29 July 2011

Keperluan Asas: Sangkar Sugar Glider

MMM

Sangkar sugar gliders adalah salah satu komponen penting dalam memastikan mereka dapat rasa selesa dalam persekitaran baru mereka. Sugars anda akan meluangkan majoriti masa mereka pada waktu malam di dalam sangkar mereka dan dengan memastikan bahawa sugars anda selesa, selamat dan bebas bersenam dengan sesuka hati mereka. Faktor-faktor berikut adalah untuk pertimbangan untuk mencari sangkar yang sesuai dengan haiwan eksotik ini.

Selesa dan bebas bergerak, sangkar 3 kaki ini sesuai untuk Sugars anda

  • Saiz Sangkar

Untuk sugars, pelbagai saiz cage dibekalkan, dari 1.5 kaki sehingga 3 kaki. Namun, sangkar yang paling minimum terbaik dan untuk keselesaan optimum adalah yang bersaiz 3 kaki. Ingat, tidak ada sangkar yang mampu meniru habitat sugars seperti di hutan liar tetapi pemilik sugars sekurang-kurangnya boleh membenarkan mereka 'glide' atau menggelongsor dalam sangkar mereka dengan senang. 


Jadi, untuk peringatan dalam membeli sangkar untuk sugars;


  1. Lebih besar adalah jelas lebih baik.
  2. Tinggi adalah lebih baik daripada yang lebih luas.
  3. Sugars suka melompat dan meluncur. Mereka mungkin kecil, tetapi mereka memerlukan banyak senaman dan ruang untuk bermain.
Jadi, pastikan anda tidak menggunakan sangkar hamster atau gerbil untuk tempat tinggal sugars anda. Sangkar seperti ini tidak sesuai untuk binatang eksotik yang habitat asalnya merupakan pokok-pokok di hutan. Bayangkan betapa bezanya habitat mereka dengan apa yang kita bekalkan sugars kita.


Sugars bukan haiwan yang suka terowong yang sempit begini



Langsung tidak praktikal untuk mereka


Juga, pastikan anda mendapatkan sangkar yang banyak ruang untuk menggantung kantung tidur atau 'sleeping pouch', meletakkan 'glider kitchen' atau dapur sugars yang membekalkan air dan makanan (yang akan saya terangkan secara lanjut di dalam entri blog akan datang), roda yang sesuai untuk sugars seperti Wodent Wheel, beberapa mainan yang selamat untuk sugars, namun masih lagi membenarkan ruang yang cukup untuk mereka melompat atau 'glide' di dalam sangkar mereka tanpa halangan.

  • Keadaan dalam sangkar

Apa yang perlu dalam sangkar mereka? Yang penting adalah banyak tak semestinya bagus. Apa selalunya yang diletakkan di dalam sangkar mereka. 
Yang paling asas merupakan; 

  • Sleeping pouch atau apa jenis tempat tidur sugars yang digunakan pada waktu siang. Pastikan ianya selesa, senang dibasuh dan mudah untuk diakses oleh anda. Kebiasaannya, pemilik sugars akan menggunakan sleeping pouch yang diperbuat daripada kain fleece atau felt. Pastikan anda selalu mempunyai sleeping pouch yang berlebihan, sekiranya yang sedang digunakan terlalu kotor atau busuk.. jadi anda mempunyai 'backup' pouch untuk sugars anda. Selain dari sleeping pouches, ada juga pilihan dari tempurung kelapa, kediaman plastik yang kebiasaannya untuk hamster dan gerbil, tetapi saya menasihatkan anda supaya memilih sleeping pouches kerana ia lebih lembut, selesa dan mudah untuk anda.

  • Roda yang bersaiz besar, bukan yang selalu digunakan hamster. Guinea pigs mungkin, tetapi ada satu jenama roda yang dipanggil Wodent Wheel. Roda tersebut khas untuk sugars dan selamat untuk digunakan mereka. Ini kerana, roda biasa yang mempunyai palang, lagi-lagi jika ianya palang besi  boleh mencederakan sugars anda. Bayangkan jika ekor panjang mereka tersangkut, sugars anda boleh tercedera teruk jika roda begitu digunakan. Roda yang terlalu kecil juga tidak sesuai, kerana mereka akan membesar dan kebiasaannya roda kecil akan menyebabkan sugars untuk tergelincir keluar dari roda ketika bersenam.

  • Bekas minuman juga penting untuk sumber air mereka. Gunakan water bottle atau water feeder yang selalu digunakan untuk haiwan kecil seperti hamster. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan bekas minuman yang terdedah seperti mangkuk bulat plastik atau jenis seramik. Sugars merupakan haiwan yang membuang air tidak kira dimana-mana. Mereka tidak boleh dilatih untuk membuang air di tempat spesifik seperti sesetengah haiwan lain. Jadi gunakan water bottle berbanding mangkuk air yang terdedah agar bebas dari pencemaran najis mereka sendiri. Selain itu, untuk langkah keselamatan bekalkan dua botol air untuk mengelakkan dehidrasi yang tidak sengaja.

  • Bekas makanan yang berbeza dari segi jenis makanan yang dihidangkan. Ada pemilik sugars yang gemar meletakkan makanan kering di dalam bekas makanan untuk akses pada waktu siang jika mereka inginkan snek dan bagi makanan basah untuk bekas yang berlainan. Ini agar makanan sugars kekal segar dan tidak mudah busuk.

  • Beberapa jenis mainan untuk sugars. Untuk mencari mainan untuk sugars seperti mencari mainan untuk bayi. Mainan yang berwarna-warni dan membuat bunyi seperti loceng adalah kegemaran mereka. Ranting atau tali juga merupakan alat senaman sugars yang amat digemari mereka. Cuba meletakkan tali yang diikat dengan mudah di dalam sangkar mereka, anda akan terkejut melihat tali yang diikat dirungkai terbuka. Sugar makhluk yang bijak, dan pastikan mainan yang disediakan untuk stimulasi minda mereka selamat dan bebas dari segala faktor bahaya yang mungkin.

  • Besi/Palang/Wire Mesh Sangkar/Dawai


Jarak dawai perlu 1/2 inci diantara palang tegak dan palang yang mendatar. Palang yang mendatar sahaja atau tegak sahaja sebenarnya tidak penting. Bahagian yang penting ialah memastikan wayar tidak lebih daripada 1/2 inci jika palang tidak bersilang. Sugars yang kecil atau Joeys boleh keluar melarikan diri melalui celah palang jika jaraknya lebih dari 1/2 inci walaupun hanya luas sedikit daripada itu. Jadi anda perlu prihatin akan keadaan palang sangkar yang akan dibeli.

  • Sangkar yang diperbuat dari jenis apa

Terdapat beberapa bahan-bahan yang boleh digunakan untuk sangkar sugars dan terdapat juga beberapa bahan yang tidak sesuai.

Jika anda akan membeli sangkar atau membuat sangkar menggunakan kayu, pastikan kayu untuk tujuan hiasan sahaja dan di luar sangkar. Jika sugars mempunyai akses kepada kayu, bukan sahaja mereka akan menggigit, tetapi mereka juga akan kencing di atasnya, menjadikannya berbau busuk.

  • JANGAN membeli atau membuat sangkar menggunakan keluli bergalvani. Air kencing sugars akan menyebabkan tindak balas kimia dengan keluli bergalvani, yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing atau UTI (Urinary Tract Infection).
  • JANGAN menggunakan sangkar yang diperbuat daripada aluminium.
  • JANGAN membuat sangkar daripada kain perkakasan.
Jika anda mahu membuat sangkar DIY, dawai PVC merupakan bahan yang sangat popular untuk digunakan. Anda mungkin boleh mencarinya di kedai perkakasan tempatan, kedai makanan haiwan, atau syarikat membuat pagar.



Baiklah, setakat ini sahaja untuk apa yang anda perlu tahu tentang sangkar sugars. Untuk entri berikutnya, saya akan mengemas kini tentang keperluan asas sugars: Pemakanan. Jangan lupa share dan tinggalkan komen atau pertanyaan anda di bawah. 

xoxo, 
Maddy

10 comments:

Rieta Riezcaendaer said...

tq kerna info ni..~insya-Allah..lepas raya nk bela sepasang...:)

| Lady La Veyna | said...

Maddy , mana nak cari sangkar like this but not too expensive ? BTW , I just recover your blog and its awesome . I never really had anybody telling me how to jaga my gliders ,

Unknown said...

Lady La Veyna, depends mana you tinggal. Like me, i live in KL, but I do go to Shah Alam and other places to check out petshops yang jual barang suggies yang harganya berpatutan. Currently I'm using Vision cage So2. 3 feet tall dan memang cantik, saya beli dari Shaiful (Facebook: Suggie Shop) harganya RM150. Lagi murah than other vendors yang jual. Or, if you are really interested in the cheap ones, ade je berharga RM95, cage 3 feet juga. (I only suggest yang online, manatau you duk jauh)

And thanks for your compliment, I paling suka orang comment my blog,. hehe ;p Ye lah, ini hanya panduan perkara asas untuk suggies. Saya orang baru je dalam suggies ni.. nak supply information untuk membantu pemilik suggies yang newbie agar menjaga babies mereka dengan proper conduct and kasih sayang :)

megat said...

asalmulikum, sy nk tnye, sy slalu main dgn sugar, pergi keje pn saya bawa, sy bela seekor, tp knp die berair di bahagian buang najis die, sugar sy baby bru 3 bulan n bru bela, tq

Unknown said...

Wassalam Megat,
Dipetik dari Anatomi Sugar Gliders:Bulu

"Kenapa dasar ekor suggies saya basah dan kotor selalu?

Itu namanya penyakit 'wet tail'. Suggies anda mengalami cirit birit. Untuk fahami dengan lebih lanjut, lawati entri bertajuk Penyakit Lazim dihidap Sugar Gliders."

megat said...

sy nk tnye pasl mknan sayur die,sy ade beli tomato, tp die x mkn,mcm sayur2 mcm lobak, timun, dll tu kena blander kn skali or bg mcm tu jer? tlg bg tau lebih detail cara nk bancuh, tq..

Anonymous said...

Hye.. i dah beli yg sangkar 3 feet kat picca 1 tu. puas aty, kukuh, spacious.. nmpak tahan lama n tak karat..blh la guna lama. de kat danau kota je harganya 190.

Unknown said...

ok kalau sayur, ad beberapa benda kena pastikan..

1. jnis sayur apa yg suggie u makan.. pastikan sedap bg dia,
2. ada yg kena masak dulu sebelum blend..
3. kalau blend, ada jenis tak tahan lama.. so kenalah refrigerate kan.
4. u also kena pastikan buah tu tak semua tinggi kalsiu, bahkna ianya mestilah seimbang dari segi nutrisi etc..
5. utk resipi, be kretif,.. tak semua tetap.. aslkan u follow tips diatas dan awak juga boleh cari contoh menu dia kedai2 buah blend air jus.. cam kat shpping mall ada .. tgk la apa dia letak..

happy juicing!

Unknown said...

assalamualaikum saya mau tanya aya baca di entry atas "jangan menggunakan sangkar yang diperbuat dari alumunium" kenapa gak boleh? terimakasih

Unknown said...

same ah