04 October 2011

Jengukan entri ke 20,000+! Terima Kasih!

MMM
Hello readers! Maddy di sini.. wah, setiap bulan pasti tambah 10,000 lagi views! Jangan lupa like laman Facebook Suggies for Newbies!



Nampaknya fenomena Sugar Glider ni masih belum pudar.. bukan apa, risau kalau ada yang newbies membeli tanpa apa-apa rujukan. Akhir sekali, suggies bermasalah dan mereka buntu dan baru terkial-kial membaca dan surf internet.

Tolong ingat ya, suggies binatang sosial. Jika anda hanya ada satu,. anda kena ingat yang satu hari nanti ia tetap perlukan kawan sejenisnya juga. Anda kena layan 1-4 jam bergantung pada berapa banyak suggies yang anda bela. Dan untuk cara pemakanan mereka pula, ia bukan senang bagi orang yang tidak komited untuk membuat rutin yang sama setiap malam, untuk 8-15 tahun. Anda perlukan banyak kesabaran dan minat untuk membela suggies. Kalau anda mendapatkannya hanya kerana mereka trend dan comel, lupakan dan tunggu hendak beli jika anda bersedia untuk perkara yang lebih besar sebabnya dari kecomelan dan trend yang akan hanya berlangsung selama beberapa bulan sahaja lagi.

Risau dan bimbang,

xoxo,
Maddy

No comments: