13 September 2011

Tips: Cara nak potong kuku Sugar Gliders

MMM
Hello readers, maddy di sini.. hari ini saya akan mengajar anda bagaimana untuk memotong kuku Sugar Glider anda, style sesi berdialog. Hehe..


  • Bilakah masanya Sugar Glider anda perlu trim kuku?

Apabila mereka jalan di tangan anda dan rasa macam seribu juta jarum mencucuk setiap inci liang roma.

  • Kenapa perlu potong kuku suggies? Saya tak kisah berparut sana-sini macam lanun..

Baguslah awak tak kisah bercalar-balar, namun ia adalah penting untuk suggies tidak membela kuku yang panjang kerana ia mungkin akan menyebabkan mereka tersangkut di mana-mana permukaan. Dan apabila itu terjadi, suggies akan kebiasaannya melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri, walupun perlu menggigit tangan mereka sampai putus. (Mereka memang macam tu, bayangkanlah bila mereka sakit, tempat sakit tu pun mereka akan gigit sampai berlubang)

  • Bagaimana nak potong kuku mereka?

Ada beberapa benda yang diperlukan. Namun, jika anda terlalu terror (sudah berpengalaman lama dengan suggies dan suggies anda pun sudah bonded dan teramat selesa dengan anda), anda hanya memerlukan satu ketip kuku yang canggih lagi tajam.

Yelah, apa dia yang saya perlu ada..?
  • Kain material fleece. Ianya tidak akan membuatkan kuku suggies anda tersangkut. Hati-hati dengan pilihan kain yang akan digunakan. Ini digunakan untuk membalut suggies anda.




  • Ketip kuku yang mempunyai bilah yang serong.

Kalau beli yang dalam satu beg ni dapat set dia

Pandangan atas ketip kuku
Dia serong sikit

Ni bahagian tepi

Lebih mudah nak potong kuku suggies kalau dia 'slanted'/serong sikit. Pasal kuku suggies kan macam bentuk sabit..
  • Ini kali pertama saya potong kuku! Macam mana?
Anda memerlukan seorang untuk membantu anda.. ataupun anda boleh mencubanya tanpa bantuan sesiapa.
  • Kenapa nak kena ada seorang lagi untuk potong kuku?
Orang tu akan menjadi tukang pegang suggies anda.
  • Sampai mana nak potong? Boleh ke potong sebenarnya?
Cuba tengok dekat-dekat kuku suggies anda, nampak tak urat darah depa tu.. sampai akhir urat darah tulah tempat awak boleh mula potong. Memang la boleh potong.. ada orang kata tak boleh tu pasal dia takda research, main cakap je tu. Gambar ilustrasi ada di bawah ni.


Sikit je potong pun.. bukan sampai habis okayy..
  • Jari mana satu yang nak kena potong?
Haa.. jari tangannya ada 5, semua boleh potong. Namun saya selalu tinggalkan jari kelingkingnya tidak diketip kerana ia tidak begitu panjang dan tajam.

Untuk jari kakinya, anda boleh melihat similariti dengan jari kaki kita sendiri. Ibu jari suggies tidak mempunyai kuku dan jari yang lain ada. 2 jari terakhir tidak perlu dipotong kerana ia digunakan sebagai 'sikat' bagi suggies ketika mereka membersihkan bulu mereka. Jangan potong tau! Lagipun ianya terlalu nipis dan tidaklah begitu tajam jadi biarkan sahaja. 

Jadi, hanya tinggal 2 jari kuku diantara ibu jari dan dua 'sikat' suggies. Yang itu boleh dipotong. Masa tengah baca ni, tengok la jari kaki dan tangan suggies anda untuk melihat mana satu yang boleh dan tidak boleh dipotong!

Ni jari tangan suggies
Ni gambaran kartun tangan sugar glider
Ni gambaran kartun untuk kaki sugar glider
  • Ok, habis tu macam mana cara nak pegang?
Ambil kain fleece atau kain yang lembut, balut/lapik suggies didalamnya dan pegang erat-erat badan suggies tersebut agar mereka tidak bergerak. Kemudian keluarkan tangan suggies satu persatu untuk bersedia memotong kukunya.

Nampak ni.. dia balut kaw-kaw

Pelan-pelan je pegang, tapi jangan gelabah bila suggies crabbing, nanti boleh terluka nanti. 
  • Saya kena buat apa? 
Awak potong kuku dia lah. Kalau tak pun, suruh kawan awak/orang yang berpengalaman tunjukkan caranya dan awak boleh cuba lain kali.

Kadar konsentrasi kena tinggi. Pastikan anda dan suggies selesa. 
  • Masa bila sesuai potong?
Masa petang, ketika suggies sedang tidur nyenyak.. kamu ambil dia dan cekup. Jangan bagi dia terkejut sudah.
  • Berapa lama proses potong kuku ni?
Kalau newbie, dah potong satu jari, tarik nafas, potong dua jari, lap peluh di dahi.. mungkin 5-10 minit. Tapi kalau pro, 3 minit pun siap. Takpa, buat perlahan-lahan, bukannya ada race ke apa..

  • Apa lagi nasihat?

Pastikan cahaya yang ada cukup agar nampak urat darah suggies. Takut terlebih potong pulak nanti.

  • Alamak! terlebih potong la.. saya ni kalut dan ngik ngok sikit! (haha menambah-nambah)

Haaa. tulah dah kata jangan potong lebih-lebih.. kan dah berdarah. Kalau nak hentikan pendarahan, sediakan tepung jagung untuk bagi dia 'clot' dan bagi darah berhenti mengalir.


Hati-hati kalau nak ketip kuku suggies. Kalau tak boleh sakit dia nanti.
---------------------------------------------------------------
Tips untuk anda

Dear Readers, memang lah ada orang boleh potongkan kuku suggies awak.. tapi kenalah belajar juga.. takkan nak setiap kali datang ke kedai semata-mata untuk potong kuku suggies awak. Siapa lagi kenal suggies awak? Awak ke penjual suggies tersebut? Kalau nak belajar takpalah, tapi kalau boleh, buatlah sendiri, lagipun suggies awak lagi kenal tuannya dari orang lain. Namun bagaimana boleh orang lain lagi berani pegang suggies dan ketipkan kuku?

 Belajar pelan-pelan ya.. sekali dua ke groomers takpa, cuma jangan setiap dua bulan mencari orang. Take time to learn, and learn from your mistakes. Next time ambil tips dari groomers.. I'm sure in no time you'll be clipping away in even less than five minutes. Have fun trying! :)

-----------------------------------------------------------------------

Rawrr thriller hands!

Baby sebelum potong kuku, digentel dulu sehingga lembik dan tidurkan untuk ops potong kuku..

ZZzzz dah tidur!

Cepit tikus ni jangan bagi gerak!
Selepas 3 minit, siap!

"Apalah nasib aku, nak melekat kat tiang pun tak efektif dah.."

Like, share dan komen di bawah dan kanan page..

xoxo,
Maddy

19 comments:

Lovely Ijah said...

kalau guna ketip kuku biase, ape bezenya ek??sbb kt umah sy xde ketip kuku serong 2...T.T

Anonymous said...

maddy.. nak tnye ckit.. i bru beli sg i ni dah 3 ari.. tapi sjk kebelakangan ni dier ske sgt kencing and berak kat tgn i bila i pgg dier.. kenape ye? hmm..

MFI said...

biar aku tolong jawabkan...

@nor hafizah..boleh je sebenarnya..cuma masa ketip tu, kena sengetkan skit la..sbb struktur kuku dia berbeza dgn kita..guna ketip kuku serong tu sbb lagi senang je..

@anon : dia memang selalu mcm tu..jangan risau..tu tandanya dia masih takut2 lagi..lama2 nanti kita sendiri da boleh agak bila masa dia akan berak dan kencing..

Anonymous said...

thanks eh.. oh2 and my suggie ske buat buyi hissing bila i kacau dier.. tu tnde dier mrh ke?

MFI said...

@anon : aah..marah dan takut..hissing ke crubbing? jarang plak dengar sg buat hissing bila kena kacau..slalunya crubbing.. cuba la garu2 kat bawah dagu dia..my sg suka mcm tu..tros stim mata dia..haahha

Anonymous said...

nak tanya la..mana nak cari material fleece nie?dan mana nak cari ketip kuku serong 2?sy dh cari kt farmasi,sume xde..

Maddy said...

First of all, ketip kuku macamana bentuk pun leh guna, ikut selesa orang dia.. yang serong tu senang lebih pasal kita takyah sengetkan tangan time ketip.

nak cari ketip kuku serong tu biasanya dalam set adalah, tapi tengok2 la farmasi lain pulak.. ada jual ada tak..

fleece boleh beli kat Jackel, Tayang, Nagoya. Tanya kat pekerja dia.. ada yang ada dan ada yang takda. :)

Anonymous said...

are u a fren of my bro,tuan syakeer?

Unknown said...

Yes, if you're mentioning tuan syakeer which studies in the same Uni as me. Taking law? Second year?

Bro.Zan said...

Wahhhh !!! ini sudah sungguh mencabar kewibawaan kite sebagai pembela SG yg baru dah nih... kalu dulu asyik mengetip kuku sendiri,kali nih kene mengetip kuku SG lak... hahaha... Kene pakai spek mata tebal2 nih, agar tak terketip bahagian2 yg salah... hahahaha... Terima kasih atas maklumat yg AMAT BERGUNA ini... Alhamdulillah...

m.zaki said...

Tima Kasih pd admin & rakan yg memberikan sedikit info tentang SG

Anonymous said...

i nk tny if sg nie gigit skt x ? sg i slalo crubbing n nk gigit..np ek ?

fadyxc said...

actuly..tgk sugarglider saya...kuku antara ibu jari kaki dan 2 jari terakhir yg halus, means 2nd and 3rd jari yg halus, bukan 2 terakhir tu yg pjg giler..so u very sure its the last 2 utk combing? coz its obviously very long compare to 2nd and 3rd.

Farhana IezAna said...

thank..sgt membantu..sebab kalu pegg kt tangan je sg xreti dok diam..tak terpikir plak sy utk balut die dlm kain...

hana afeeza said...

Klau sg gigit skit tak ?

Unknown said...

sakit jugak dia gigit sebab sugar glider ade bisa macam ular tedung selar.so hati hati taw.hehehe

Edy said...

saya baru bela SG. tak sampai seminggu. jantan. walaupun kami tak pernah kenal, SG sy x pernah crabbing bila sy pegang atau buat kuar sangkar, dia akan panjat atas bahu saya. tp ngan kwn sy ia garang. suka gigit. tapi SG sy ni kuku panjang la. habis calar kulit saya time dia main2 kat tgn. dia ad effect ke kalau bila potong kuku dia berdarah.

Anonymous said...

Tolong saya...saya bela binatang ni dekat 3 bulan..memang duk lam sangkar je la...saya nak pegang waktu mula2 dulu, dia gigit..kuat...jadi fobia nak pegang...mcmne ek nak tau dia dah jinak ngn kita atau x

Farhana IezAna said...

kena selalu pengan & belai dia. klo dia garang, try pakai sarung tangan dulu.. nnt dia dh ok, dia akan jinak la..kejap je x lama ikut pada berapa kerap dia dgn kita.