18 February 2012

Makanan untuk Sugar Glider Mengandung/Bunting/Menyusukan Joey/Anak

MMM
Pemakanan sugar glider betina/si ibu semasa mengandung/bunting atau juga selepas melahirkan atau sedang menyusukan joey
  • Makanan tanpa had
  • Jumlah HPW tiap malam digandakan
  • Lebihkan buah-buahan dan sayuran
  • Beri cebisan ayam rebus
  • Kalau nak si ibu cukup nutrisi walaupun menyusu joey, beri 'Sugar Glider Booster Milk Replacer'
Booster Milk Replacer adalah makanan tambahan jenis serbuk yang sangat baik untuk sugar glider mengandung dan menyusu, untuk joey didalam pouch dan sebagai formula bagi joeys yang direject oleh ibu dan yang underaged/bawah umur. Susu booster mengandungi sumber hidup iaitu mikro-organisma yang membantu sistem imunisasi haiwan dan amat penting untuk joey yang baru lahir. Boleh ditabur atas makanan untuk suggie yang menyusu dan pada peringkat cerai susu untuk menggalakkan joeys makan makanan pejal. Boleh juga diberi untuk suggie yang dewasa/tua. Letakkan secubit pada makanan mereka sekali atau dua kali seminggu atau boleh dicampurkan dengan air suam.



Buah dan pelbagai sayuran

HPW High Protein Wombaroo (MAKANAN WAJIB UNTUK SUGAR GLIDER) Selain dari Glider Slurp (Made in Msia by Hun), dan diet lain yang lazim di luar negara.

Antara topik-topik yang relevan dengan entri ini;
Proses kelahiran joey/anak sugar glider
Langkah yang perlu dilakukan selepas sugar glider melahirkan anak/joey
Bagaimana untuk mengenal pasti Sugar Glider mengandung/bunting/pregnant

Baiklah itu sahaja untuk entri ini, sila like, share atau aju soalan jika ada. :) 

Check out our page; Suggie For Newbies di Facebook

xoxo,
Maddy




2 comments:

Nur Afiza Sulika said...

macam kita nak tahu yang sugar glider kita sedang mengandung ye?

Unknown said...

memperkenalkan makanan tambahan untuk sugar glider. Ulat hongkong kering (dried mealworms) yang di buat dari ulat hidup yang dikeringkan.
Info selanjutnya, kunjungi blog kami di
http://www.ulethongkongkering.blogspot.com/
http://www.ulethongkongkering.wordpress.com/