28 July 2011

Pengetahuan Asas: Pengenalan terhadap Sugars

MMM

Asal Sugar gliders
Haiwan bersaiz kecil ini merupakan binatang marsupial dan nokturnal yang berasal di seluruh bahagian utara dan timur tanah besarAustralia, serta pulau-pulau sekitar Tasmania, Papua New Guinea, dan Indonesia.


Anatomi


Sugar glider mempunyai badan seperti tupai dengan ekor yang panjang. Sugars jantan adalah lebih besar daripada perempuan, dan panjang mereka dari hidung ke hujung ekor kira-kira 24 hingga 30 cm (12-13 inci, dan badannya sendiri adalah lebih kurang 5-6 inci). Sugar gliders mempunyai bulu tebal dan lembut yang biasanya kelabu kehitaman; ada juga spesis lain yang berwarna kuning, tan, atau albino. Sugars juga mempunyai jalur hitam dari hidung sehingga ke belakang mereka. Perut, tekak dan dada sugars berwarna krim.


Baby, my sweet glider
  • Ia mempunyai lima jari dengan setiap kaki dan tangannya. Masing-masingnya mempunyai kuku, kecuali untuk jari kakinya yang kelihatan seperti ibu jari manusia. Kakinya atau dipanggil 'hindfeet', digit kedua dan ketiga adalah sebahagian syndactylous (kuku dan jari yang kelihatan bersambung) bersama-sama untuk dijadikan sebagai 'sikat' atau kuku untuk mereka membersihkan bulu atau 'grooming'.
  • Tetapi, ciri-ciri yang paling menarik ialah patagium, atau membran, yang kelihatan seperti sayap seperti yang dimiliki oleh 'flying squirrel'. Apabila tangan dan kaki sugars ini dikembangkan, sayap atau membran ini membenarkan ia untuk meluncur atau 'glide' dari jarak 50 hingga ke 150 meter.


I believe I can glideeeee~
  • Ciri lain adalah kelenjar bau, yang terletak di atas dahi, dada, dan bahagian perut mereka. Ini bertujuan untuk menandakan kawasan mereka, terutamanya untuk sugars jantan. Sugars jantan yang sudah matang juga mempunyai kawasan yang botak di dahi mereka yang kelihatan seperti bentuk berlian.


Sugar scent gland di dahi berbentuk berlian atau diamond
  • Sugars jantan juga mempunyai zakar yang bifurcated, (yang kelihatan seperti berbelah) ini kerana sugars jantan mempunyai dua zakar manakala sugar betina mempunyai marsupium (kantung) di tengah-tengah abdomen untuk membawa anak-anaknya dan dua uterus dan vagina. Ini menyebabkan kebiasan untuk sugars yang membiak untuk pertama kalinya mendapat sepasang joeys (panggilan bagi sugars yang masih lagi bayi).


Pouch sugars betina


Penis terbelah sugars jantan
Sifat dan tabiat
  • Sebagai haiwan nokturnal, mereka aktif  pada waktu malam, bermakna mereka tidur di dalam 'sleeping pouch' atau jika mereka cukup jinak dengan tuan mereka- mereka tidur dalam poket atau jika yang sudah terbiasa, sugar glider akan tidur di dalam baju tuan mereka. Dan jangan terkejut jika ada juga sugar glider yang dilatih dan dimanjakan untuk tidur di dalam bra bagi pemilik sugars yang wanita. Cuma jangan dijadikan tabiat, kerana mungkin menjadikan anda tidak selesa jika membawa binatang kenit ini berjalan-jalan di khalayak ramai di tempat awam. Hehe you know what I mean.

  • Jadi, oleh sebab kebanyakan masa siang digunakan untuk tidur, pemilik sugars perlu memberikan perhatian yang secukupnya pada waktu malam. Sugars mula aktif pada waktu malam atau bila sahaja keadaan persekitaran mejadi gelap dan masa mereka mula menjadi aktif adalah bergantung pada sugars secara individual. Ada yang mula aktif selepas pukul 8 dan ada sahaja yang hanya celik selepas tengah malam. Pemilik sugars harus bersedia untuk mengorbankan waktu tidur mereka, sekurang-kurangnya 1-2 jam setiap malam untuk melayan mereka.
  • Sugars boleh hidup sehingga 15 tahun dalam penjaagan manusia atau dalam kurungan manusia, jadi ia amat penting bagi pemilik sugars untuk memberi komitmen sepanjang tempoh ini kepada sugars mereka.
  •  Sugars mempunyai keperluan diet yang istimewa kerana mereka adalah haiwan yang eksotik dan pemilik sugars perlu sanggup mengambil masa setiap malam dalam purata masa 10-20 minit untuk menyediakan makan malam mereka.
  • Sebagai haiwan sosial yang tinggal secara berkoloni, mereka memerlukan perhatian yang secukupnya dan sangat suka bersosial dalam kumpulan mereka sendiri. Sebab itu sugars dinasihatkan untuk didapatkan dalam pasangan, agar mereka tidah stres dan berasa sunyi.
  • Tetapi, ia juga dinasihatkan agar pemilik sugars yang 'newbie' atau baru dalam penjagaan sugars untuk tidak membenarkan pasangan sugars mereka membiak. Untuk pembiakan sugars adalah kompleks, banyak persediaan diperlukan untuk mengenalpasti dan menjaga suggies yang bunting. Dan persediaan yang lebih tinggi diperlukan sekiranya joey yang lahir di'reject' oleh ibunya.
  • Jadi sugars jantan dinasihatkan untuk dikasi atau 'neutered' agar sebarang joey yang tidak di dijangka boleh dielakkan dari terjadinya pelbagai masalah dan komplikasi. Jika anda hanya mampu secara kewangan dan kudrat untuk membela hanya seekor sugar, anda perlu memastikan yang anda boleh dan sanggup memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada mereka.


Joeys yang comel
  • Walaupun mereka hanya aktif pada waktu malam, ini tidak bermakna yang mereka tidak boleh dibawa bermain pada waktu siang. Salah satu sifat haiwan marsupial ini adalah suka meluangkan hari siang mereka, 'cuddling' atau bermanja di dalam pouch yang digantung di leher pemilik mereka yang kelihatan seperti rantai yang mempunyai poket. Mereka amat mudah untuk dibawa mereka ke mana-mana.
Sebagai pelajar universiti, saya sering membawa sugars saya ke kuliah dan mereka langsung tidak menggangu kehidupan seharian saya. Sugars amat kecil dan senyap, kebanyakan orang tidak sedar saya membawa sugars saya ke mana-mana saya pergi.
Sugars selalunya tidak kisah untuk bangun pada waktu siang untuk mendapat perhatian dan kasih sayang dari pemilik mereka.
  • Seperti yang dinyatakan, sugars merupakan haiwan yang sukakan perhatian dan tanpa perhatian yang cukup, mereka akan menjadi murung dan ini juga boleh menjurus kepada 'self mutilation' (sifat yang mencederakan sendiri yang dilakukan kerana stres, amat bahaya ketika sugars ada 'suicidal thoughts', ambil tindakan dengan cepat dengan membeli collar yang kecil utuk mengelakkan dia mencederakan dirinya sendiri dan luangkan masa yang cukup dengan mereka).
 Dengan perhatian dan kesabaran yang secukupnya, sugars boleh menjadi haiwan kesayangan anda dan keluarga. Tapi jangan lupa untuk membuat penyelidikan yang banyak sebelum membela sugars anda. Mereka ibarat bayi, adakah anda mahu mendapat mereka tetapi tidak langsung bersedia untuk menjaga mereka?


Jangan lupa share dan tinggalkan komen atau pertanyaan anda di bawah. 

xoxo,
Maddy

5 comments:

Anonymous said...

da best...

m@Tl_aN said...

sy nk tya skit.sy ada spasang sg.sg sy yg gurl 2 slalu ggit la.lps dia cium tgn msti dia ggit.tme bg mkn pun dia akn ggit tgn.yg boy x mcm 2 pun.klu di biar dia gigit lg lama lg kuat tau dia ggit.cmna nk bt ek?sy beli sg sy tme dia umur 7 bln.

Anonymous said...

hey , sye bru beli sg , urm , asal kte nk pgg dye je , mst dye bunyi mcm takut , sye pun jd takut nk pgg , and it's look mcm menggigil ketakutan pun ad , cm ne ekh ???
need help =')

Unknown said...

normal la tu, please baca entri saya tntg bunyi-bunyian sugar gliders. and kalau boleh, a newbie like you should read everything there is about sg. Rajin2 la belek blog ni ye! :)

Unknown said...

Saya nak tanya, kalau di bawa ke mana mana, nanti dia tak membuang ke dalam pouch? Lagi lagi kalau pouch kain. Susah nak basuh kalau kat luar.