31 July 2012

Anatomi: Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang

MMM
Hello readers, Maddy disini.. dalam entri ini saya akan menerangkan perubahan pada badan sugar glider jantan dan betina ketika ia mencapai usia matang/semakin tua dan membesar.


Tentang sugar glider jantan

  • Usia matang sugar glider jantan kebiasaannya pada bulan ke-5 dan ke atas.
  • Perubahan fizikal suggie jantan termasuk zakar terbelah duanya/'bifurcated penis akan selalunya terkeluar. Suggie jantan akan selalu dilihat membersihkan zakarnya seperti manusia 'flos' gigi. Jangan  risau, ini normal. Hujung zakarnya akan ternganga keluar kebanyakan masa. Jika anda ingin memasukkannya kembali, anda boleh mengambil tisu basah dan 'stimulate'/mengeletek anunya. Suggie jantan akan memasukkan zakarnya perlahan-lahan dan ada juga kemungkinan dia akan membuang air sekali. Jadi jika nampak benda keluar dari lubang buntut suggie tu jangan ingat ulat/cacing dan cuba nak menariknya keluar! Habislah kejantanan suggie anda.. :p 

(Peringatan: Jika zakar suggie jantan keluar lebih dari 24 jam, setelah cuba dimasukkan pun kekal diluar juga, ini boleh mendatangkan mudarat kerana ia boleh menjadi kering/'dehydrated' dan kelukaan pada zakarnya boleh terjadi. Beli KY Jelly dari farmasi dan letak pada zakarnya. Dan cuba masukkan ke dalam balik guna teknik yang saya beritahu tadi. Jika tak berhasil, bawa suggie jantan anda ke vet secepat mungkin.)
  • Selain dari zakar terkeluar, kepala atau bahagian dahi suggie jantan akan mula kelihatan botak. Selain itu, bahagian dadanya juga akan mula botak dan bulunya akan nampak kesan darah kering seperti dicabut suggie itu sendiri. Ini normal juga kerana bahagian-bahagian ini sebenarnya tempat suggie jantan mengeluarkan bau/'scent'/'musk' mereka. 

Cuba perhatikan bila suggie menggesel badan dan kepala mereka di sangkar/mainan/badan suggie lain, itu sebenarnya cara mereka menanda kawasan mereka.
  • Bola/skrotum suggie jantan akan tergantung lebih jauh dari badan mereka. Nampak cam nak putus je, tapi okay, normal je sebenarnya. Jangan tarik sudah. LOL
Tentang sugar glider betina
  • Suggie betina matang pada usia muda 5 bulan dan ke atas, mengikut suggie masing-masing.
  • Suggie betina boleh mengandung dari usia 5 bulan ke atas. Tetapi, umur paling sesuai untuk suggie betina membiak adalah 10-12 bulan. Ini kerana jika suggie betina bunting pada usia muda, ada kemungkinan dia tak bersedia untuk ada menjaga joey/anak, dan ada risiko dia makan/'cannibalize joey tersebut. 
  • Kenapa suggie betina tak boleh/sesuai mengandung pada usia muda? Sepertimana anda tahu, suggie memerlukan 70% ++ protin dalam diet. Dan suggie betina yang baru hendak membesar juga masih memerlukan protin dan tenaga yang banyak. Jika ia mengandung, protin tersebut akan digunakan untuk menyusu dan membesarkan joey di dalam perut dan kantung. Jadi suggie betina akan kurus dan nutrien dalam badan diserap pada joey. Ini boleh menyebabkan suggie betina mengalami pelbagai penyakit kronik seperti Hind Leg Paralysis (HLP) Klik sini untuk lebih lanjut.
  • Tiada perubahan fizikal yang ketara.
  • Mungkin pouch/kantung suggie betina akan kelihatan lebih berbulu bila ia meningkat usia
Entri yang wajib dibaca dengan topik ini:

Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang
(Zakar terkeluar, dahi/dada botak, skrotum tergantung dll)
http://suggies101.blogspot.com/2012/07/anatomi-perubahan-fizikal-sugar-glider.html

Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

Langkah-langkah selepas Sugar Glider melahirkan anak/joey
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/apa-perlu-dilakukan-selepas-sugar.html

Baiklah, itu sahaja readers. Jangan lupa like page Suggies for Newbies kami =)

xoxo,
Maddy

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum...
saya nak tanye sikit...
saya ade SG sepasang..
saya tahu SG ni aktif bile waktu malam..
tapi SG betina saya selalu duduk dalam tempurung kelapa...
kenape erk?(bunting ke)
saya newbie lagi...

Unknown said...

AHHAHAH risauu saya SG jantan saya telurnya mcm nak tercabut rupa-rupanya normal hahahha