20 July 2012

Cara Sugar Glider Melahirkan Anak/Joey

MMM
Hello readers, di dalam entri ini saya akan memberitahu anda bagaimana sugar glider melahirkan anak dan perkara berkaitan dengannya.

Selepas sugar glider mengawan, jika ia sperma sugar glider jantan berjaya disenyawakan di dalam di antara kedua-dua atau salah satu ovum sugar glider betina.. janin joey/joeys akan terhasil di dalam rahimnya dan proses mengandung akan mengambil selama kira-kira 16 hari. Pada akhir tempoh mengandung, ibu sugar glider akan kelihatan begitu sibuk menjlat laluan dari cloaca/anu ke pouch/kantungnya. Kemudian, joey yang belum matang akan dilahirkan dan besarnya lebih kurang sebutir beras akan merangkak ke dalam pouch/kantung ibu mereka melalui laluan yang telah dijilat ibunya kemudian ia akan masuk ke dalam pouch ibunya di mana ia akan mencari puting susu. Apabila joey sudah menjumpai puting susu, ia akan meletakkan mulutnya di sekitar puting manakala puting tersebut akan membengkak di dalam mulut joey agar ia tidak tercabut ketika menyusu. Oleh sebab rahang joey belum lagi sempurna, joey hendaklah kekal di dalam kantung ibunya dan mulutnya harus kekal menghisap puting ibunya. Jika mulut joey tercabut dari puting susu, adalah mustahil untuk ia hidup kerana ianya tidak mampu untuk membuka mulutnya untuk makan susu ibunya. Jadi joey itu akan sama ada mati di dalam kantung dan reput berbau busuk ataupun ibu sugar glider akan membuang/mereject joey tersebut dari kantungnya. Kebiasaannya, joey akan tinggal dalam kantung ibunya sambil menghisap susu ibunya selama kira-kira sembilan minggu/2 bulan lebih.. Sugar glider hanya boleh  mempunyai satu atau dua joeys pada satu-satu masa, tetapi kelahiran tiga atau empat joey amat jarang.


Di bawah adalah klip video sugar glider melahirkan joey yang saya alami sendiri!

Bukan senang nak lalui pengalaman suggie melahirkan anak atas tangan anda sendiri... suggie tu kena betul-betul selesa dan percayakan anda.. :) 

Jadi, ini Bijou dan kelahiran kembar sepasang betinanya..  

*Ia amat jarang untuk benar-benar menyaksikan kelahiran seekor joey. Ianya lebih berkemungkinan yang anda akan mendapati ibu yang sedangmembersihkan dirinya selepas kelahiran telah berlangsung.

Antara topik-topik yang relevan dengan entri ini;
Bagaimana untuk mengenal pasti Sugar Glider mengandung/bunting/pregnant
Makanan untuk sugar glider mengandung/bunting/menyusu
Langkah yang perlu dilakukan selepas sugar glider melahirkan anak/joey

Adakah anda mempunyai pengalaman sugar glider anda melahirkan anak/joey? Kongsi pengalaman anda di ruang komen di bawah!

Like us on Facebook ;) Suggies for Newbies

xoxo,
Maddy 

8 comments:

Anonymous said...

salam...sy ada spasang sg..mslhnye sy msh xphm mcm mana nk tau sg yg btina 2 pregnant..skang ni sy tgk prut die sbsar ibu jari...pregnant ke die?aduhh..tkut...

Unknown said...

maybe preganant la kalau pouch dia membenjol.. :)

Anonymous said...

sy ada spsg sg..betina 2 dah branak,memang ke betina tu kejap2 dia kluarkan ank dia dr pouch nthen masokkan balik kedlm pouch?

shafiqa said...

mcm mane kite nk tau yg ank suger glider tu mati dlm pouch nye???

LYANA said...

berapa cepat babies sg membesar dlm pouch ye? sbb saya dpt tau SG saya dah ada babies bila saya nampak ada dua babies dia dah besar bergantung kat pouch...saya tak tau bila dia beranak. tau2 dia dah ada 2 babies and dah besar. saya terkejut bila tgk video awak yg SG kalau beranak size anaknya baru lahir sebesar sebijik beras tu....OMG! maknanya saya tak tau dia dah lama beranak ke? jadi, saya tak dpt nak pastikan berapa bulan dah umur babies SG tu...bole tak tlg agak2 kan....skrg ni babies tu dah bukak mata dan dah bole panjat skit2...

Anonymous said...

Salam. Saya nak tanya, suggie sya sedang preggy, tapi suggie yg jantan mati. Ade effect ape2 x dkat suggie betina tu nanti? sekarang suggie betina tu kurang makan. x tahu kenapa. saya risau takut nanti dye makan/reject joey dye. dalam 3minggu dah perut dye ade benjol.. terima kasih..

Unknown said...

salam..
sy xthu knpe jantan sy bdan besar mnakala yg betina bdan kcik...
nk tnye..tp sy thu yg sg aktif pd waktu malam...
sg jantan sy mang aktif...
tapi yg betina selalu dduk dlm tempurung klapa..
adkah tu salah satu yg sg betina sy bunting?

Bell said...

Joey sg sye baru oop pagi tdi tp skrg dh kne makan ibu nya... Kenapa ye? Makanan semua nya cukup.