19 October 2011

Tips: Kenapa bulu Sugar Glider gugur atau semakin kurang?

MMM

Hello readers, sudah lama saya tidak mengemas kini blog!  Saya sibuk dengan ujian mid sem.. jadi saya perlu meluangkan masa yang lebih untuk mengulang kaji. Jadi, pada hari ini saya akan menerangkan secara ringkas kenapa bulu suggies gugur atau kelihatan semakin berkurang. Bulu suggies gugur tak kira tempat samada ianya di perut, ekor, tangan atau di mana-mana.. mari kita lihat beberapa kemungkinan mengapa suggies anda mengalami isu ini.
Ada beberapa sebab. Ikut turutan ye bila melihat kemungkinan kenapa bulu suggies anda gugur. Ianya dari yang paling senang untuk dikenal pasti, sehingga pada simtom yang perlu anda beri rawatan vet secepat mungkin.

1.       Diet tak seimbang. Samada tak makan HPW -High Protein Wombaroo- iaitu diet wajib/khas/satu-satunya yang disyorkan untuk Sugar Gliders (Terdapat diet lain seperti GliderSlurp (buatan Malaysia oleh Suggies at Home), Priscilla's Diet, Taronga Zoo Diet etc). Ia juga boleh terjadi jika suggies tidak makan buah-buahan dan sayuran, vitamin atau makanan/diet yang dimakan tidak seimbang. Solusi; beri makan HPW, buah dan sayur. Untuk pengetahuan lanjut mengenai nisbah kalsium:fosforus yang sesuai untuk suggies, rujuk entri-entri lepas. Keperluan Asas: Pemakanan,Pengetahuan Asas: Makanan yang selamat untuk Sugar GlidersPengetahuan Asas: Tabiat dan diet Sugar Gliders dan Kalkulator untuk Sugar Gliders.

Diet dia penting untuk menjaga keadaaan bulu dia

2.       Stres. Kerana beberapa perkara;
1. Jika ia hanya seorang; anda tak beri layanan yang cukup 3-4 jam sehari, jika anda layan dia cukup setiap malam, mungkin dia mahukan teman yang sama spesis dengannya.
2. Kerana ada sakit atau luka, suggies akan cuba mencabut bulu di tempat sakit dan menggigit luka. (Lihat entri mengenai E-Collar)

Kesian.. kena elak dari gigit diri sendiri sampai luka/bulu gugur.

3. Overgrooming, atau membersihkan bulu secara berlebihan, mungkin kerana bosan. Beri mainan, dan tingkatkan waktu bermain dengan suggies anda.
3.       Kerana kutu, hama, parasit, dan penyakit yang berjangkit. Jika anda suspek kutu dan etc, asingkan dengan suggies yang lain dan bawa ke vet untuk dapatkan ubat.
4.   Jika anda mempunyai Sugar Glider jantan, ia akan mula botak di bahagian dahi/kepalanya pada bulan 4,5,6,7-9. Sesetengah suggies jantan juga akan botak di bahagian dadanya. Baby, suggie saya botak yang amat ketara di dada tetapi dahinya tidak kelihatan begitu botak walaupun umurnya sudah mencecah 10 bulan. Suggies jantan sahaja akan botak ya, suggie betina takda camtu. *Jika anda mengasi/neuter/'kasi mandul' suggie jantan anda,  bulunya akan tumbuh kembali perlahan-lahan.

Botak tandanya matang. Dah boleh ehem.

Jangan risau, bulu suggies akan tumbuh kembali jika ianya sudah dirawat dan mereka tidak lagi stres/gatal/overgroom bulu mereka. 



Itu sahaja untuk entri ini. Sila like, share atau komen

xoxo,
Maddy


3 comments:

Unknown said...

tpi pnyaket ni bole bawa sg mati x??

SuhaZeeha said...

Terima kasih

Unknown said...

Kalau bulu dada dia takda tu tandanya matang laa. Bukan bermaksud die ada kutu ?