03 October 2011

Sugar Glider baru dalam perjalanan!

MMM
Hello readers, ini maddy. Saya akhirnya membuat keputusan untuk membeli seekor lagi suggie untuk buat peneman baby saya yang seekor ni.. Sekarang dalam proses mencari. Tapi bukanlah nak cari sangat sebab dah tau mana nak beli betul tak? Saya mungkin akan menimang baby baru daripada Suggie Shop! Sugar gliders di sana memang boleh dijamin kesihatannya, kecomelannya, kejinakannya.. err.. macam-macam lah yang nyanyaaa tu..

Oh my.. one of this would be mine. Nak pilih yang paling manja! *Credits to Andy and Suggie Shop

Baby kini berumur 9 bulan. Saya membelanya sejak dia berumur 2 bulan lagi. Sekarang, baby akan mempunyai seorang lagi teman bilik (erm sangkar?).. inshaAllah seekor suggie jantan berumur 2 bulan. Saya nak bela dari muda supaya ia jinak dan sayang saya cepat-cepat! Tak sabar nak tunggu respon dari Andy Stephen, si penghulubalang Suggie Shop di Facebook itu.

Moga-moga doa termakbul!

*Mungkin ada yang tertanya kenapa tak beli sepasang dari dulu? Kerana saya merasakan bahawa 2 suggies merupakan satu tanggungjawab yang besar. Dan pada ketika itu, saya masih lagi ingin tentukan samada baby akan menjadi ayah, atau pun hanya kawan biasaaa bersama temannya jika ianya jantan. Membiak suggies adalah satu tanggungan yang besar. Jika anda tahu risiko dan pengorbanan yang perlu dilakukan pasti anda faham usul saya. Jadi, tiada lagi perdebatan.. Saya akan mendapatkan teman bagi baby secepat mungkin!

**Penjagaan seekor suggie tanpa teman/ bukan sepasang adalah komitmen yang amat tinggi. Anda perlu memberi perhatian  dalam 3-4jam semalaman untuk mengekalkan keseimbangan skala sosial mereka agar mereka tidak tertekan kerana kurang perhatian. Jaga bayi pun macam ni kan tak silap. Hmm.. bayangkan, sudah 8 bulan lebih saya berjaga siang dan malam untuk melayan baby. Jika anda hanya bela seekor suggie, mampukah anda?

4 comments:

Lovely Ijah said...

Baby sbnrnye jantan ke betina ek??kompius..hehe

Unknown said...

Nor Hafizah

Heheh.. sibuk aja nak tahu pasal baby.. ;b

Anonymous said...

saye pun bela sekor gak since bulan 6 2011. bli masa dia umur 2bulan. skrg dia dh ade boypren, dh nikah n tgh pregnant. hikhik x sabar nak ade beby baruuuuu.. ;D

Unknown said...

i nk try perlihara...