17 August 2011

Persiapan Membela/Membeli Sugar Glider

MMM




***UPDATED 21/9/2012***

Hello readers, Maddy di sini. Pada hari ini saya tujukan entri ini khas untuk mereka yang belum membela suggies tetapi berminat untuk membela atau hanya inginkan informasi tentang pra-langkah membela mereka.


Jika anda tidak tahu apa itu Sugar Gliders, sila baca entri pendek tentang Pengenalan terhadap Sugar Gliders.

Dan untuk Bajet keseluruhan pembelanjaan sangkar, mangkuk makanan, aksesori sugar glider, klik http://suggies101.blogspot.com/2011/10/hargabajet-pembelanjaan-sangkar.html
  





Apa yang diperlukan oleh seseorang untuk membela Sugar Gliders?

1. Pengetahuan Asas mengenai Sugar Gliders
2. Sugar Glider yang sihat. (Sugar Glider belum matang senang sakit)
3. Sangkar tinggi 3 kaki *Tidak boleh kurang dari ini sekurang-kurangnya
4. 'Sleeping pouch'
5. 'Bonding pouch'
6. Bekas makanan dan minuman
7. Diet utama Sugar Glider (HPW, High Protein Wombaroo Diet. Ini yang paling lazim dan mudah didapati di semenanjung Malaysia), pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Juga termasuk treats seperti yogurt drop, dan pelbagai variasi serangga yang selamat dimakan sugar glider
8. Kerajinan, komitmen, minat yang tinggi. (Sugar glider yang biasanya baru dapat akan liar dan belum jinak. *ini merupakan antara masalah besar pembela suggies yang baru)


Untuk pemahaman yang lebih sempurna bagi anda, saya akan beri penghuraian yang lebih terperinci bermula dengan perkara nombor 1.


1. Pengetahuan asas merangkumi informasi mengenai tabiat pemakanan, senarai makanan yang selamat, cara untuk bonding, ilmu tentang penyakit-penyakit lazim yang dihidapi serta juga akses informasi kepada alamat pakar veterinari haiwan yang arif mengenai Sugar Gliders untuk rawatan penyakit dan pemeriksaan berkala. Ianya juga berguna untuk mengetahui senarai doktor haiwan yang pakar tentang Sugar Gliders sekiranya berlaku apa-apa kecemasan kepada si kecil anda.


Betik boleh makan, kurma jangan banyak.. semua  simpan dalam otak belah kiri ke.. kanan? 


Konklusinya, sebelum anda membuat keputusan untuk membela sugars, ilmu tentang pemakanan, penjagaan, tabiat, kesihatan, penjagaan perlu cukup di dada. Jangan nanti ada masalah baru terkial-kial hendak bertanya di sana sini. Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tiada berguna.



2. Sugar Glider yang sihat adalah faktor yang penting bagi memastikan jangka hayat dan kehidupan yang panjang dan selesa untuk si kecil anda. Sugar Gliders lazimnya pandai menyembunyikan masalah kesihatan mereka, sehinggalah ianya menjadi kronik baru ia dapat dikenal pasti dan kelihatan dengan lebih jelas oleh pemilik mereka. Dan selalunya jika ianya dikenal pasti terlalu lambat, kondisi sugars akan bertambah kronik dan sukar diubati. Yang paling penting juga adalah mengenal pasti sugar glider yang sudah cukup 2 bulan lebih. Sugar glider yang terlalu muda, dipisahkan dari ibunya sebelum putus susu boleh mendatangkan pelbagai risiko kesihatan untuknya. Antibodi dan zat yang disalurkan kepada joey/anak sugar glider melalui susu dan membantunya melawan penyakit yang pernah dialami ibunya dan jika mereka dipisahkan sebelum habis tempoh 'weaning' atau tempoh menyusu, suggie yang baru dibeli itu akan senang mendapat penyakit dan kebarangkalian untuk mati di tangan pembela sugar glider yang tergopoh-gapah membeli sugar glider tanpa usul periksa dan kajian.

Cara mengenal pasti suggie yang cukup 2 bulan/lebih dan sihat;
1. Periksa badan suggie tersebut. Badannya mestilah sekurang-kurangnya sepanjang tapak tangan (melintang) dan tidak termasuk panjang ekor.
2. Lihat bulu suggie tersebut sama ada kembang di bahagian ekor atau tidak. Jika kurus sahaja, maknanya suggie tersebut masih muda dan belum lagi sesuai diambil/dibeli. Jikalau ekornya juga basah bertempek dengan najis, jangan beli dari penjual sugar glider tersebut. Ini menandakan yang suggie tersebut ada cirit birit/masih terlalu muda sehinggakan tidak pandai lagi menjaga diri (kebersihan dan bab 'grooming' ini diajar oleh ibu). Kebanyakan kes sugar glider bawah umur atau 'underaged' yang mati adalah disebabkan oleh kes cirit-birit yang mula-mulanya tidak begitu serius dan kemudiannya menjadi kronik. Tuan sugar glider pun terlalu cetek ilmu untuk mengambil tindakan untuk membawa suggie mereka ke vet malah tidak tahu apa hendak dibuat melainkan melakukan carian di internet sahaja. 
3. Lihat telinga suggie, jangan ambil yang nampak layu dan kuyup. Ia menandakan suggie yang kurang air dalam badan atau sakit. Cari yang nampak bertenaga, telinganya akan tegak berdiri.
4. Periksa gigi suggie, dan tanya penjual jika mereka mengetip gigi suggie. Jangan sesekali membeli dan menggalakkan pembelian suggie daripada orang yang mengetip gigi suggies. Dengan mengetip gigi suggies, ini akan menyebabkan mereka susah untuk makan dan menoreh makanan mereka. Ada kes pembeli suggie yang terpaksa menyuap suggies mereka setiap kali untuk makan dan hanya memberi makanan yang sudah lumat sahaja. Ada kejadian suggie yang mengalami depresi dan tidak lalu makan sehingga mati kelaparan (sebab ketidakpertihatinan tuan sugar glider juga)
5. Lihat mata suggie, jangan beli yang ada kelabu asap di mata atau warna selain dari hitam (untuk sugar glider yang bukan variasi) Bagi sugar glider yang ribuan ringgit, ada yang mata merah, jadi jangan ingat suggie tu sakit ke apa.
6. Lihat perwatakan suggies tersebut, ada yang kuat 'crabbing' (bunyi sugar glider yang wajib dipahami. Baca Bunyi yang dibuat Sugar Glider http://suggies101.blogspot.com/2011/07/bunyi-bunyian-yang-dibuat-sugar-gliders.html), ada yang suka melompat.. dan macam-macam. Ikut la korang nak macam mana.. suggies ni memang ada personaliti mereka sendiri, tiada satu serupa dari segi makanan kegemaran, sifat dan gaya mereka..


3. Sangkar 3 kaki (had minima) Ya, ini pun sebenarnya keperluan minima bagi suggies. Mereka asalnya tinggal di hutan liar dan  menggelungsur dari pokok ke pokok (sejauh 150m setiap malam) sekurang-kurangnya anda boleh membekalkan senaman yang membolehkan mereka bermain dengan bebas. Ini juga termasuk juga waktu bermain 'free range' (main lepas di dalam bilik yang sudah 'glider proof' - selamat dari benda tajam, makanan tidak selamat untuk sugar glider, benda kecil dan halus dan juga berbahaya untuk dimakan suggies seperti ubat, pin dan sebagainya. Sugar glider tidur sebahagian waktu petang dan bermain aktif sekali pada waktu malam. Jadi ia amat penting untuk mendapatkan sangkar besar dan selang setiap beberapa hari, untuk membiarkannya bermain di ruang besar seperti di bilik atau dalam kelambu (jika tiada bilik yang boleh digunakan untuk suggies).

5. 'Bonding pouch' Amat penting/perlu untuk menjinakkan suggies. *Ingat, semua suggies/joeys yang baru diterima adalah liar. Tiada istilah bagi joeys yang jinak gila babas punya spesis dll. Kalau jinak, ianya samada sudah terbiasa dengan interaksi dengan manusia, selesa dengan bau anda, atau kalau kes yang paling sedih.. ianya terlalu muda/kecil/underaged untuk 'tidak suka akan anda'/crabbing/sakit. (Ikut badan joeys tersebut lah, jika kepalanya lebih besar dari badannya sendiri, memang ia underaged. Jika ianya sendiri lagi kecil dari ibu jari anda, memang ia underaged. Hmm.. hati-hati denga  permbelian joeys underaged. Nak menjaganya bukan senang.. cari dan beli 'Milk Replacer' yang khas untuk sugar gliders. Untuk kucing/anjing tidak sesuai. 

BACA TOPIK INI UNTUK CARA MENJINAKKAN DAN BONDING SUGGIES ANDA

Cara Extreme Tame/Bond Sugar Glider (Garang/Separuh jinak/Tak boleh duduk diam etc)
http://suggies101.blogspot.com/2012/08/extreme-tamingbonding-untuk-sugar-glider_17.html
Cara menjinakkan dan bonding dengan Sugar Glider yang garang/penakut. (Pelajaran asas)
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/keperluan-asas-bonding.html


6. Bekas makanan dan minuman suggies. Untuk makanan, suggies suka makan di tempat yang tinggi, jadi letaklah makanan mereka di bahagian atas sangkar, sama juga seperti 'sleeping pouch' mereka, harus diletakkan di bahagian atas. Suggies suka berada di tempat tinggi kerana sudah menjadi lumrahnya tinggal di atas pokok bagi mengelakkan dari ancaman pemangsa ketika mereka di habitat asal mereka. Tapi tidak ada salahnya jika tempat makan/tidur mereka rendah sikit (mungkin sebab baru nak jinakkan/ada anak suggie dan takut jatuh dari tempat tinggi/suggie sakit dan takut jatuh. Ada bekas makanan yang boleh digantung, dan ada yang letak di lantai. Untuk bekas minuman, selalu pastikan bila anda baru dapat/beli suggies, yang anda mempunyai sekurang-kurangnya 2 botol minuman di dalam sangkar (sesetengah suggies mati sebab dehidrasi dan tidak pandai menggunakan/minum dari botol minuman mereka) Jadi selalu awasi sama ada mereka tahu atau tidak menggunakan botol minuman tersebut atau lihat sama ada air kurang atau tidak selepas sehari. Suggie yang tidak minum air selama 24 jam boleh membawa maut jika tidak dirawat atau diberikan air secepat mungkin sebab badan kecilnya tidak mampu tahan lama seperti badan manusia.

7. Diet utama Sugar Gliders, di Malaysia kebiasaannya memang HPW.. ada juga GliderSlurp dan lain-lain. Jangan beli selain daripada HPW atau Gliderslurp. Yang lain jenama tidak ada kesahihan kredibiliti dan isi kandungan yang diakui pakar veterinari sugar glider. Yang ini memang bahagian wajib untuk pemakanan suggies. Mereka memerlukan kadar protin dalam diet yang tinggi (70%) dan selebihnya, buah dan sayur serta treats (sekadar suka-suka atau untuk proses menjinakkan). Baca entri dibawah ini untuk perkara relevan mengenai pemakanan mereka yang rumit ini.

Diet Pemakanan Sugar Glider: HPW, Buah, Sayur dan Nisbah Kalsium/Fosforus Seimbang
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/keperluan-asas-pemakanan.html

Contoh penyediaan makanan malam Sugar Glider (contoh makanan/menu oleh penulis)
http://suggies101.blogspot.com/2011/10/pengalaman-penulis-sedikit-intro.html

Baca mengenai tabiat pemakanan Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/tabiat-dan-diet-sugar-gliders.html

Makanan (buah/sayur) yang selamat dimakan dan kadar nisbah kalsium dan fosforus
http://suggies101.blogspot.com/2011/07/makanan-yang-selamat-untuk-sugar.html

Kalkulator untuk kira nisbah kalsium:fosforus pemakanan Sugar Glider
http://suggies101.blogspot.com/2011/09/kalkulator-untuk-sugar-gliders.html

Sugar Glider tak selera makan, HPW (diet wajib beri setiap malam), buah dan sayur
http://suggies101.blogspot.com/2011/08/kenapa-sugar-glider-saya-tak-nak-makan_11.html

Pemakanan Sugar Glider yang mengandung/bunting/menyusu
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/makanan-untuk-sugar-glider-yang.html

Nestum/Cerelac diet yang membawa padah pada Sugar Glider!
http://suggies101.blogspot.com/2012/02/nestumcerelac-untuk-sugar-glider.html

Sugar Glider makan bersepah dan kerap basuh sangkar? Buat Glider Kitchen anda sendiri!
http://suggies101.blogspot.com/2011/09/tips-glider-kitchen.html


8. Semua jenis nilai murni yang perlu ada untuk menjaga bayi manusia adalah sama seperti untuk menjaga Sugar Glider. Adakah anda bersedia untuk menimang cahaya mata dalam hidup anda. Apa yang perlu untuk jaga bayi? Perancangan! Takkan tup tup terus dapat, bukan? Rancang dengan sempurna. Beli sangkar sudah? Dapatkan barang-barangnya? Beli di mana? Siapa stokis anda? Ada senarai klinik haiwan terdekat? Bagaimana, Kenapa, Mengapa, Bila, Hmm.. apa pandangan anda tentang semua ini? 


Komen, like dan kongsi entri saya ini kepada semua yang anda mahu. Sebarkan sebanyak mungkin informasi ini kepada suggies owners to-be di luar sana. Mari kita didik mereka dan cegah pembelian underaged suggies. 

Tekan link ini untuk memilih topik-topik penting yang lain berkaitan dengan penjagaan sugar glider. (WAJIB TEKAN) 

Like us on Facebook! Klik Suggies for Newbies <3


xoxo,
Maddy

09 August 2011

Tips: Kehidupan Sugar Gliders di Hostel/Asrama

MMM
Hello readers! Maddy di sini.. hari ini topik entri saya mengenai pembelaan sugars di kediaman universiti/kolej/asrama anda.


Universiti Islam Antarabangsa


Sebagai pelajar undang-undang universiti di IIUM (International Islamic University Malaysia), peraturan mereka jelas menyatakan yang haiwan peliharaan adalah dilarang untuk dibawa/dibela di asrama masing-masing. Jadi? bagaimana saya hendak menasihatkan anda tentang cara kehidupan mereka di asrama jika saya sendiri tidak dibenarkan untuk membela baby saya di sana? Ini sebab saya tidak kisah tentang apa yang rules kata. Ikut kata saya sahaja! 


Gurau ajalah! Saya tinggal begitu dekat dengan uni saya, jadi saya hanya ulang-alik ke rumah setiap hari jadi suggie saya selesa makan dan bermain pada waktu malam. Namun setiap hari, baby akan sentiasa ikut saya pergi ke kuliah dari pagi ke petang. 





Saya pernah berpengalaman membela 15 ekor hamster di bilik asrama saya bersama tiga teman sebilik. Tiada komplikasi (melainkan asma dan masalah bau -_-") tetapi saya nasihatkan anda yang bukan semua teman sebilik boleh jadi 'sporting' macam kawan-kawan saya. Dan dengan adanya juga peraturan dan 'spot check' yang kerap dan ketat, anda boleh berada di dalam masalah yang besar dan amaun saman yang banyak jika anda tidak berhati-hati. 
Berteraburan menatang ni dalam kompartmen saya..


Namun penjagaan sugar gliders adalah lebih rumit dan 'high maintenance' dari hamsters untuk kehidupan sibuk di universiti. 


Mari saya buat perbandingan antara kedua-duanya..


Haiz



Hamster


Bunyi: Bunyi bising dari roda senam. Ada je roda senam yang kurang bising. Hamsters tidak membuat sebarang jenis bunyi.


Bau: Busuk jika tidak basuh sangkar dan tukar bedding. Sekali tiga hari ok lah.


Makanan: Senang disimpan kerana ianya kering. Makanan juga tahan lama dan mereka tidak cerewet dengan diet mereka.


Air: Minum air melalui botol feeder yang biasa. Ditukar setiap hari secara afdhalnya untuk elakkan penumbuhan bakteria.

Sangkar: Kecil, boleh letak dimana-mana. Saya letak tepi katil, atas meja.. semua tempat pernah. Iron board pun pernah!


Penjagaan: Bergantung kepada jenis hamster. Pengendalian yang kerap diperlukan untuk winter whites agar tidak menjadi liar jika lama dibiarkan tanpa sentuhan tangan manusia. Manakala syrian hanya perlu dijinakkan sekali dan mereka akan kekal 'human friendly' seumur hidup.


aww..



Sugar Gliders


Bunyi: Macam-macam jenis bunyi dikeluarkan oleh mereka. Rujuk entri blog saya mengenai Bunyi-bunyian Sugar Gliders.

Bau: Sugars jantan mengeluarkan bau yang lebih kuat daripada betina. Ada juga yang sukar diperasan oleh sesetengah pemilik kerana sudah terbiasa. Bagi orang yang tidak pernah melihat atau biasa akan sugar gliders, mereka akan biasanya perasan bau suggies anda. Konklusinya, memang berbau la, bercampur dengan bau sangkar dan makanan mereka jika tidak dibersihkan sehari sekali.


Pemakanan: HPW (High Protein Wombaroo Diet), buah-buahan, sayur-sayuran. Sugar gliders perlukan diet yang segar setiap hari. Melainkan anda mempunyai peti ais khas untuk sugars anda, janganlah berangan kalau tidak HPW yang dibancuh akan hanya cair dan jadi tidak elok. 


*****UPDATED 29 Sept 2011********


Solusi untuk HPW dan buah/sayur: boleh beli buah-buahan yang dijual dalam plastik kecil di kafeteria kampus (jika ada) tapi buah-buahan perlulah sentiasa bertukar-tukar agar suggies tidak bosan dan akhirnya mungkin enggan memakan buah yang sama diberikan setiap hari. Dan untuk HPW, anda boleh menggunakan 'HPW ready' , sebagai pengganti HPW biasa yang perlu disimpan didalam peti sejuk. 'HPW ready' hanya perlu tambah air setiap kali hendak guna. Harga HPW ready adalah RM32-35,. Namun saya rasa pilihan ini lebih mahal berbanding HPW yang tradisional dan biasa kerana kuantitinya lebih sedikit dan ianya mungkin tidak mampu bertahan lama berbanding HPW biasa. HPW biasa (yang disimpan dalam peti sejuk) tahan 5 bulan per suggies.


***********************************


Anda juga perlu pastikan makanan yang diberi mempunyai banyak pilihan, anda perlu mendapatkan makanan kegemaran mereka atau mereka tidak akan menyentuh makanan apa yang anda beri. Selain itu, anda juga perlu memastikan yang mereka makan apa yang diberi dan mendapat nutrisi yang seimbang


Air yang segar perlu diberi setiap hari. Kadang-kadang, sugars yang berada di tempat persekitaran yang baru akan merasa janggal dan akan cirit -birit/stres. Air dan diet yang sesuai perlu diberikan agar sugars anda kembali sihat. 


Konklusinya, tabiat pemakanan sugars perlu berada di bawah pemerhatian anda setiap masa. Sugar gliders merupakan haiwan eksotik dan cara pemakanan mereka lebih rumit berbanding hamsters dan haiwan tempatan kita.


Sangkar: 3 kaki paling minumum! Kalau nak tinggal lebih sehari/tinggal tetap di asrama, jangan lah letak suggie awak di tempat yang kecil. Mereka perlukan ruang yang luas untuk glider dan melompat sana-sini. Ada tempat ke nak letak sangkar mereka tu? 


Penjagaan: Perlu dibawa bermain setiap malam atau petang. Mereka akan murung dan mengalami depresi jika tidak dilayan. Sugars yang kesepian juga akan membuat bunyi barking (comel tapi bising, mungkin menggangu ahli bilik yang lain) untuk memanggil anda bermain dengan mereka. Hidup di universiti sudahlah sibuk, adakah anda mempunyai masa untuk memberi dan meluangkan masa untuk mereka di tengah-tengah malam?


Hmm.. renung-renungkan readers, adakah anda mempunyai segala kelengkapan untuk membawa sugars anda ke universiti? Adakah kolej anda membenarkan haiwan peliharaan? Adakah anda mempunyai peti sejuk di bilik untuk menyimpan barang-barang makanan sugars anda? Adakah anda komited untuk semua ini? 


*******UPDATED 29 Sept 2011*********


Jika saya bawa suggies saya tinggal ke asrama atau melancong, saya menggunakan travel cage Exoterra Explorarium yang mudah alih dan senang disimpan. Selain itu, saya juga perlu pastikan suggie saya tidak perlu tinggal dalam sangkar travelnya jika ianya lebih dari 3/4 har penggunaan. Kalau lebih, saya nasihatkan anda membawa sangkar 3 kaki mereka untuk keselesaan maksimum.


**************************************


Sebab itu saya hanya ingin membela suggie saya di rumah kerana sangkar 3 kaki mengambil ruang yang banyak di dalam bilik asrama saya. Saya juga risau tiada tempat untuk suggie saya bermain 'free-range' kerana bilik asrama sukar untuk di'glider'proof'. Lagipun, saya berasa senang untuk berulang-alik dari rumah bersama suggie saya kerana saya mempunyai kelas dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Di rumah pada pukul 10/12 malam, saya akan melepaskan suggie saya di dalam bilik, jadi dia tidak akan berasa terlalu bosan jika terpaksa terperap di dalam sangkar jika saya tinggal di kampus. Di rumah juga, saya boleh pastikan kehidupan dan tabiat suggie saya stabil dari segi makanan dan keselesaan. Tapi, jika anda mampu membekalkan segalanya untuk sugars anda di kampus/asrama, saya tabik spring pada anda! Jangan lupa kongsi pengalaman anda di bawah dengan reader yang lain!


Like, share atau komen di ruang kanan atau bawah ini. Sehingga nanti,


xoxo, 
Maddy

08 August 2011

Keperluan Asas: Bonding/Menjinakkan Sugar Glider

MMM
Hello readers, Maddy di sini. Blog entri kali ini mengenai bonding. Bonding merupakan topik yang luas dan subjektif jadi saya juga mungkin akan memecahkannya menjadi topik-topik kecil yang akan dibuat dalam entri akan datang agar anda lebih mudah memahami proses bonding ini.

**ENTRI TERBARU**
Klik sini!
TEKNIK EKSTRIM TAMING/BONDING SUGAR GLIDER GARANG/PENAKUT/TAKLEH DUDUK DIAM

Pengenalan kepada penjinakan atau 'bonding' sugar gliders

Kebiasaannya, selepas memastikan sangkar, pemakanan sugar gliders sudah diuruskan, pemilik sugars akan heboh dengan proses bonding atau taming sugars mereka. Istilah bonding ini sebenarnya bermaksud percaya. Bonding tidak bermakna mereka akan melompat kepada anda jika dipanggil atau boleh melakukan 'tricks' atau helah yang selalu dilihat dari pemilik sugars yang bertahun pengalaman atau dari video-video Youtube. Bonding ini hanya berlaku bila sugars anda, percaya, selesa, suka akan kehadiran anda. Sugars yang sudah bonded dengan pemilik mereka tidak akan crabbing jika dipegang, dibawa kemana-mana dan lain-lain.

Bau tubuh badan adalah penting

rawr sexxay.


Bonding melibatkan pembiasaan BAU tubuh badan pemilik kepada sugars mereka. Bau badan adalah penting untuk mengenal pasti siapa yang mejinakkan, memberi makan atau membawa mereka ke mana-mana. Jadi, orang yang ada 'Body Odour' atau bau badan dan membela sugars agak bertuah kali ini kerana sugars akan segera bond dengan bau pemilik mereka yang 'menonjol' itu. :p Jadi ketika bonding, ia juga penting untuk tidak mengenakan losyen atau minyak wangi sebelum mengendalikan mereka.

Umur optimum untuk proses bonding

Paling muda ialah 2 bulan. Bak kata pepatah, melenturi buluh biarlah daripada rebungnya. Mereka lebih menerima dan terbuka kepada persekitaran dan orang di sekeliling mereka memandangkan mereka masih 'fresh' dalam dunia ini dan mereka belum mempunyai apa-apa pengalaman dikendalikan oleh manusia. (Kerana lazimnya hanya umur 2 bulan baru boleh joey dipisahkan dari ibunya.

Joeys

*Jika anda mendapat joey yang lebih kecil dari ibu jari, segera hubungi doktor haiwan dan dapatkan 'milk replacer' khas untuk marsupials dan beri susu kepada joey tersebut setiap 2 jam).

Jangan salah sangka dan berasa bahawa suggies yang tua beberapa bulan atau beberapa tahun tidak boleh dijinakkan atau bond. Ianya semua bergantung pada perwatakan dan personaliti suggies anda. Selain itu, anda juga perlu bersabar dengan proses yang mungkin mengambil seminggu atau sebulan dan lebih dari itu.

Konklusinya, suggies yang muda seperti 2 bulan mudah dijinakkan dan suggies yang berusia (agak-agak macam dah matang sangat atau sudah lama dibiarkan liar atau terdedah dengan pengalaman buruk contohnya; penderaan fizikal, masalah kesihatan yang berlarut, stres dan sebagainya) memerlukan masa yang lebih lama untuk dijinakkan, namun tidak mustahil jika pemilik memberi kesabaran dan usaha yang tinggi untuk mendapatkan kepercayaan suggies tersebut.

Kebiasaan pada awal waktu bonding

Sugar gliders kebiasaannya akan membuat bunyi 'crabbing' pada kali pertama mereka berkenalan dengan anda. Ini adalah tabiat yang normal dan sihat dalam sugar gliders. Jika sugar glider anda tidak melakukan crabbing ini, mungkin mereka sudah jinak dengan manusia ataupun mereka sakit/lemah untuk membuat bunyi crabbing tersebut.

Crabby baby

Crabbing ini saya telah jelaskan di dalam entri bertajuk Bunyi-bunyian Sugar Gliders. Crabbing ketika mereka mula dikenalkan kepada anda tidak bermakna mereka marah atau benci dengan anda. Malah saya tidak percaya sugar gliders boleh merasa benci kepada manusia walhal sebenarnya itu cara mereka mempertahankan diri mereka kerana mereka takut akan anda.

Pengalaman saya membela sugar glider saya, baby amat sukar dan stres bagi saya. Saya ketika itu yakin bahawa baby membenci saya dan tidak akan suka saya selama-lamanya. Namun selepas usaha yang tidak putus, 4 hari kemudian baby tidak lagi crabbing malah suka tidur di dalam tangan saya dan dia bersama saya tak kira masa.

Cara untuk bond dengan sugar glider anda

Apa yang perlu ada (Asas)

T-Shirt buruk pun boleh

Baju T-Shirt yang tidak lagi digunakan atau yang boleh dikorbankan untuk suggies anda
Pakai T-Shirt semalaman, letak di dalam sangkar atau sidai di atasnya.

Bonding Pouch

Bonding Pouch
Letak suggies di dalam pouch. Ambil ketika waktu pagi/petang/suggies tidur (jika ia tidak biasa dipegang dan masih crabbing). Letak di dalam baju dan bawa ia kemana-mana. Bunyi suara dan pergerakan anda akan membuatnya rasa biasa dengan anda.

Pineapple Treats!

Treats
Jika ia di tempat yang sunyi atau bilik yang kosong, panggil namanya dan tunggu ia datang ke tangan anda. Beri treats jika ia datang dan anda boleh cuba mengusap kepalanya. Biasakan memanggil namanya.



Cebisan kain/T-Shirt yang boleh dikoyakkan kecil-kecil
Lap pada muka atau tidur semalaman dengannya dan letak di dalam bonding pouch/sleeping pouch. Nanti suggies anda akan terbiasa dengan bau anda.

Kesabaran

Kesabaran yang tinggi
Proses ini tidak mengambil semalaman. Jangan putus asa dan jangan ingat yang suggies anda tidak dapat dijinakkan. Ulang langkah di atas dengan konsisten.

Baiklah, itu sahaja dari saya kali ini..

Like, share dan komen di tepi kanan dan bawah page.

xoxo,
Maddy