- Sugar gliders merupakan haiwan asal dari Australia, Papua New Guinea serta sekitar pulau Indonesia. Jadi sebagai haiwan eksotik yang asing pada negara kita, pemakanan mereka tidak sesuai dengan cara diet yang biasanya diberi kepada haiwan-haiwan domestik yang dibela di rumah.
- Tanpa diet yang betul, atau diet yang sekurang-kurangnya hampir menyerupai pemakanan mereka di habitat asal, mereka boleh menderita samada kerana kurang zat dan nutrien atau mengalami penyakit-penyakit yang lazim dihidap suggies yang tidak mengikuti diet mereka yang sepatutnya. (Penyakit yang biasa dihidap oleh suggies akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam blog entri yang akan datang).
- Dalam penjagaan pemakanan, kebiasaannya ada dua konsensus atau pendapat oleh pemilik-pemilik suggies yang berpengalaman dalam menjaga diet mereka. Ada yang berpendapat bahawa diet mereka senang diikut sepanjang tempoh hidup suggies (12-15 tahun) dan ada juga pemilik suggies yang berkata diet mereka amat membebankan masa dan sukar untuk menjadi konsisten kerana ianya terlalu menuntut waktu lapang dan tenaga kita.
Buah dan sayur untuk suggies anda |
- HPW (High Protein Wombaroo diet)
- Gliderade
- Repcal atau sebarang jenama suplemen kalsium lain yang sesuai untuk suggies
- Cebisan ayam rebus/mealworm/superworm/cengkerik
- Pilihan buah-buahan pelbagai (yang selamat dimakan suggies)
- Pilihan pelbagai jenis sayur-sayuran (yang selamat dimakan suggies)
Jadi, ini dietnya yang wajib ada dalam genggaman pemilik-pemilik suggies;
Apa itu HPW (High Protein Wombaroo diet)?
|
- HPW adalah diet yang paling mudah untuk dibuat dan ramuannya adalah paling hampir meniru atau 'mimic' pemakanan suggies di hutan.
- Kebiasaannya, diet ini dibeli sebagai campuran serbuk dan kemudiannya perlu dicampur dengan air suam, madu yang telah dirawat (madu bebas dari racun perosak) dan telur yang sudak dimasak (tanpa minyak).
Antara madu yang sesuai untuk suggies |
- Bergantung kepada jenama serbuk HPW, anda mungkin atau mungkin tidak perlu untuk menambah debunga lebah Australia atau 'bee pollen' (salah satu bahan yang melengkapkan diet suggies) kerana sesetengah formula sudah terlebih dahulu telah dicampur dengannya.
- Kemudian, campuran HPW dengan bahan-bahan tadi perlu dikisar dalam pengisar sehingga semuanya sebati. Campuran Diet HPW yang sudah dikisar akan kelihatan berair dan berbuih sedikit di bahagian atas.Jangan risau, ini adalah perkara biasa. Selepas itu, campuran yang sudah siap itu perlu dibekukan dalam freezer. 'Batch' yang siap akan menjadi dalam konsistensi ais krim dan satu batch itu mampu bertahan selama kira-kira 5 bulan untuk seekor sugar.
Pada pendapat saya, penjagaan suggies ini ibarat menjaga bayi yang tidak akan 'grow up'. Mereka perlukan perhatian yang sepenuhnya dan diet mereka tidak boleh diambil remeh. Jadi, adakah saya cuba mengatakan yang pemakanan mereka ini susah dan sukar di'maintain'? Ya dan tidak.. Namun saya cuma akan terangkan jalan mudah atau 'shortcut' untuk menyediakan diet suggies ini dalam entri akan datang. Entri ini hanya akan berkisar tentang asas diet pemakanan sugar glider.
Saya sertakan video tentang panduan membuat batch HPW;
- Diet HPW disajikan bersama-sama buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Anda mempunyai pilihan antara mealworms/cebisan ayam rebus/cengkerik/telur rebus bagi sumber protein mereka. Ini perlu diberi sebagai 'treats' yang boleh diberi 2-4 kali seminggu.
- Sesetengah orang juga menawarkan makanan pellet dari kedai binatang peliharaan sebagai snek waktu petang untuk suggies.
- Gliderade diberi kepada suggies dalam nisbah 1:5, gliderade:air, 2 kali seminggu.
- Repcal atau sumber kalsium yang asli dari buah betik juga boleh dijadikan gantian atau 'substitute'.
Garis panduan memberi makan suggies
- 1 hingga 1.5 sudu makan campuran HPW.
- 1 sudu buah-buahan beraneka jenis (menawarkan buah-buahan dengan nisbah kalsium yang sama dengan nisbah fosforus untuk diet HPW )
- 1 sudu sayur-sayuran beraneka jenis (menawarkan sayur-sayuran dengan nisbah kalsium yang sama dengan nisbah fosforus untuk diet HPW)
Kuantiti pemakanan HPW untuk Sugar Glider
Glider-Cal ni perlu ditabur secubit rasa atas buah-buahan/sayuran suggies |
Di sini saya sertakan carta ratio kalsium:fosforus buah-buahan dan sayur-sayuran yang juga selamat dimakan suggies.
Untuk pdf sepenuhnya, klik link Nisbah Ratio Kalsium dan Fosforus. Dan untuk senarai buah-buahan dan sayur-sayuran yang sudah diterjemah dalam bahasa melayu, baca entri Makanan yang selamat untuk Sugar Gliders untuk mengetahui dengan lebih terperinci.
Lin-link berkaitan dengan pemakanan sugar glider (WAJIB BACA!)
Sedikit info mengenai makanan Sugar Glider (contoh makanan/menu oleh penulis)
http://suggies101.blogspot.com/2011/10/pengalaman-penulis-sedikit-intro.html
Baca mengenai tabiat pemakanan Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/tabiat-dan-diet-sugar-gliders.html
Pelajari makanan (buah/sayur) yang selamat dimakan dan kadar nisbah kalsium dan fosforus
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/makanan-yang-selamat-untuk-sugar.html
Guna kalkulator untuk kira nisbah kalsium dan fosforus pemakanan Sugar Glider anda!
http://suggies101.blogspot.com/2011/09/kalkulator-untuk-sugar-gliders.html
Kenapa Sugar Glider tak selera makan, HPW (diet wajib beri setiap malam), buah dan sayur
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/kenapa-sugar-glider-saya-tak-nak-makan_11.html
Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html
Nestum/Cerelac diet yang membawa padah pada Sugar Glider!
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/nestumcerelac-untuk-sugar-glider.html
Sugar Glider makan bersepah dan kerap basuh sangkar? Buat Glider Kitchen anda sendiri!
http://suggies101.blogspot.com/2011/09/tips-glider-kitchen.html
Jangan lupa like Suggies for Newbies Facebook Page. Tanya dan aju soalan anda disana untuk respon lebih cepat.
xoxo,
Maddy
8 comments:
hey,.im the 1st pers0n f0llowing ur bl0g,.wuh0o!
btw nice bl0g maddy,.keep it up girl,.^-^
Hello.. thanks for supporting Suggies for Newbies! Your comment is very much appreciated! Jenguk la selalu ye Daktechie.. hehe
hi..ur info being such useful to me n my newbies suggie..but is there any recipe available without the HPW mix?i am currently at sabah,and it is so hard to find any sugar glider supplement..i only feed my suggie wit apple,mealworm,honey water..can u help me?thank you so much for ur kindly response..:)
Anon
Thanks! I'm sorry but I must insist on feeding ur suggies with HPW. There are ways to get them and also people raising suggies in Sabah. I'm sure if you tried hard enough you can find a fellow suggie lover on facebook that resides in Sabah and you may ask help from them getting HPW.
But until then, please feed them pieces of boiled plain chicken as they need the protein that they should get by eating HPW or other glider main diets.. remember, 60-70% are protein, the rest is fruits and veges. Please take care of your suggies.
camne nak tau sgar glider mgandung er????
Sy nk tanye,bley x klu sy bg Sg sy mkn telur rebus, cmpur epal blend n madu sikit? Pstu nk tanye, bley x kite bg coleslaw kfc kt SG kite?
ada entri baru tntg proses mgndung suggie dan semua berkaitan tntg diet sg mengandung.. :)
hye i xclear sgt abt ur post sowie ya late pickup...
so let say i buy hpw i kne mix gan honey n telur lar ya?
den calcium powder tu nak buat pe?
Post a Comment