09 August 2011

Tips: Kehidupan Sugar Gliders di Hostel/Asrama

MMM
Hello readers! Maddy di sini.. hari ini topik entri saya mengenai pembelaan sugars di kediaman universiti/kolej/asrama anda.


Universiti Islam Antarabangsa


Sebagai pelajar undang-undang universiti di IIUM (International Islamic University Malaysia), peraturan mereka jelas menyatakan yang haiwan peliharaan adalah dilarang untuk dibawa/dibela di asrama masing-masing. Jadi? bagaimana saya hendak menasihatkan anda tentang cara kehidupan mereka di asrama jika saya sendiri tidak dibenarkan untuk membela baby saya di sana? Ini sebab saya tidak kisah tentang apa yang rules kata. Ikut kata saya sahaja! 


Gurau ajalah! Saya tinggal begitu dekat dengan uni saya, jadi saya hanya ulang-alik ke rumah setiap hari jadi suggie saya selesa makan dan bermain pada waktu malam. Namun setiap hari, baby akan sentiasa ikut saya pergi ke kuliah dari pagi ke petang. 





Saya pernah berpengalaman membela 15 ekor hamster di bilik asrama saya bersama tiga teman sebilik. Tiada komplikasi (melainkan asma dan masalah bau -_-") tetapi saya nasihatkan anda yang bukan semua teman sebilik boleh jadi 'sporting' macam kawan-kawan saya. Dan dengan adanya juga peraturan dan 'spot check' yang kerap dan ketat, anda boleh berada di dalam masalah yang besar dan amaun saman yang banyak jika anda tidak berhati-hati. 
Berteraburan menatang ni dalam kompartmen saya..


Namun penjagaan sugar gliders adalah lebih rumit dan 'high maintenance' dari hamsters untuk kehidupan sibuk di universiti. 


Mari saya buat perbandingan antara kedua-duanya..


Haiz



Hamster


Bunyi: Bunyi bising dari roda senam. Ada je roda senam yang kurang bising. Hamsters tidak membuat sebarang jenis bunyi.


Bau: Busuk jika tidak basuh sangkar dan tukar bedding. Sekali tiga hari ok lah.


Makanan: Senang disimpan kerana ianya kering. Makanan juga tahan lama dan mereka tidak cerewet dengan diet mereka.


Air: Minum air melalui botol feeder yang biasa. Ditukar setiap hari secara afdhalnya untuk elakkan penumbuhan bakteria.

Sangkar: Kecil, boleh letak dimana-mana. Saya letak tepi katil, atas meja.. semua tempat pernah. Iron board pun pernah!


Penjagaan: Bergantung kepada jenis hamster. Pengendalian yang kerap diperlukan untuk winter whites agar tidak menjadi liar jika lama dibiarkan tanpa sentuhan tangan manusia. Manakala syrian hanya perlu dijinakkan sekali dan mereka akan kekal 'human friendly' seumur hidup.


aww..



Sugar Gliders


Bunyi: Macam-macam jenis bunyi dikeluarkan oleh mereka. Rujuk entri blog saya mengenai Bunyi-bunyian Sugar Gliders.

Bau: Sugars jantan mengeluarkan bau yang lebih kuat daripada betina. Ada juga yang sukar diperasan oleh sesetengah pemilik kerana sudah terbiasa. Bagi orang yang tidak pernah melihat atau biasa akan sugar gliders, mereka akan biasanya perasan bau suggies anda. Konklusinya, memang berbau la, bercampur dengan bau sangkar dan makanan mereka jika tidak dibersihkan sehari sekali.


Pemakanan: HPW (High Protein Wombaroo Diet), buah-buahan, sayur-sayuran. Sugar gliders perlukan diet yang segar setiap hari. Melainkan anda mempunyai peti ais khas untuk sugars anda, janganlah berangan kalau tidak HPW yang dibancuh akan hanya cair dan jadi tidak elok. 


*****UPDATED 29 Sept 2011********


Solusi untuk HPW dan buah/sayur: boleh beli buah-buahan yang dijual dalam plastik kecil di kafeteria kampus (jika ada) tapi buah-buahan perlulah sentiasa bertukar-tukar agar suggies tidak bosan dan akhirnya mungkin enggan memakan buah yang sama diberikan setiap hari. Dan untuk HPW, anda boleh menggunakan 'HPW ready' , sebagai pengganti HPW biasa yang perlu disimpan didalam peti sejuk. 'HPW ready' hanya perlu tambah air setiap kali hendak guna. Harga HPW ready adalah RM32-35,. Namun saya rasa pilihan ini lebih mahal berbanding HPW yang tradisional dan biasa kerana kuantitinya lebih sedikit dan ianya mungkin tidak mampu bertahan lama berbanding HPW biasa. HPW biasa (yang disimpan dalam peti sejuk) tahan 5 bulan per suggies.


***********************************


Anda juga perlu pastikan makanan yang diberi mempunyai banyak pilihan, anda perlu mendapatkan makanan kegemaran mereka atau mereka tidak akan menyentuh makanan apa yang anda beri. Selain itu, anda juga perlu memastikan yang mereka makan apa yang diberi dan mendapat nutrisi yang seimbang


Air yang segar perlu diberi setiap hari. Kadang-kadang, sugars yang berada di tempat persekitaran yang baru akan merasa janggal dan akan cirit -birit/stres. Air dan diet yang sesuai perlu diberikan agar sugars anda kembali sihat. 


Konklusinya, tabiat pemakanan sugars perlu berada di bawah pemerhatian anda setiap masa. Sugar gliders merupakan haiwan eksotik dan cara pemakanan mereka lebih rumit berbanding hamsters dan haiwan tempatan kita.


Sangkar: 3 kaki paling minumum! Kalau nak tinggal lebih sehari/tinggal tetap di asrama, jangan lah letak suggie awak di tempat yang kecil. Mereka perlukan ruang yang luas untuk glider dan melompat sana-sini. Ada tempat ke nak letak sangkar mereka tu? 


Penjagaan: Perlu dibawa bermain setiap malam atau petang. Mereka akan murung dan mengalami depresi jika tidak dilayan. Sugars yang kesepian juga akan membuat bunyi barking (comel tapi bising, mungkin menggangu ahli bilik yang lain) untuk memanggil anda bermain dengan mereka. Hidup di universiti sudahlah sibuk, adakah anda mempunyai masa untuk memberi dan meluangkan masa untuk mereka di tengah-tengah malam?


Hmm.. renung-renungkan readers, adakah anda mempunyai segala kelengkapan untuk membawa sugars anda ke universiti? Adakah kolej anda membenarkan haiwan peliharaan? Adakah anda mempunyai peti sejuk di bilik untuk menyimpan barang-barang makanan sugars anda? Adakah anda komited untuk semua ini? 


*******UPDATED 29 Sept 2011*********


Jika saya bawa suggies saya tinggal ke asrama atau melancong, saya menggunakan travel cage Exoterra Explorarium yang mudah alih dan senang disimpan. Selain itu, saya juga perlu pastikan suggie saya tidak perlu tinggal dalam sangkar travelnya jika ianya lebih dari 3/4 har penggunaan. Kalau lebih, saya nasihatkan anda membawa sangkar 3 kaki mereka untuk keselesaan maksimum.


**************************************


Sebab itu saya hanya ingin membela suggie saya di rumah kerana sangkar 3 kaki mengambil ruang yang banyak di dalam bilik asrama saya. Saya juga risau tiada tempat untuk suggie saya bermain 'free-range' kerana bilik asrama sukar untuk di'glider'proof'. Lagipun, saya berasa senang untuk berulang-alik dari rumah bersama suggie saya kerana saya mempunyai kelas dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Di rumah pada pukul 10/12 malam, saya akan melepaskan suggie saya di dalam bilik, jadi dia tidak akan berasa terlalu bosan jika terpaksa terperap di dalam sangkar jika saya tinggal di kampus. Di rumah juga, saya boleh pastikan kehidupan dan tabiat suggie saya stabil dari segi makanan dan keselesaan. Tapi, jika anda mampu membekalkan segalanya untuk sugars anda di kampus/asrama, saya tabik spring pada anda! Jangan lupa kongsi pengalaman anda di bawah dengan reader yang lain!


Like, share atau komen di ruang kanan atau bawah ini. Sehingga nanti,


xoxo, 
Maddy

13 comments:

tqahzlan said...

alamak..mcm ne ye maddy..baru terpikir nk bwk g u next sem =(

Siti Aishah said...

time kasih 4 da blogger...
skrg ni kna pk msk2 utk bwk g u,sbb hostel mmg x bnrkan bwk pet,n fridge pon xdak....

Unknown said...

hehe.. tulah.. nak jaga sugar glider ni kan payah sikit kalau duduk kat Uni. I ade fridge mini, boleh simpan HPW tapi tak nak lah susah-susah bagi baby I makan kat Uni. I pun tak selesa.. hehe.

Anonymous said...

urm tp sy da bwk baby nie pg u...agk ssah la nk jge..trpkse la bli buah ari2...

syed arham said...

dh prnh bwk suggie tggl kat salahudin,hehe ade je spot check,ltk selimut ats cage,diorg x prasan..hehe slmt mencuba :)

Unknown said...

Syed Arham

bertuah lah awak camtu. kalau asrama sumayyah, tunggang terbalik dia spotcheck. Tapi tak pernah lagi la kantoi sg. Sangkar sg awak tu berapa kaki? Takkan felo tak pasan benda alah kena balut gn selimut? Haha

tiraMIZU CHOColate said...

hehehex ... saya ada bwk sg ke hostel .. sbb saya kolej under mara .. mang tak dibenarkan bwk pets.. tp roomates sume tak kesa... saya bwk 3feet cage ..tp mslh permakanan dia sajalah .. sbb kena beli buah potong2 tue setap hari.. skng nie cuba bg hpw instant sajalah .. kat rumah mang ada hpw yg starter .. tahan smpi 4-5bulan

Anonymous said...

sy budak UIA. dok ameenah. bwk je sg. dulu seko.skg dah de 2.. tkde sgkar sg. pkai sgkar kucing yg agk besar je. even tinggi die parat katil je. tapi luas jugakla utk sg main2 dlm tu sbb sediakan toys n set tido die. setakat ni alhamdulillah dorg selesa. bunyi jarang2. i mean barking at night.

skg bz so jrg main ngn dorang jus selalu bwk pegi kelas ke hulur hilir. hehe. about pemakanan. dari kecik yg betina ni sy tk pnh bg hpw. bg buah2 je n mealworm..tp skg tgh ajar dorang mkn hpw. yg hpw lama tu tk pnh try lg wat tkot dorg tk mkn. tp skg beli yg instant. pnh try bancuh mcm tu je ngn air suam ekut instruction kt blkg tp dorg kurg suke.so sy just beli variety of buah2an once in a while cth mcm betik,mgga,epal,pear,jambu air. sy blend je sume tu ngan susu n yogurt low fat. thn smggu o 2 mggu. ltk dlm fridge. bile nk serve mlm2, just letak hpw instant tu sikit n gaulkan dgn buah2 yg diblend td. dorang suke sgt.
so bila pg time dorang nk tdo tu sy just bg buah2 fresh. setakat ni alhamdulillah sht n ok je dok hostel :)

LatifahIshak said...

pglmn bla sg di u.. mcm2.. ada romate yg x sma kpla mmg susah asyik wat report kat ofis yg sy ni bela binatang.. dia x suka.. bila org pjbt wat spot check diorng relax je..diorg ckp sg ni x byk msalah bukan mcm kcing jd diorg bg bela.. bengkek je muka romate sy tu ahahaha.. skunk org pjbt suma dah jd kwn sg sy..

Unknown said...

ok je bela sg dkt hostel..roomate pulak ajk kan haha so snang la...tp kena rajin la..tiap2 pg dh kena bersihkan cage sbb xnk roomate xslesa dgn bau kan...n psal mknan pulak kena bli stiap hari buah yg ptong2 tu...yg bestnya stiap hri bukan buah yg sma la..stiap kali ad org luar msuk bilik je my sg akan masuk dlm sleeping pouch so org tgk cage yg ksong jela..so far ok la..terpksa bela dkt u sbb xde org jga..n now sy bru hbis stdy n dh slmt smpai drumah..skrg misi nk cri menantu! :)

Anonymous said...

ad lg ke yg bela sg kat uia?

Anonymous said...

Hi, Im writing this out of excitement, because i have never thought that im not alone. the reason being is whenever you googled pets in dorms, you'll get stories but those are stories that is not from a malaysian. i was always wondering whether there are any malaysian student who bring their pet to college. I guess good news for me. Im a medical student dekat IIUM Kuantan and im a proud owner of 2 guinea piggies!!

Anonymous said...

hihi. siapa yg dapat bawak pegi u or belajar mmg tabik spring kaw kaw ;) my bff ada sepasang sg. yg jantan baru je beli. so xjinak lagi. asik kekekeke. masa awal2 sem dia bawak, dgn sangkar semua. tak de masalah penempatan or peti ais sbb duduk rumah sewa kan. tapi sudah nya tengah tengah semester, dia minta saya jaga kan sg dia. beside, dia tgh final sem. dia ajar itu ini kat saya pasal sg. dr xtahu jd tahu. n dia selalu suruh saya bace blog maddy ni. yeahh! sangat sangat membantu!! at first takot gila nak pegang. lagi2 yg jantan. tp lama2 berani kan jugak. itu pun kasik potong kuku dulu. pernah nk cepat, rasa dah tutup betol sangkar sekali dpt txt yg sg hilang. dah la 2 ekor. xsenang duduk. rasa nak balik cepat2. balik2 cari mcm org gila plus meroyaan mati anak. sayangg weh !! cari punya carik yg si jantan duduk dalam beg. yg jantan kn sg baru. dia mcm xbiasa dgn rumah sy. tu yg tak pegi jauh2 kot. sampai ke malam cari. xjumpa2. sampai punggah stor nak carik yg betina tu. xde !! sudah nya terjumpa kat bawah meja mkn dapur. mcm baru lompat2 keluar dr belakang peti ais. kusss semangat. dpt2 tangkap pegang cium plus menagis2. over tau. hihi. taim tu dah nak pukol 12. pikir2 balik mayb dia keluar nak cari makanan. teliti balik. ade tahi dia dekat dgn tempat penemuan semula si sg betina nie. hihi tu je saja nak share. now sg jantan dah tak "kekeke" boleh tido atas tangan lagik ;) seronok. apa apa pun. terima kasih ats segala info,pelajaran dan nasihat. sangat sangat membantu saya. nie nanti bila tuan dia dah habis sem.terpaksa lah saya pulangkan balik. sedihnya! :( mesti rindu dorang.