04 August 2011

Tips: Sugar Glider Luka/E-Collar untuk Sugar Glider

MMM

E-Collar ni untuk sugar gliders yang 'self-mutilating' atau terlebih atau 'excessive grooming'. Biasanya berlaku selepas dikasi, dibedah, mendapat luka atau dalam proses sedang menyembuhkan luka lama.

Contoh E-Collar. (Sebelum)
(Selepas) Dapat Astro punya, confirm.
Tabiat sugars ini memang cenderung untuk menggigit dan 'membersihkan' apa-apa yang mengacau fikiran mereka. Malah, contohnya sugars jantan akan menggigit penis mereka jika ada UTI (Urinary Tract Infection) untuk 'menghilangkan' rasa pedih dan sakit.

OUCH!

Jadi untuk keselamatan mereka, kita perlu beri perhatian jika mereka mulai mempunyai tanda-tanda untuk 'self-mutilate' atau mencederakan diri sendiri. Selalunya mereka akan membuat bunyi yang seperti campuran 'crabbing; dan bunyi sayu/menangis, bunyi yang tidak pernah kamu dengar sebelum ini. Lagi-lagi jika mereka meletakkan mulut mereka di bahagian clocoa, jadi bersedialah untuk memasangkan E-Collar pada sugars anda secepat mungkin. Jika anda terlambat dan melihat luka-luka baru di badannya, bawanya segera ke klinik haiwan.

Apa itu clocoa? Ini dia gambar anatomi sugars;

Saya boleh lukis camni ;p

Bagaimana untuk membuat E-Collar DIY

Oleh sebab saya dalam rush saya tidak sempat membuat step by step dalam bahasa melayu, ini linknya; How to make an E-Collar.

"Oh pilu hatiku"

Sebab-sebab sugars mencederakan dirinya adalah sebab depresi/kemurungan, sila rujuk Depresi melalui link ini.

Self Mutilating disorders, atau SM boleh berlaku kepada;
  • Jantan dan betina
  • Sugars hidup berpasangan dan keseorangan
  • Kebosanan, namun ini tidak boleh dibuktikan secara fakta
  • Berkaitan dengan diet, ini juga tidak boleh dibuktikan secara fakta
SM selalunya terjadi jika;
  • Joey yang dipisahkan dari ibu sebelum OOP (Out of Pouch) (Antibodi yang diperlukan dari susu ibunya tidak ada untuk menolong joeys melawan penyakit yang lazim)
  • Sugars dari petshop (Kalau trauma atau penjagaan yang teruk)
Ekor sugars yang dicederakan sendiri
  • Besi bergalvani yang tidak dibersihkan (Penis sugars jantan akan terkeluar ketika puncak kematangan mereka, dan jika ianya terkena sangkar yang ada bakteria, akan berlakunya infeksi. Sugars akan cuba gigit penis mereka untuk menghilangkan rasa pedih dan sakit itu)
  • Bekas kayu/tempurung yang kotor yang dijadikan tempat tidur sugars
  • Permainan sugars yang tajam atau kasar (Jika terkena kulit atau bahagian sensitif, boleh luka)
Sugars matang dan gatal
  • Puncak kematangan seksual sugars jantan,(dicetuskan oleh hormon) Bermula dari umur 6 bulan ke 2 tahun dan 9 bulan adalah yang palaing lazim, terjadi bila mereka terbau sugars betina.
Penjagaan sugars yang memakai E-Collar
  • Simpan dalam sangkar rendah (Takut jatuh patah tulang)
  • Letak tuala di atas lantai (Kalau jatuh pun, tak sakit.. letak tuala gebu-gebu yang jenis fleece agar kuku tidak tersangkut melainkan anda sudah memotong kuku sugars anda.)
  • Letak bekas makanan untuk burung supaya senang untuk dia makan sendiri
Nak hand feed macam ini pun boleh, oh manjanya dia..
  • Letak water bottle, jangan bekas air terdedah tu
  • Jangan letak pouch atau mainan yang kecil dan sempit untuk dilaluinya, letak hammock atau benda yang longgar-longgar sahaja. Nanti dia tersangkut pula.


Baiklah itu sahaja, sila like, share dan komen di bawah dan tab di sebelah kanan anda! Sekian.


xoxo,
Maddy




No comments: