23 September 2011

Saya baru beli Sugar Glider No.2 nak intro pada No.1!

MMM
Hello readers, maddy di sini.. sekarang patutnya mentelaah kes tapi saya tengok banyak sangat persoalan mengenai pengenalan suggies baru kepada suggies lama. Ada isu bergaduh, kes rogol (erk) dan macam-macam lagi. Jadi saya ambil kesempatan untuk memberitahu anda sedikit sebanyak info mengenai cara untuk mengenalkan suggies anda yang junior kepada yang senior.

Suggie baru anda!
Sebelum saya mula, ada beberapa perkara penting yang anda perlu pastikan sebelum mengenalkan suggies anda pada masing-masing.

Kenapa anda perlu mendapatkan seekor lagi Sugar Glider?
  1. Anda tidak mampu melayan Sugar Glider anda pada waktu malam sekurang-kurangnya 2-3 jam.
  2. Bulu suggies yang luruh di mana-mana bahagian. Paling lazim ialah bahagian ekor, perut, kaki dan tangan.
  3. Sugar Glider anda berasa stres dan ianya boleh dilihat pasa bulu suggies yang semakin kurang/luruh kerana 'over grooming'.(beza tau kalau stres dengan kutu/parasit/mites/diet tak seimbang etc)
  4. Suggies anda semakin tidak aktif (tidak kelihatan bermaya juga mungkin sebab dehidrasi atau penyakit lain)
  5. Suggies anda ber'tawaf' berkali-kali di dalam sangkar (mungkin sangkar terlalu kecil dan suggies anda sudah bosan dengan mainan yang diletakkan/diberi)
  6. Anda mahukan ramai teman penghibur hati yang duka dan lara
  7. Anda BERSEDIA dan memang nak menimang cucu dan risiko yang terlibat dengannya. (Kes ibu reject joey/bayinya, beri makanan UNLIMITED pada ibu ketika dia mengandung, pantang larang suggies sebelum, sedang dan selepas melahirkan joey)
  8. Anda banyak sangat duit dan tidak kisah membeli barang-barang serta makanan suggies yang memang bagi poket berlubang. (ikut la, kalau tak pandai shopping memang la pokai duit).
Baiklah, apa dia pra-langkah sebelum membawa suggies baru anda pulang ke rumah?
  • Sangkar 1.5-3 kaki (sangkar 1.5 kaki untuk sementara waktu sahaja jika pertemuan suggies pada hari pertama tidak berjalan lancar)
  • Aksesori suggies (tertakluk pada tuannya. Kebiasaannya, bonding pouch, sleeping pouch, mangkuk makanan, botol air dan wodent wheel memang ada sepasang (2). Kita kena ada backup, kalau masa nak buat gotong-royong ke, wheel berebut-rebut pakai sampai terpelanting keluar, food bowl di'conquer' sorang-sorang etc).
  • Makanan cukup untuk setiap suggies. (HPW hanya tahan 5 bulan untuk seekor suggie. kalau 2? You do the math, derr)
Kalau dah beli, bagi suggie tersebut chill dulu di dalam persekitaran barunya. Biar suggie baru tidur dalam sleeping pouch suggie lama dan biar dia biasakan dengan bau suggie lama, juga dengan bau sangkar dan barang-barang mainannya).


Sudah lengkap resipi, mari kita buat introduksi/ice breaking/pengenalan hangat antara dua suggies tersebut!

eh, eh.. takkan belum apa-apa nak bagi cium-cium kot. Kita kena bagi jumpa subtle dulu a.k.a merisik!

  1. Ambil semua barang-barang suggie senior, termasuk sangkar dan tukar dengan sangkar dan barang-barang suggie junior.(Jadi suggie senior dan junior akan membiasakan diri dengan bau masam masing-masing)
  2. Letak cage suggies senior dan junior bersebelahan.
  3. Selepas 1 hari, temukan suggies anda. 
  4. Jika positif, masukkan bersama dalam satu sangkar dan perhatikan. Jangan main sumbat pastu cabut sahaja. 
  5. Jika negatif hasilnya, cuba dalam 2 hari lagi. dan ulang sehingga dua suggies kelihatan menerima keadaan masing-masing, kelihatan ingin tahu dan mula mencium bau masing-masing. Selepas tu, jika berjaya, satukan mereka dalam sangkar.
Kalau boleh macam ni tu dah rasi lah..

Selepas berjaya membaikkan kedua-dua suggies, ada beberapa perkara anda perlu perhatikan pada suggies anda, mengikut jantina mereka;

Jantan + Betina
(Umur sesuai mengawan bagi jantan, umur dari 5 bulan keatas. Dan boleh saja yang jantan itu lebih muda dari betina eg. Jantan 7 bulan, betina 1 tahun. Manakala betina hendaklah tua sedikit, seperti 8-12 bulan untuk memastikan dia tidak begitu mentah dan tak bersedia untuk mengandung dan melahirkan joey/anak)

Peringatan: Suggie betina yang terlalu muda/mentah ketika melahirkan anak boleh memakan atau me'reject' anaknya kerana kurang pengalaman atau tidak bersedia. Itulah rasional mengapa suggie betina mesti lebih matang dari segi usia, manakala jantan pula tak kira usia, asalkan dia sudah matang.

Proses mengawan
Ouch, ini jadinya jika suggie jantan terlalu kasar pada suggie betina!
Antara risiko mengenalkan suggie berlainan jantina.

1. Suggie betina mengalami kecederaan/stres kerana proses mengawan.

Awak kena lihat samada suggie jantan/senior akan menggatal secara ganas atau baik dengan suggie betina/junior. Kalau ganas sangat (ketika sedang mengawan, suggie jantan menggigit leher suggie betina sampai  berdarah) pisahkan suggies tersebut dan bersihkan luka suggie betina dan bawa ke vet. Nak kata tak normal/ tidak.. susah nak kata. Ada suggie jantan yang memang ganazz gitu, nak wat camne.. Cuma awak kena juga ambil tindakan bagi mengelakkan apa-apa kecederaan serius pada suggie betina. E.g pisahkan suggie betina, sembuhkan luka perang dan tenangkan suggie tersebut (takut TRAUMA!)


2. Jika suggie betina mengandung/melahirkan joey; risiko anak di'reject'/dimakan ibunya kerana stres/kurang pengalaman
Suggie betina kelihatan tidak rela untuk mengawan mungkin bermakna yang dia tidak bersedia untuk menjadi ibu pada masa ini. Asingkan jika suggie jantan cuba mengawan dan melukakan suggie betina. Jika suggie betina mendapat anak sekalipun, ada risiko untuk dia menolak/'mer'reject' joey/bayinya. Konklusinya, tuan suggies kena la ambil peranan memberi susu (milk replacer, ada dijual online di Facebook. Cari yang khas untuk Sugar Glider. Susu untuk kucing/manusia HARAM digunakan, HARAM I sayy!).

Alololo.. underaged memang comel tapi jangan la beli! kalau dah beli, kena pandai jaga!

Jantan + Jantan
Biasanya, tidak ada masalah selepas suggies sudah biasa dan terima akan bau masing-masing. 

*Sugar gliders merupakan makhluk sosial yang suka duduk berkoloni. Mereka menyapa dengan menggeselkan badan dan dahi mereka dan itu juga merupakan cara mereka mengenalkan diri. Selain itu, mereka suka tidur bersama-sama di dalam satu sleeping pouch koloni, gemar bermain dan 'grooming' bersama-sama . 

Mereka suka menyempit ala-ala manja gitu

Betina + Betina
Sama je seperti jantan + jantan, asalkan semua pra-langkah menemukan suggies sudah selesai, tiada masalah jika anda menyamakan/mengenalkan suggie betina bersama betina.

Peringatan:
Selalunya, jika ada sugar glider asing/baru datang dalam kawasan/sangkar mereka, mereka akan menghalau atau lebih teruk membunuh sugar glider asing tersebut. Jadi anda perlu ingat bahawa bau adalah segalanya dalam dunia menjinakkan atau mengenalkan sugar glider.


Nota: Senang nak kenalkan suggie yang memang bersendiri/berseorangan kepada seekor/beberapa suggie yang lain yang sudah serasi diantara mereka. Kenapa? Suggie yang keseorangan akan lebih mudah menerima kehadiran suggie lain. 


Akan tetapi, suggie yang hidup berkoloni bukan senang hendak menerima seekor/beberapa suggie yang lain/baru.

Like, share atau komen di ruangan kanan dan bawah page ini. 

xoxo, 
Maddy

18 comments:

Lovely Ijah said...

hurmmm masalah sy skang, sg junior sy bru umur 2 bulan...female...yg jantan dah 4 bulan...mmg xleh temukan dorg la ek??ari ptame sy bg dorg cium2, sg junior sy crabbing dpn muke sg senior sy, then sg senior sy tperanjat, trus masuk bwh katil....sblm 2 dorg mcm serang2 gak....mule2 sy ingt nk beli yg lg tua dr sg sy yg umur 4 bulan 2, tp pkedai 2 kate ade umur 2 bulan je...tpakse la beli coz dah deal ngan org 2....hmmm mcm mne ek??brape lme bru leh cmpurkan dorg ni??? need urgent reply...tenkiu maddy.. :(

MFI said...

tolong jawabkan..
@nor hafizah : untuk permulaan..kalau ada 2 cage..letakkan cage dorang tu sebelah2..maksudnya biar dorang mula kenal tanpa bersentuhan dulu..slalunya amik masa sehari jer..lepas sehari dorang da leh duk dlm 1 cage..cuba la dulu..bergntung pada sg masing2 sbnrnya..kalau ikut pembacaan sy, walaupun sg jantan da matang, dia takkan kaco sg betina yg belum matang lagi..dorang akan berkawan dulu la..

Unknown said...

baik hati la MFI ni tolong jawab macam-macam.. ^_^

Lovely Ijah said...

ohh mekasih MFI...mekasih pd tuan empunye blog ni gak...bnyk yg da sy pelajari kt sni..huhu...emmm sy letak sg junior ni kt lam sangkar 3 feet skang....bg die bebas main lam tmpt bsr sket...yg sg senior plak sy bebaskan die main lam bilik...slalu gigit jari sy smpai xdpt tdo nyenyak...adeii..sg senior sy ni curiosity die tinggi...suke bau2 dak sg junior ni...pastu mula la dorg wt bunyi mcm2...xtau nk bg name bunyi 2 cmne...tp mcm bunyi hissing agaknye...dorg ngah btengkar ke atau ngah bkenalan ek??hmm.. :?

Anonymous said...

boleh tak crite kn lebih lanjut pasal sg yg pregnant and sbginye..ape diet yg kene ikut sume..tq..

Anonymous said...

*and tanda2 die pregnant..

m@Tl_aN said...

sy ada spasang sg.yg gurl 2 slalu ggit la.asal sntuh ja mmsti ggit.yg boy ok ja pun.tme bg mkn gna tgn pun dia akn ggit.klu di biar lg lama lg kuat dia ggit.

Unknown said...

Anon

Post pasal pregnant suggies. InsyaAllah I'll see what I can do. ;)

M@Tl_aN
Kalau gigit crabbing, mungkin pasal dia takut lagi ngan awak.. kalau gigit tapi sebenarnya dah jinak, mungkin dia nak main dengan awak/suka bau jari/perangai suka gigit lebeh2. Kalau sakit sangat time gigit, kata NO atau SHHH dan alih dia dari jari awak supaya dia tau dia gigit kuat sangat and you tak suka. :)

Anonymous said...

maddy.,,urgent nk tau..npe male sg saya ada cm luka kecil mcm lubang kt tengkuk dia..,klu mengawan pn sg betina kn yg patutnya luka cmtu,,satu lgi,sg saya bru 3 bln lebih je..nape ek jdi cmni.. =(

meyra insyeira said...

sy baru nk jinak2 bela sg....4 u la kan...better bela sekor dlu or bela 2 terus???kalo la bela sekor dlu..better bela betina or jantan????ect sy lg suka betina sbb pde sye slalu btine ni baek sket...hehehehe...plz info...tq

Anonymous said...

klu jantan lgy besar dr betina xle mate kew?

Unknown said...

ermmm nak tny why my sugar glider jantan jalan terketar-ketar....mcm xlarat jer...risau la tgk, sblm nie okay jer tp br-2 nie jer jd mcm tue...jalan pun kepala xlarat nak angkat....huhuhuhuhuhuhu

Unknown said...

hows ur sugie now? i hope u da bawak dia ke vet/lukanya dah sembuh.

ada dua sebab kemungkinan dia luka, ia gaduh/dia terkena benda tajam kat leher dia. kalau stres tu x mungkin psl dia tak sampai nak gigit kan.. apa2 pun all the best. lain kali just make sure u hantar ke vet duu utk rawat.

Unknown said...

bela sekor first. amek betina. bcause, satu, awak kena tame 1 dulu.. bukan senang nak bela dua terus yg tak jinak.

betina, coz bila dia dah tua, baru sesuai dia beranak gn male yg tak kesah umur berapa..

Unknown said...

lemah ye.. tu maybe takde tenaga.. mgkin tak makan.. so paksa makan guna syringe. amek makan yg cair2, blend fruits or rebus ayam etc. if ketar2 maybe hlp, bawa ke vet je jawabnya

Unknown said...

boleh x kalau sg junior terus masuk skali dlm sngkar sg senior??haha..cam malas pulak nk beli set sngkar lain..:p

Anonymous said...

macam mane nak kasik sg saye minum??
susahlaa... bekas air pon taknak sentuh,,, tolong saya plizzz!!!

Unknown said...

hellow maddy..newbie here :) first nice entri la ble bce blog ny..oke sy pnye suggies ny x nk mkn mkanan suggies HPW..so ade tip or kaedah untk dya mkn erh?..tq