Leadbeaters Mix/Taronga Zoo Diet, Priscilla Price's Diet (lazimnya di Malaysia, HPW atau High Protein Wombaroo diet).
Buah: Sila rujuk di entri ini Sayur: Sila rujuk di entri ini
*Makanan seperti buah di dalam tin tidak disyorkan untuk sugars kerana bahan pengawet dan kandungan gula yang tidak asli.
Suplemen: Kalsium, Gliderade, Glider Booster, Debunga lebah asal dari Australia etc.(Bakal diterangkan dalam entri akan datang)
Suplemen kalsium, ditabur atas buah secubit rasa. Jangan letak dalam botol air, boleh menggalakan pertumbuhan organisma.
Kasi booost sikit!
Nutrien debunga lebah yang berperisa blueberry!
Protin:
Cengkerik
Seksi tak makan cengkerik?
Daging lembu, tanpa lemak atau minyak
Ayam yang dimasak, tanpa lemak atau minyak (Paling selamat dan kurang risiko berbanding mealworm, superworm dan cengkerik untuk kena bakteria atau infeksi dalam penghadaman suggies)
Direbus atau apa sahaja, asalkan tak guna minyak masak..
Telur rebus, boleh dicampur yogurt atau jus epal/buah yang selamat
Yogurtbiasa yang rendah lemak, apa-apa jenis perisa
Rendah lemak, jangan bagi sebijik macamni, kongsi la dengan tuannya
Mealworm (Menggemukkan dan tinggi fosforus)
*Muntah*
Superworm (Menggemukkan dan tinggi fosforus)
Ada nak pegang?
Wax Worms
Fear Factor pun tak nak makan ni.
Ulat Sutera/Silk worms
Untuk kulit selembut sutera...
Caterpillars/Ulat Bulu
Cottage Cheese (Terlalu menggemukkan)
Treats: Diberi secara berkala dan untuk diberi dalam proses menjinakkan/bonding atau melatih/training mereka.
Jangan bagi banyak, nanti rasuah tak laku (untuk treats)
Sedap juga rasanya, tuan yang makan lebih bila suggie sendiri tak mahu..
Pastikan ianya organik dan selamat untuk penghadaman sugars. Contoh; buah-buahan kering tanpa pengawet, pewarna dan perasa tiruan, yogurt drops etc.
*Jangan sesekali bagi makanan ringan manusia.
Penat dan mengantuk, sila share, like, komen di tepi kanan tab dan di bawah.
Hello readers, pada blog entri ini saya akan mengenalkan kepada anda semua penyakit-penyakit yang biasanya berlaku pada sugars.
1. Dehidrasi
Tak bermaya je dia.. kesian..
Sugars yang tidak cukup air dalam badan akan kurang selera makan.
Anda samada boleh memantau pengambilan airnya, jika anda selalu berada dengan sugars anda pasti tahu berapa banyak yang dia minum dalam sehari.
Jika anda perasan yang sugar glider anda kurang makan dari biasa (dilihat melalui mangkuk makanan yang hampir tidak disentuh atau makanan diambil hanya sedikit) anda boleh melakukan satu ujian yang dipanggil 'camp test' ke atas sugars anda. Cuba picit kulit leher sugar glider anda dan tarik ke atas (seperti memegang leher anak kucing) tapi jangan sampai sugar glider anda terangkat sekali, hehe. Jika kulit sugars anda kembali ke tempat asal dengan lambat, maknanya sugars anda mengalami dehidrasi. Jika tidak, selamat lah.. :)
Camp test
Untuk rawatan, beri sugars anda Gatorade yang dicampur dengan air. Contohnya, setengah cawan Gatorade, setengah lagi air minuman. Kalau 100 Plus boleh? Saya lagi syorkan Gatorade, sekurang-kurangnya ia mempunyai kandungan garam. Macam kalau awak demam, kan awak minum Oral Salts?
Sekali sekala saya suka memberikan Gatorade Storm yang berwarna ungu kepada sugar glider saya, baby. Dia minum satu penutup botol tu sampai licin.. hehe. Tapi lepas tu dia kencing macam air terjun. Pilih lah perasa yang anda rasakan sedap untuk sugars anda. Saya? saya suka Gatorade ungu, jadi baby pun kena minum yang ungu. :D
Nak cari Gatorade? Ada di 7-11, RM2.20 sebotol untuk rawatan cepat bagi dehidrasi.
2. Cirit-birit
Perubahan dalam bentuk dan kepekatan (Eii geli bukan, sebut kepekatan?) najis sugars anda.
Warna najis juga boleh berubah beserta lendir atau darah. Najis basah dan tidak ada bentuk, cair.
Najis sugars yang sihat biasanya agak pejal, melekat di kulit jika sugars anda membuat 'bisnes' atas lengan anda. Najisnya mesti 'moist' atau lembab.
Najis Sugar Glider yang sihat walafiat. Hehe. (Gambar ihsan Suggiesathome)
Cirit-birit boleh disebabkan diet pemakanan yang baru diperkenalkan, makanan yang tidak cukup serat, makanan tidak elok/basi atau parasit.
Untuk rawatan bagi makanan yang tinggi serat. Dan jangan lupa beri air yang secukupnya.
Tekananuntukjangka masa yang panjangboleh menyebabkan pelbagaipenyakit pada sugars anda. Antara faktor-faktornya ialah;
Sugars merasakan dirinya di dalam bahaya
Kesedihanataukehilanganorang yang dikasihi(manusia atausugars)
Kesepian
Penyakit yang dihidap
Pemakanan yang tidak sihat atau seimbang
Gula darah yangrendah
Perubahan secaratiba-tibadalam persekitaran, diet, ataupersahabatan
Rawatan depresi adalah memastikan sugars anda mengikuti diet pemakanan yangseimbang.
Luangkan masa dengan bermainsecara berkala dengan sugarsanda. Sebaik-baiknya luangkan 1-2 jam pada waktu malam Jika tidak ada masa, pastikan anda mempunyai teman untuknya. Sediakansangkar sugarsdenganbanyakmainandanruang untukbermain.
Hey, saya terjumpa satu video yang sama dengan cara saya main dengan baby saya. Mainannya pun hampir serupa, nanti saya buat post mengenai mainan-mainan baby. Hehe.
Di sini saya sertakan link laman web yang memberi pelajaran tentang cara untuk bermain dengan sugars anda;
Sanggup ke lihat sugars anda begini? Luangkanlah masa dengan mereka dengan secukupnya..
Kekurangan ataupenurunankeinginanuntuk bermain
Tidak aktif
Tidur tabiat yang luarbiasa
Bunyi komunikasiyang berlebihansepertimenyalak atau barking
4. Obesiti
Sugars gemukatauberat badan berlebihan. Mereka tidak aktifdansaizbadannya sangatbesar. Perlu ada perbezaan dari obesiti dengan jenis rangka sugars. Ada sugars yang bertulang rangka besar dan ianya adalah normal untuknya bersaiz besar dari biasa. Ada juga sugars yang aktif bersenam dan bermain tetapi badan mereka masih bersaiz besar.
Macam bantal pun ada..
Bagaimana untuk tahu jenis rangka tulang sugars?
Tanya pakarlah. :D Facebook Yoong Yuin Hun, (a dear friend on Facebook. She has a her own Sugar glider website filled with lots of love and help. Give her a visit at www.suggiesathome.com, you'll learn a lot from her. ;))
Blog kesukaan saya
Jadi, kembali kepada obesiti, rawatan untuk sugars adalah untuk bersenam dan kurangkan pengambilan 'treats' yang manis dan letakkan lebih mainan dalam sangkarnya, atau anda boleh bermain lebih dengan sugars mereka.
5. Hind Leg Paralysis
Lumpuhkaki belakang bagi sugars biasanyadisebabkanoleh paraskalsiumtidakmencukupidi dalam badan.Iniboleh dianggap sebagai masalahyangmembawa mautjikatidakdirawat dengan segera, jika sempat dikenal pasti ianya boleh dirawat. Kekurangan kalsiumadalahperkarabiasa berlaku pada sugar gliderskerana kebanyakan makananyangmerekamakanmempunyai nisbahkalsium dan fosforus yang tidak cukup seimbang.
Tandanya ialah lemahkakibelakang.Ianya dapat dilihatapabilasugarsmempunyai masalahmemanjat, berjalan, dan kaki menggelatar secara berlebihan.
Tulang yang patah secara tiba-tibadengantiadasebabyangjelas
Sendi kejang
Kehilanganberat badantidak dapat diterangkan
Baik-baik dengan sugars yang kekurangan kalsium, jika mereka jatuh.. ini boleh terjadi pada mereka
Rawatannya: Jumpa doktor haiwanuntuk rawatandan buat perubahan dalamdiet. Berisuplemen kalsium kepada sugars anda.
Jari tangan bengkak
Jari kaki bengkak
Sila ambil perhatianbahawabanyaktanda-tandayangdisenaraikanjugaboleh menunjukkanisu-isukesihatan lainyangserius.Pastikan jika andalihatmana-managejala inipada sugarsanda, serta-merta pergi mencari pakar penjagaanveterinaruntuk didiagnosisdan ikuti rawatanyang betul.
Ini rupa sugars yang terkena Hind Leg Paralysis
Untuk diskusi lebih lanjut mengenai HLP, lawati Sugarglider.com
6. Sembelit
Sugarsakansembelitjika ia tidakmengambilbuah-buahandan airyangcukup. Sembelitjuga disebabkan olehpenghapusankumuhan yang kerasdankering.Ia amatmenyakitkan,dandalam sesetengah kes teruk, sugars mengalami kesusahan untuk membuang air besar langsung dan ini merupakan keadaanyangserius.
Tanda-tandabiasadilihat ketika sembelit ialah apabilasugars 'hiss' atau berdesis (seperti ular)apabila ia membuangair besar. Sugars juga akan jarang membuang air, dan perutnya kekembungan. Rawatan:
Beri suggies anda buah-buahan yang tinggi serat seperti prun, epal dll.
SLURP!
Selain itu, pastikan sugar anda mendapat akses kepada air yang bersih setiap hari.
Perhatikan samada sugars anda membuatnajis yang normal bagi sugars yang sihat.
*Sugars yang tidak ke tandas lebih 24 jam adalah simtom sembelit yang kronik. Bawa ke doktor haiwan dan beri rawatan sementara seperti dinyatakan.
Banyak lagi penyakit-penyakit yang biasa dihidap sugars, saya akan sambung kemudian hari.. esok saya akan menjaga booth butik ibu saya di Jaya Jusco, Wangsa Maju. Kalau anda mahu, lawatlah page butik kami..
Jika blog saya banyak membantu, tolong share, komen atau like blog ini di tab sebelah kanan anda. Au revoir dan sehingga nanti readers!