06 August 2011

Pengetahuan Asas: Tabiat dan diet Sugar Gliders

MMM
Sugar glider sangat serupa seperti manusia ketika dalam bab makanan. Mereka boleh memakan  pelbagai jenis makanan yang yang berbeza, dan seperti kita juga, mereka semua mempunyai selera mereka tersendiri. Ada sugars yang cerewet, manakala ada sugars yang lain yang akan memakan apa sahaja dan apa-apa sahaja benda, dan ada juga akan menjadi penagih makanan ringan jika anda membiarkan mereka. 


Hari ni mungkin suka, esok tidak lagi!


Selain itu, ia adalah kebisaan sugars jika mereka secara tiba-tiba berhenti makan tembikai susupisang, atau makanan kegemaran mereka selama beberapa bulan jika anda memberi makan kepada mereka terlalu kerap. Ini merupakan fasa yang lazim dilalui sugars apabila mereka merasa bosan dengan kitar atau rutin makanan harian mereka jika sering sangat ia dihidangkan kepada mereka. Jadi, sebagai tips, simpan 4-6 jenis buah yang selamat untuk dimakan sugars dan selang seli ikut hari agar mereka tidak jemu dengan menu yang sama setiap hari. Sugars yang bosan dengan makanan boleh menjadi murung/depresi dan ianya boleh berkait dengan pelbagai jenis masalah kesihatan yang lain.


Pastikan mereka diberi pemakanan yang seimbang dan betul, jika tidak mereka akan menjadi bosan, tertekan, murung, dan kurang zat dan nutrien yang penting untuk hidup lama dan bebas penyakit


*Ingat, HPW perlu dihidangkan setiap malam dan ia amat penting agar mereka menjamah formula tersebut. 


BAGAIMANA DIET SUGARS?


Ada lima perkara yang wajib ada, buah, sayur, suplemen, protin dan diet HPW/Leadbeaters Mix/Taronga Zoo Diet, Priscilla Price's Diet (lazimnya di Malaysia, HPW atau High Protein Wombaroo diet).


Buah: Sila rujuk di entri ini
Sayur: Sila rujuk di entri ini


*Makanan seperti buah di dalam tin tidak disyorkan untuk sugars kerana bahan pengawet dan kandungan gula yang tidak asli.


Suplemen: Kalsium, Gliderade, Glider Booster, Debunga lebah asal dari Australia etc.(Bakal diterangkan dalam entri akan datang)


Suplemen kalsium, ditabur atas buah secubit rasa. Jangan letak dalam botol air, boleh menggalakan pertumbuhan  organisma.


Kasi booost sikit!
Nutrien debunga lebah yang berperisa blueberry!


Protin: 

  • Cengkerik
Seksi tak makan cengkerik?
  • Daging lembu, tanpa lemak atau minyak
  • Ayam yang dimasak, tanpa lemak atau minyak (Paling selamat dan kurang risiko berbanding mealworm, superworm dan cengkerik untuk kena bakteria atau infeksi dalam penghadaman suggies)
Direbus atau apa sahaja, asalkan tak guna minyak masak..
  • Telur rebus, boleh dicampur yogurt atau jus epal/buah yang selamat
  • Yogurt biasa yang rendah lemak, apa-apa jenis perisa
Rendah lemak, jangan bagi sebijik macamni, kongsi la dengan tuannya
  • Mealworm (Menggemukkan dan tinggi fosforus)
*Muntah*
  • Superworm (Menggemukkan dan tinggi fosforus)
Ada nak pegang?
  • Wax Worms
Fear Factor pun tak nak makan ni.
  • Ulat Sutera/Silk worms
Untuk kulit selembut sutera...
  • Caterpillars/Ulat Bulu
  • Cottage Cheese (Terlalu menggemukkan)
Treats: Diberi secara berkala dan untuk diberi dalam proses menjinakkan/bonding atau melatih/training mereka.
Jangan bagi banyak, nanti rasuah tak laku (untuk treats)
Sedap juga rasanya, tuan yang makan lebih bila suggie sendiri tak mahu..

Pastikan ianya organik dan selamat untuk penghadaman sugars. Contoh; buah-buahan kering tanpa pengawet, pewarna dan perasa tiruan, yogurt drops etc.
*Jangan sesekali bagi makanan ringan manusia. 


Penat dan mengantuk, sila share, like, komen di tepi kanan tab dan di bawah.


xoxo, 
Maddy

20 comments:

fara feroza said...

esok baru nak mula bg hpw..haha.baru beli je hpw tu.... lepas sebulan bela baru rasa penting... sian baby...:)..

Unknown said...

Hehe. Baguslah, at least ada juga inisiatif beli kan.. hehe.. takpe nanti baby awak bertambah gebu dan sihat! :D Ingat, diet haiwan eksotik ni kena jaga betul-betul.. take care! :)

Farhanaax said...

bile makan ayam rebus tu mmg dorg suka gigit2 then luah kan sikit ke ? hehe

Anonymous said...

sy bru beli HPW yg da siap. dlm botol cm dadih. HPW 2 kne bg byk mane ea?

fara feroza said...

ade soklan lg neh..:).... mealworm tu kan megemokan n tggi fosforus... so banyak mana leh bg setiap hari..?? sebab baby tak suke ayam n telor lah...:)kalau mealworm suke sangt budak kecik tu

Unknown said...

bagi 3-4 kali seminggu, 2-4 mealworms..

Anonymous said...

nak beli kt mane HPW? mealworm beli kt mn?

Unknown said...

HPW beli kat kedai2 online di facebook. try search sugar glider, suggie.. Mealworm tak elok sangat bagi, takut kena jangkitan cacing. Nanti kena check vet selalu. Bagi ayam lagi bagus.

Anonymous said...

saya bagi HPW complete.. nak kena bagi makan berapa kali dalam satu hari?

Unknown said...

HPW, apa jenis punnn, 1 - 1 1/2 sudu besar setiap malam.

Anonymous said...

Hi Manddy,nak mintak advise ckit SG saya kurang nak makan la dah try macam2&dah buat termasuk step yg ada dlm blog manddy tapi still macam tu,dah bw gi Vet pun ada lah improvement ckit.tapi makannya still kurang so how blh tlg advise tak??
2.macam mana nak buat kalau badan SG dah start ada bateria&Fungus.

Anonymous said...

salam...si goku saya xnak lgsg hpw...da try rasuah mcm2...nk rasuah kan 2 ekor betina pon xnak...cmne nk bg dia minat kat hpw...tabur kat buah pon xlayan..

Unknown said...

hhaha.....saya berminat nk bly ...suggies ni >.<

Unknown said...

hi maddy..treats nk dptkn kat mne ea..bleh bg link x..

fik said...

Tambahan...kalau tgk cuaca terik@panas...boleh la dimandikan sg tu...nt lg bertambah sihat...cara mandikn...senang je...gunakan paip getah atau kepala shower dlm bilik air korang....agak2 sg dah basah kuyup...jemurkn skjp kt panas smpai dia kering...insyaallah makin sihat dan terhindar drp penyakit....
P/s : saya tiap2 minggu mandikan kalau xuaca panas.

Unknown said...

beli je kat petshop, aslkan jenama yg i sebut ni SAHAJA.....

1.chubbypetsgarden
2.exotic nutrition
3.bengy

Anonymous said...

salam.mCam mana nak buat priscilla diet and lgrs suggie soup tu?? dan mana nak dapat..?

Muhd Naim Zulkifli said...

HPW tu mcm mana kita nak hidangkan? SG saya xnak makan langsung la..

Unknown said...

Saya de sg umur 3 bln...tp kenape dia kuat tido yea...saya beri dia makn epal n anggur hari2 disamping palet dia tu...okey ke?

Unknown said...

act , sya ni beginner , bru dpt sugar glider ni smlm .
berumur 5-6 bln dan saya beli dr org .. mknanya sya dah jd 2nd owner la
bleh tk ajarkn cara nk bonding & meal dia .
sbb sya tk pham la 2 prkara ni