Showing posts with label Anatomy. Show all posts
Showing posts with label Anatomy. Show all posts

03 August 2012

Sugar Glider Obese/Gemuk, Ketahui Berat Ideal/Sesuai SG, Kenapa SG Obese/Gemuk? Dan Cara Kurangkan Berat Badan!

MMM

Hello readers, maddy di sini. Topik entri ini berkaitan dengan masalah yang selalu dialami oleh pemilik sugar gliders- obesiti.

Saya tahu, memang rasa terbawa-bawa kadang kalau bab pemakanan suggies kita. Kita takut suggies kita tak cukup makan, tak cukup nutrien atau tak cukup selera?...

Dalam entri ini, kita akan membincangkan beberapa perkara;

Bagaimana nak kenalpasti sugar glider yang obese/gemuk
Berat ideal/sesuai untuk sugar glider
Kenapa sugar glider menjadi obese/gemuk
Bagaimana nak bagi sugar glider kurangkan berat badan berlebihan/menjadi lebih sihat

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenalpasti sugar glider yang obese/gemuk

Suggie ni sebenarnya ada saiz badan dan tulang yang berbeza. Kecil, sederhana dan besar.

Sesetengah suggie, tulang dan otot dia rasa kecil, dan ada yang kalau pegang tu rasa mantap dan solid. Memang tiada ukuran universal bagi sugar glider. Sama juga cam manusia, contohnya seperti orang arab yang bertulang besar dan orang melayu yang memang kecil badannya.

Tadi kita bincang tentang jisi tulang dan otot suggie yang berbeza. Sekarang kita lihat beberapa simptom yang menunjukkan yang suggie anda obese, berdasarkan pemerhatian anda sendiri dengan perbandingan jenis badan suggie anda. Ingat ye, ada saiz kecil hingga saiz tulang yang besar.

Cuba pegang suggie and dan rasa badannya. Kalau rasa bertulang sangat tu, mungkin kurang berat/’under weight’. Dan jika picit suggie dan rasa seperti berlemak dan berdaging lebih tu.. mungkin tandanya yang ia obese.

Lepas itu tengok pula bagaimana bentuk badan suggie anda. Ada ‘double chin’ dekat leher dia ke, kepak/’patangium’ dia rasa tebal ke nipis.. perut dia gemuk ke rasa ok-ok je?

Tengok gambar ni untuk gambaran penuh bagaimana suggie yang obese secara berlebihan dan ekstrim.


------------------------------------------------------------------------------------------


Apakah berat sugar glider yang sesuai/ideal?

Ambil penimbang berat skala gram, yang untuk timbang tepung/gula kat dapur tu.. atau boleh pergi vet dan boleh timbang di sana. Ada penimbang elektronik dan yang old school. Ikut korang lah nak timbang guna apa.

Kalau suggie dewasa, dari umur 5 bulan ke atas: 80-120 gram.

Kalau lebih kurang tidak apa, asalkan tidak terlalu jauh dari berat normal suggie, dan jangan lupa bandingkan dengan bentuk badan dia. Kalau badan dia kecil, tapi berat dia tepat-tepat 80 gram tu, sihat lah. Cuma saiz tulang dia memang begitu.. tapi kalau nak naikkan sikit berat dia, tak mengapa.

Kalau joey/anak sugar glider yang OOP, beratnya akan meningkat mengikut usia sekurang-kurangnya dari berat 40 gram dan ke atas. Jangan menurun berat sudah, tu bahaya sangat dan ada risiko joey tersebut akan mati jika tidak diubati/dicari simptom kenapa beratnya semakin menurun.

Tapi, cara yang terbaik untuk mengenalpasti berat ideal untuk suggie anda ialah untuk pergi sahaja ke pakar vet yang arif dengan sugar glider.

--------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa sugar glider makan banyak dan jadi obese/gemuk?

1. Sugar glider makan banyak

Selalunya, sugar glider yang sihat akan cenderung untuk makan lagi banyak daripada sugar glider yang memang kurang berat/sakit/kurang nutrisi.

Ambil perhatian juga ya, suggie yang tinggal sekoloni/berkumpulan dalam sangkar juga tak semestinya mengalami masalah berat badan yang sama.

2. Pemilik bagi makanan yang lebih/berlemak

Kita perlu tahu yang jumlah makanan bagi seekor suggie dewasa (umur lingkungan 5 bulan ke atas) adalah 2 sudu besar HPW/Gliderslurp dan 2 sudu buah dan 2 sudu sayur. Jangan lupa juga protin yang diberi 4-5 kali seminggu.

Pastikan diet suggie anda mempunyai variasi dan keseimbangan.
Mealworm, dubia, superworm, yogurt treats atau madu yang diberi secara berlebihan akan hanya menggemukkan suggie anda dengan cara yang tidak elok. Semua ini tinggi kandungan lemak dan gula dan ini boleh memberi kesan buruk pada anggota dalaman suggie anda.

Selain dari itu, suggie yang tinggal dalam rumah/haiwan domestik diberi makan secara tetap dan mereka tak perlu risau nak cari makanan seperti di habitat asal mereka. Kalau kat luar sana, makan tak tentu dapat, dan makanan tak dihidang dalam mangkuk setiap malam. Mereka kena cari makanan sendiri, jadi banyak tenaga digunakan untuk mencari makanan.

3. Sangkar terlalu kecil/tiada aktiviti bermain/beriadah/’exercise’

Di habitat hutan liar, suggies lompat sana sini tanpa had, tak macam sangkar 3/5 kaki yang mereka tinggal ni.. nak lompat pun tak sampai 150m nak menggelungsur/’glide’ sepertimana yang mereka selalu buat di habitat asal mereka.

Suggies ni mempunyai kadar metabolisma yang tinggi (untuk bakar lemak etc dan ditukarkan kepada tenaga harian) dan mereka jadi amat aktif pada waktu mereka bangun tidur. Jadi ia amatlah penting bagi menyesuaikan habitat/sangkar mereka dengan aktiviti mereka. Jangan lupa juga dengan roda atau mainan sugar glider seperti tali.

4. Sugar glider yang dahulunya trauma/diberi makan sedikit sangat/makanan diberi tak berkhasiat. 

Contohnya; suggie yang diberi makan oleh pembela mass breeder yang hanya bukan sahaja memisahkan joey dari ibunya sebelum putus susu, tetapi memberinya makanan murah seperti diet epal sahaja/makanan kucing/biji-bijian untuk hamster beserta minum dari air botol yang tak pernah dicuci sehingga berkulat dan kotor.

Selepas dijual, suggie yang kurus dan kurang zat tu akan dikenalkan dengan makanan yang sedap-sedap. Dan macam kisah orang miskin tiba-tiba kaya juga, suggie tu akan makan macam gila la sebab dia tak pernah merasa semua tu. Dan dia tak kira dah nak main atau jika sangkarnya besar banglo atau juga mainan dia dari Toys’r’us ke, dia akan tetap makan banyak kerana minda dia dah set untuk melahap.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Kesan buruk untuk sugar glider obese/gemuk

Sakit buah pinggang, jantung, masalah gula dalam badan dan seterusnya memendekkan usia sugar glider anda.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana hendak mengurangkan berat badan suggie yang obese/gemuk

Perhatian: Nak kurangkan berat ni kena ikut ‘situasi’ (jenis tulang dan keadaan semasa suggie)


  • Sugar glider yang mengandung/menyusu dan obese/gemuk

-Kadar protin dan buah/sayur hendaklah 45%-50%:45%-50%. Ini diet seimbang lah sebab suggie yang mengandung perlukan makanan yang tiada had dari segi protin dan juga buah/sayur.


  • Sugar glider yang tidak mengandung/menyusu

-Kadar protin di dalam diet secara menyeluruh adalah 35%, campur dengan buah/sayur. Walaupun benar diet pemakanan suggie ini 70-75% protin, kenalah kurangkan supaya beratnya kembali normal.


  • Selain kurangkan protin, jangan lupa kurangkan makanan berlemak seperti avokado, treats atau mealworm dan sebagainya. Serangga mempunyai kadar protin dan lemak yang tinggi!
  • Boleh juga bawa suggie obese anda keluar bermain atau letak lebih banyak/pelbagai mainan supaya ia menjadi lebih aktif. 


Baiklah, itu sahaja readers.. jangan lupa like Facebook kami; Suggies for Newbies!

xoxo,
Maddy

---------------------------------------------------------------------------------------------

Topik yang berkaitan dengan entri ini;

Belajar mengenai sangkar Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/keperluan-asas-sangkar.html

Diet Pemakanan Sugar Glider: HPW, Buah, Sayur dan Nisbah Kalsium/Fosforus Seimbang
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/keperluan-asas-pemakanan.html

Sedikit info mengenai makanan Sugar Glider (contoh makanan/menu)
http://suggies101.blogspot.com/2011/10/pengalaman-penulis-sedikit-intro.html

Baca mengenai tabiat pemakanan Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/tabiat-dan-diet-sugar-gliders.html

Pelajari makanan (buah/sayur) yang selamat dimakan dan kadar nisbah kalsium dan fosforus
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/makanan-yang-selamat-untuk-sugar.html

Kenapa Sugar Glider tak selera makan, HPW (diet wajib beri setiap malam), buah dan sayur
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/kenapa-sugar-glider-saya-tak-nak-makan_11.html

Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

Nestum/Cerelac diet yang membawa padah pada Sugar Glider!
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/nestumcerelac-untuk-sugar-glider.html

Kenal pasti penyakit yang lazim dihidap oleh Sugar Glider dan cara mengubati (melainkan kena pergi vet)
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/penyakit-lazim-bagi-sugar-gliders.html





31 July 2012

Pengetahuan Asas: Proses Mengawan Sugar Glider

MMM
Hello readers, maddy disini. Entri ini akan membincangkan mengenai anatomi peranakan sugar gliders, proses mengawan dan juga perkara lain yang berkaitan dengannya.

Klik link untuk membaca mengenai Anatomi: Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang

Umur sesuai untuk sugar glider mengawan

Umur sesuai mengawan bagi jantan, umur dari 5 bulan keatas. Dan boleh saja jika jantan itu lebih muda dari betina eg. Jantan 7 bulan, betina 1 tahun. Manakala betina hendaklah tua sedikit, seperti 8-12 bulan untuk memastikan dia tidak begitu mentah dan tak bersedia untuk mengandung dan melahirkan joey/anak)

Peringatan: Suggie betina yang terlalu muda/mentah ketika melahirkan anak boleh memakan atau me'reject' anaknya kerana kurang pengalaman atau tidak bersedia. Itulah rasional mengapa suggie betina mesti lebih matang dari segi usia, manakala jantan pula tak kira usia, asalkan dia sudah matang.

Proses mengawan


Risiko mengawan untuk sugar glider betina


1. Suggie betina mengalami kecederaan/stres ketika proses mengawan.

Awak kena lihat samada suggie jantan/senior akan menggatal secara ganas atau baik dengan suggie betina/junior. Kalau ganas sangat (ketika sedang mengawan, suggie jantan menggigit leher suggie betina sampai  berdarah) pisahkan suggies tersebut dan bersihkan luka suggie betina dan bawa ke vet. Nak kata tak normal/ tidak.. susah nak kata. Ada suggie jantan yang memang ganazz gitu, nak wat camne.. Cuma awak kena juga ambil tindakan bagi mengelakkan apa-apa kecederaan serius pada suggie betina. E.g pisahkan suggie betina dan sembuhkan luka, bawa ke vet.

Ouch, ini jadinya jika suggie jantan terlalu kasar pada suggie betina!

2. Jika suggie betina mengandung/melahirkan joey; risiko anak di'reject'/dimakan ibunya kerana stres/kurang pengalaman
Suggie betina kelihatan tidak rela untuk mengawan mungkin bermakna yang dia tidak bersedia untuk menjadi ibu pada masa ini. Asingkan jika suggie jantan cuba mengawan dan melukakan suggie betina. Jika suggie betina mendapat anak sekalipun, ada risiko untuk dia menolak/'mer'reject' joey/bayinya. Konklusinya, tuan suggies kena la ambil peranan memberi susu (milk replacer, ada dijual online di Facebook. Cari yang khas untuk Sugar Glider. Susu untuk kucing/manusia HARAM digunakan. Tetapi jika milk replacer for wombaroo/sugar glider tak dapat diperoleh pada waktu yang singkat, boleh ganti sementara waktu dengan susu Ensure perisa vanilla, nisbah air dan susu; 1:4 diberikan pada underaged suggie tersebut setiap 2-3 jam setiap hari sehingga umurnya 2 bulan dari waktu ia dilahirkan.

--------------------------------------------------------------------------------------

Ok, tu antara risiko untuk suggie betina jika ia terlalu muda untuk menimang joey/anak dan seterusnya, mengenai;

Tempoh 'fertile'/subur sugar glider /waktu sugar glider menggatal diantara satu sama lain.

Anda kena tahu yang;

  • Suggie betina akan mula subur setiap 28 hari, selama 2-3 hari.
  • Bagaimana nak kenalpasti? Sesetengah pemilik boleh dapat tahu dan ada yang tak boleh. Suggie betina akan membuat bunyi hiss yang panjang dan kemudian bunyi barking untuk panggil jantan. (Cam bootycall/kata dia dah ready untuk mengawan)
  • Ada masa suggie betina tidak semestinya rela/suka mengawan. Suggie betina juga boleh rimas dan menyampah bila suggie jantan cuba mengawan dengannya.
  • Cara suggie jantan menggatal adalah apabila ia menjilat anu betina/menggigit lehernya sambil memanjat belakangnya. Nampak sangatlah yang suggie jantan ni asyik kejar yang betina tu.. maknanya dia nak ready nak mengawan la dalam jangka masa 24 jam. 
  • Seperti yang diterangkan tadi, suggie betina boleh stres dan luka kerana mengawan. Jadi asingkan mereka sehingga perlu/tempoh subur tamat.
Ketika mengawan:
-Suggie mungkin tak makan langsung makanan mereka


Entri yang wajib dibaca dengan topik ini:


Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang
(Zakar terkeluar, dahi/dada botak, skrotum tergantung dll)
http://suggies101.blogspot.com/2012/07/anatomi-perubahan-fizikal-sugar-glider.html

Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

Langkah-langkah selepas Sugar Glider melahirkan anak/joey
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/apa-perlu-dilakukan-selepas-sugar.html



Baiklah setakat ini sahaja mengenai proses mengawan sugar glider.. jika ada apa-apa lagi yang tertinggal, akan di'update' ASAP.

Sila like, share atau aju soalan mengenai topik ini di bawah page ini.

Lawati Facebook page kami untuk update terkini dari Suggies for Newbies! :)

xoxo,
Maddy

Anatomi: Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang

MMM
Hello readers, Maddy disini.. dalam entri ini saya akan menerangkan perubahan pada badan sugar glider jantan dan betina ketika ia mencapai usia matang/semakin tua dan membesar.


Tentang sugar glider jantan

  • Usia matang sugar glider jantan kebiasaannya pada bulan ke-5 dan ke atas.
  • Perubahan fizikal suggie jantan termasuk zakar terbelah duanya/'bifurcated penis akan selalunya terkeluar. Suggie jantan akan selalu dilihat membersihkan zakarnya seperti manusia 'flos' gigi. Jangan  risau, ini normal. Hujung zakarnya akan ternganga keluar kebanyakan masa. Jika anda ingin memasukkannya kembali, anda boleh mengambil tisu basah dan 'stimulate'/mengeletek anunya. Suggie jantan akan memasukkan zakarnya perlahan-lahan dan ada juga kemungkinan dia akan membuang air sekali. Jadi jika nampak benda keluar dari lubang buntut suggie tu jangan ingat ulat/cacing dan cuba nak menariknya keluar! Habislah kejantanan suggie anda.. :p 

(Peringatan: Jika zakar suggie jantan keluar lebih dari 24 jam, setelah cuba dimasukkan pun kekal diluar juga, ini boleh mendatangkan mudarat kerana ia boleh menjadi kering/'dehydrated' dan kelukaan pada zakarnya boleh terjadi. Beli KY Jelly dari farmasi dan letak pada zakarnya. Dan cuba masukkan ke dalam balik guna teknik yang saya beritahu tadi. Jika tak berhasil, bawa suggie jantan anda ke vet secepat mungkin.)
  • Selain dari zakar terkeluar, kepala atau bahagian dahi suggie jantan akan mula kelihatan botak. Selain itu, bahagian dadanya juga akan mula botak dan bulunya akan nampak kesan darah kering seperti dicabut suggie itu sendiri. Ini normal juga kerana bahagian-bahagian ini sebenarnya tempat suggie jantan mengeluarkan bau/'scent'/'musk' mereka. 

Cuba perhatikan bila suggie menggesel badan dan kepala mereka di sangkar/mainan/badan suggie lain, itu sebenarnya cara mereka menanda kawasan mereka.
  • Bola/skrotum suggie jantan akan tergantung lebih jauh dari badan mereka. Nampak cam nak putus je, tapi okay, normal je sebenarnya. Jangan tarik sudah. LOL
Tentang sugar glider betina
  • Suggie betina matang pada usia muda 5 bulan dan ke atas, mengikut suggie masing-masing.
  • Suggie betina boleh mengandung dari usia 5 bulan ke atas. Tetapi, umur paling sesuai untuk suggie betina membiak adalah 10-12 bulan. Ini kerana jika suggie betina bunting pada usia muda, ada kemungkinan dia tak bersedia untuk ada menjaga joey/anak, dan ada risiko dia makan/'cannibalize joey tersebut. 
  • Kenapa suggie betina tak boleh/sesuai mengandung pada usia muda? Sepertimana anda tahu, suggie memerlukan 70% ++ protin dalam diet. Dan suggie betina yang baru hendak membesar juga masih memerlukan protin dan tenaga yang banyak. Jika ia mengandung, protin tersebut akan digunakan untuk menyusu dan membesarkan joey di dalam perut dan kantung. Jadi suggie betina akan kurus dan nutrien dalam badan diserap pada joey. Ini boleh menyebabkan suggie betina mengalami pelbagai penyakit kronik seperti Hind Leg Paralysis (HLP) Klik sini untuk lebih lanjut.
  • Tiada perubahan fizikal yang ketara.
  • Mungkin pouch/kantung suggie betina akan kelihatan lebih berbulu bila ia meningkat usia
Entri yang wajib dibaca dengan topik ini:

Perubahan Fizikal Sugar Glider Jantan/Betina Ketika Matang
(Zakar terkeluar, dahi/dada botak, skrotum tergantung dll)
http://suggies101.blogspot.com/2012/07/anatomi-perubahan-fizikal-sugar-glider.html

Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

Langkah-langkah selepas Sugar Glider melahirkan anak/joey
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/apa-perlu-dilakukan-selepas-sugar.html

Baiklah, itu sahaja readers. Jangan lupa like page Suggies for Newbies kami =)

xoxo,
Maddy

06 October 2011

Anatomi Sugar Glider: Bulu, Extra: Memandikan suggies?

MMM
Hello readers, maddy disini. Nak tahu lebih mengenai bulu Sugar Gliders dan persoalan yang selalu diutarakan dengan subjek ini.



Sugar Gliders mempunyai lapisan bulu kelabu dengan tanda gelap yang berbeza-beza jenis mengikut variasi/'variation' mereka. Bulu mereka sangat lembut seperti sutera (dibandingkan dengan haiwan Chinchilla atau arnab). Suggies boleh datang dalam pelbagai jenis warna yang berlainan. Antaranya, Standard Greys, Blondes, Cinnamons, Browns, Champagne, Platinum, Albinos dan lain-lain (Dengan beberapa warna bul yang SANGAT jarang untuk didapati, dan amat mahal!)

Persoalan kerap mengenai bulu suggies.
  • Boleh tak kita mandikan suggies?
Boleh, tapi ikut cara. Mandi dengan air tidak boleh/tidak payah kerana suggies haiwan pembersih. Mereka mampu bersihkan diri dengan baik. (guna kuku kat jari kaki, jari dua terakhir dimana ia tidak patut dipotong kerana ia alat 'grooming' mereka. Kedua jari tersebut kelihatan bersambung atau 'syndactulous'.
Kalau nak 'mandikan', cuma guna kain lembap/tisu basah/'wet tissue'/shampu KHAS untuk Sugar Gliders. Jangan beli kalau syampu tersebut untuk hamsters dan tikus. Bulu suggies memang lembut dan halus, jadi syampu sembarangan boleh merosakkan dan menarik lapisan minyak asli dari bulu suggies, menyebabkan mereka lut pada air dengan senang.
Biasanya, syampu untuk suggies berharga RM14-RM18, syampu yang murah sangat tu sahlah koman dan kodi. Takpa mahal-mahal, asalkan selamat ye readers..


 *Untuk 'wet tissue', Pastikan tiada alcohol dan awas dengan pewangi yang diguna. Alkohol atau pewangi boleh memberi komplikasi pada suggies.
**Dalam kes emergency, bila suggies anda terjatuh dalam tong sampah ke, melekit kena kotoran dan sukar ditanggal jika hanya dilap dengan wet tissue, anda boleh mandikan dengan air suam tapi masih lagi guna tisu untuk mengelap bulu mereka. Jangan guna air suhu sejuk, nanti dapat penyakit selesema pula! Cepat-cepat keringkan suggies selepas mandi. Sabun digunakan pun mestilah 'mild' dan dilarut didalam air supaya tidak begitu pekat dan berbuih. (Pandai-pandai la fikir macam mana ye)


****Saya guna yang ni. Bebas alkohol dan tiada bau pewangi yang terlalu kuat.
  • Kenapa bulu suggies saya gugur?
Ada beberapa sebab. Ikut turutan ye bila melihat kemungkinan kenapa bulu suggies anda gugur. Ianya dari yang paling senang untuk dikenal pasti, sehingga yang perlu anda beri rawatan vet secepat mungkin.
  1. Diet tak seimbang. Samada tak makan HPW (atau diet jenis lain seperti BML, Priscilla's Diet etc). Ia juga boleh terjadi jika suggies tidak makan buah-buahan dan sayuran, atau makanan/diet yang dimakan tidak seimbang. Solusi; beri makan HPW, buah dan sayur. Sila rujuk entri lepas dalam blog untuk maklumat lanjut. Keperluan Asas: Pemakanan, Pengetahuan Asas: Makanan yang selamat untuk Sugar Gliders, Pengetahuan Asas: Tabiat dan diet Sugar Gliders.
  2. Stres. Kerana beberapa perkara; 1. Jika ia hanya seorang; anda tak beri layanan yang cukup 3-4 jam sehari, jika anda layan dia cukup setiap malam, mungkin dia mahukan teman yang sama spesis dengannya. 2. Kerana ada sakit atau luka, suggies akan cuba mencabut bulu di tempat sakit dan menggigit luka. (Lihat entri mengenai E-Collar) 3. Overgrooming, atau membersihkan bulu secara berlebihan, mungkin kerana bosan. Beri mainan, dan tingkatkan waktu bermain dengan suggies anda.
  3. Kerana kutu, hama, parasit, dan penyakit yang berjangkit. Jika anda suspek kutu dan etc, asingkan dengan suggies yang lain dan bawa ke vet untuk dapatkan ubat.
  • Bagaimana suggies membersihkan badan?
Guna kuku dan air liur. Kuku jari kaki yang kedua terakhir yang kelihatan bersambung/'syndactulous' diguna untuk 'grooming'. Kaki dan tangan digunakan untuk membersihkan seluruh anggota badan mereka. Air liur dikeluarkan, dan tangan akan menadah air liur untuk disapu di tempat mereka hendak groom bulu mereka. Ketika ini berlaku, ramai orang tersilap sangka yang suggies mereka menghidap selesema. Sebenarnya ini hanya bunyi suggies meludah ke atas tangan mereka. Bunyinya seakan-akan bersin. Anda boleh perhatikan dengan dekat ketika mereka meletakkan tangan di mulut dan bunyi seakan-akan bersin tu akan kedengaran. Comel bunyinya!
  • Kenapa bulu suggies saya nampak pecah-pecah/tak rata?
Macammana rupa bulu pecah tak teratur?
    Normal sebenarnya.. bulu gebu sangat ni..
Banyak orang bertanya tentang perkara ini, dan bertanya samada ianya adalah normal atau tidak.

Kadang-kadang bulu akan berpisah dan kelihatan terasing di bahagian sendi (tangan, kaki, leher). 

Kadang-kadang jika suggies mempunyai badan yang gempal/besar atau suggies yang sudah tua atau dewasa, bulu boleh kelihatan seperti gambar tertera di atas. Jangan risau, semuanya normal. Dan ianya bukan satu jenis kecacatan atau bulu kurang pada suggies anda. 

***** Namun jika anda perasan penampilan umum suggies anda kelihatan tidak sihat melalui gambaran bulunya, atau anda perasan mereka tidak memelihara diri mereka dengan rapi/ bersih macam biasa (perubahan tabiat/perangai) atau, jika anda notis mereka kerap membuat bunyi bersin (bunyi suggies mengeluarkan air liur untuk membersihkan badan) dengan kerap namun bulu tetap tidak bersih/rapi, sebaik-baiknya anda merujuk vet berpengalaman untuk melakukan pemeriksaan untuk memastikan tiada masalah atau penyakit.

  • Kenapa dasar ekor suggies saya basah dan kotor selalu?

Itu namanya penyakit 'wet tail'. Suggies anda mengalami cirit birit. Untuk fahami dengan lebih lanjut, lawati entri bertajuk Penyakit Lazim dihidap Sugar Gliders.







Baiklah, ada apa-apa kurang dan terlebih, sila bagi cadangan atau pembetulan dengan baik di ruang komen di bawah. Jangan lupa like, share dan komen ya!

xoxo,
Maddy